Follow Saya Di Google Plus

Monday, November 30, 2009

Bunga apakah aku ini?

Aku terkategori sebagai bunga Snapdragon. Yang membawa maksud:



"Mischief is your middle name, but your first is friend. You are quite the prankster that loves to make other people laugh." .....menarikkan!

Monday, November 23, 2009

Sebuah perjalanan yang panjang

Malam semakin larut, sebenarnya dah tiada istilah malam pun. Pagi2 buta dah ni. Demi cuti Raya Haji yang bakal menjelang dua tiga hari lagi, aku tidak kisah andai terpaksa berjaga hingga ke malam hari demi menyudahkan bahan2 yang masih belum terlangsai. Tak sanggup rasanya nak biarkan wajah Kak Rose merah padam bila aku terbabas deadline (sebab aku perasan kalau Kak Rose tension muka dia akan jadi merah padam..hiks)

Dalam pada itu, masih sempat lagi mengikuti aktiviti mendengar taklimat penerangan mengenai produk SNE di De Palma Shah Alam. Jam 8 lebih kelas bermula. Hampir satu pagi baru sampai rumah. Uruskan anak2, sempat siapkan satu artikel dan layan blog lagi. Macam2 input yang diperoleh. Bukan sekadar cerita MLM biasa. Aku pernah juga ikuti beberapa seminar MLM tetapi SNE jauh berbeza. Tiada yang glamor di dalam SNE tetapi konsep membantu itu begitu dekat di hati. Seakan ada satu kuasa tarikan yang Maha Hebat agar aku terus bertahan dengan SNE ini.

Aku tidak berani untuk memperkatakan tentang 'Jihad Perniagaan' kerana perkataan itu terlalu suci dan begitu dalam maknanya. Tetapi setiap paparan testimoni yang diperkenalkan oleh Tuan Haji (maaf pagi2 buta nih ingatan aku tak berapa baik sangat..memang tak ingat langsung nama penceramah tuh) betul2 mengkagumkan lalu menjadikan aku lebih dekat dengan Maha Besar Allah.

Setiap kali aku jauh dariNya, perniagaan ini, pekerjaan ini menjadikan aku kembali tabah dan kuat. Bukankah setiap hari yang dilalui itu merupakan perjalanan ibadah. Sebab itulah sejak akhir-akhir ini aku kerap mendengar berbuatlah baik setiap masa. Kita tidak akan tahu bilakah nanti kita akan berjumpa dengan Allah.

'Bukan mudah untuk menjadi mudah dan bukan susah untuk menjadi susah'. Suatu ketika dahulu aku pernah menginterview seorang peniaga MLM (bukan produk SNE). Dan ungkapan inilah yang aku dengar dari mulutnya. Sebagai wartawan yang tidak mempunyai jiwa terhadap perniagaan, aku hanya menganggap ungkapan ini biasa-biasa sahaja. Setelah belajar perlahan demi perlahan, bagaimana sukarnya memiliki kerjaya dalam masa yang sama membuat perniagaan sampingan, ternyata ungkapan ini memberi makna yang cukup mendalam dan terkesan sehingga melewati setiap urat nadiku. Benar....bukan mudah untuk menjadi mudah.

Terlalu banyak perkara yang perlu dikorbankan. Namun, setiap pengorbanan itu tumpuannya adalah untuk mencari keredhaan Yang Esa. Lagipun, aku ini tidak punya apa2. Segalanya adalah milik Yang Esa. Tapi sebagai insan yang lemah amat sukar sekali merealitikan maksud "segalanya adalah milik Yang Esa". Dalam hati tetap ada sedikit kenegatifan sifat yang begitu sukar untuk dineutralkan.

Semoga aku akan terus tabah dan bertahan dalam sebuah perjalanan yang amat panjang ini. Amin

Wednesday, November 18, 2009

Ilham hati

Akhirnya aku berjaya juga masukkan lagu dalam blog aku nih. Usahakan tangga kejayaan. Asalnya aku nak masukkan background ipod touch. Puas aku godek2 imej yang keluar tetap lebih besar dari saiz ruang yang disediakan. Nak tak nak aku terpaksa redha dengan skin bentuk ipod nano jer. Huhuhu..agak sedihlah.

Kecintaan aku terhadap apple bermula dengan kecintaan aku terhadap en Yem. Dia penggemar dan tak kejam kot kalau aku katakan dia tuh 'apple addicted'. Dan sekarang, 'benda' tuh dah menjadi satu pendapatan sampingan untuk dia; dialah tukang repair komputer/ laptop apple, tukang supply ipod apple, tukang jual laptop apple gak. Caiyok! suamiku..Kalau bukan kerana dia juga aku tak akan berpeluang nak menenyeh-nenyeh MacBook Silver yang sudah dibaluti ngan skin hijau ini.

Aku senang sekali, sebab aku dah semakin memahami macamana nak masukkan gambar sekali banyak dalam blog ini..terasa macam hendak terbang di awan biru je..la..la..la...

PS: Pix kat sebelah kiri tuh dapat menggambarkan keseronokan hati aku sekarang ini.

Sumber gambar: Dari internet

Friday, November 13, 2009

Satu hari 'SABTU'

Jam 4 pagi, mak kejutkan aku dari tidur. Dalam tangis yang masih bersisa, dia beritahu adik aku, Anja yang sambung belajar di Institut Kraf Negara, demam panas. Dia risau sebab adik aku call pagi2 beritahu dia yang dia tak pat tidur, sakit2 badan dan tak cukup air. Dia tanya aku lagi, boleh tak ambil adik aku bawa balik. Aku blur kejap..????? Dalam sayup2 aku dengar abah membebel marahkan aku sebab paksa adik aku tuh belajar jauh2. Hmmmm...

Perlahan, aku kejutkan en Yem. Antara kesian ngan mak dan simpati ngan en Yem, aku serba salah. Cuba kalau2 en Yem larat amik adik aku tuh. Ok katanya, tapi lepas solat subuh nanti. Aku tak pat sambung tidur dah lepas tuh...buat susu untuk anak2 dan sempat layan fb jap. Lama betul aku tak lawan2 dalam Mafia Wars..sure aku dah kena serang habis2an ngan bajingan2 (apa perkataan selayaknya yerk!) dalam tuh.

--------------------------------------interlude--------------------------------

Malam tadi adik aku, Anol dan geng2 dia dah lawat adik aku kat Rawang. Dia tanya dekat tiga kali kat budak bertuah tuh nak gi klinik tak? Tak de respond, tak pasti sama ada dia tak nak ke atau apa. Aku pun tak de masa kejadian tuh, so aku cuma boleh explain apa yang Anol bagi tau malam tadi. Sudahnya, dia pun tak bawa budak bertuah tuh ke klinik waima balik rumah sekalipun. Bukankah pekerjaan malam tadi sia-sia belaka? Tak faham betul budak2 muda zaman sekarang?

------------------------------------------------------------------------------------


Inilah buah seabuckthorn yang banyak khasiatnya. Rahsia alam yang tinggi nilainya.

Jam 6.30 pagi aku bertolak ke Rawang. Singgah sekejap dekat Saujana, makan di warung Pak Li Corner. Rezeki aku baik pagi itu aku jumpa nasi lemak sedap kat gerai tu. Memang best! Lagi best aku dah makan 2 bungkus sekaligus..hahaha. Aku fikir positif, ada hikmah di sebalik ambil adik aku pagi2 buta nih.

Sampai rumah aku tengok mak dah siapkan semuanya. Wajahnya kembali ceria. Dalam membebel sempat aku bagi adik aku cuba seabuck active..satu lagi produk keluaran SNE yang cukup2 berkesan untuk memulihkan demam2 nih. Aku dah cuba kat anak2 aku, ternyata setiap kali suhu badan diaorang naik dekat 38 darjah celcius, lepas minum tu anak2 aku kembali rendah suhu badannya. Aku cuba pula kat budak bertuah nih. Alhamdulillah, nampak perubahan. Cuma sakit2 badan tuh memang tak boleh nak kurangkanlah..sebab dia terlalu penat bekerja + belajar. Tambah2 sekarang nih IKN tengah wat konvokesyen.

Acara bawa bola ping-pong ngan sudu (memang tak nampak dalam ni coz aku amik darik belakang..hehehe)

Zarif bila nenek pegang, automatik dia jadi 'budak baik'.

Najiha (Zarif panggil dia 'Adik') ngan Mirza yang pemalu (untuk hari itu)

Acara ni aku tak pernah tengok sebelum nih. Baling botol air aiskrim soda ngan kelapa. Ala2 bowling kampunglah..tapi fun. Sapa boleh jatuhkan semua kira terror banget! Sebab ari tuh paling banyak pun diaorang boleh jatuhkan tiga botol je.

PS: Sorry imej kurang memuaskan, kamera phone aku boleh sampai takat tu je.

Jam 10 pagi aku, mak dan anak2 layan acara tahunan tadika kanak2 KEMAS dekat atas bukit tak jauh dari rumah mak aku. Kami semua jalan kaki je. Seronok betul anak2 aku. Zarif entah berapa kali jatuh bangun sepanjang perjalanan tu. Sampai sana acara sukaneka kanak2 dah hampir berakhir. Mirza pula jadi 'shy guy' tak mahu pergi mana2 (melekat terus ngan nenek..huhu) Aku ambil peluang rakam mana2 shot terbaik untuk kongsikan acara menarik dalam blog aku nih. Dalam pada itu boleh aku promote kampung tanah kelahiran aku nih. 'KG BUDIMAN FOREVER'. Walaupun kalau nak dikenang jasa aku tak delah banyak mana pun kat kampung nih..tapi aku sangat2 suka duduk di sini.

Suasana kampung kat sini buat aku terkenang2 zaman kanak2 yang aku rasa paling best dalam hidup aku; mandi sungai, terjun tiruk, main konda-kundi, roundes, berjoging ngan geng2 dan macam2 lagilah..Sayangnya aku tak de simpan kenangan gambar2 waktu aku kecik2 dulu..nanti kalau aku jumpa aku akan abadikan dalam nih. Winks!

Paling nostalgik sekali

Ani apasal muka kak Net nampak cam gentleman sangat dalam nih! Huhuhu

Team Mw lagi

Fakta: Aku masih belum reti nak upload gambo sekali banyak dalam nih!
Dalam gambo nih ada: Has (pakai spek), Intan, Nisa, Wawa, Kak Julie (yang macam nak gaduh tuh la..la..la)
Komen bebudak MW: Muka has paling umph sekali! Tapi ada ke orang main rugby pakai spek? Jangan mare ya!

Kawan2 dari Team MW

Hm, hasil kerja tangan: Ani Nadila
Dalam pix ni ada: Aku, Wawa, Kak Maswa, Nisa, Kak Ros
Komen bebudak MW: Dema suka nengok muka aku dalam gambo nih..sesuweii katanye!

Thursday, November 12, 2009

Ku ingin bahagia


Dalam perjalanan pulang ke rumah mak. Betul2 di traffic light Giant Sec.13. Seronok plak berblogging dalam kereta nih. Maklumlah macam bos kan..en Yem kat sebelah ni jadi driverlah pulak..hahaha.. jangan marah ya abang encem. Sambil layan KL.fm, dengar plak lagu sedap menenangkan hati dari Datin Rina Rahman. Apa lagi terus je jadi tajuk utama petang2 Khamis nih.

Berikanku bahagia
Hidup bebas
Mencari jalan sendiri
Jauhi alam derita
Ku jangan diganggu lagi
Kasihanilah
Ku ingin nikmat bahagia
Menempuh hidup baru
Kata manis sumpahan
Janji akan setia
Curahan ketika kita
Dalam bermesra
Oh itu
Hanyalah godaan
Memujuk hati ini
Oh itu telah pun ku tahu
Diriku telah terpedaya

Lirik nih sempat aku copy dari internet. Best bermain ngan teknologi nih..semuanya ada di hujung jari.

Sebelum ambil anak2 kat rumah mak ngan kak Iza, aku kenalah temankan en. Yem yang kelaparan kat sebelah nih. Di UiTM Puncak Alam ada gerai makan yang memang jadi perhatian kami berdua. Rasanya kat situ kot yang paling sedap dalam banyak2 gerai yang ada. Tapi tak leh pakai sangat idea aku nih coz aku baru cuba makanan dari dua gerai. Pastu masuk gerai ke tiga nih dah rasa sedap. Hmm, terus melekat kat situ.

Dalam pada itu, aku dah tak dapat tidur dekat beberapa malam. Coz kepala aku ligat berfikir macam mana aku nak upgrade kehidupan aku sekarang nih. Bukan mudah sebenarnya, banyak benda nak kena fikirkan. Kadangkala aku terfikir untuk apa aku kerja mati-matian selama ini? Aku tahu jawapannya sebab aku dah belajar semua itu dalam kelas ESQ 165. Tapi aku tak dapat menidakkan fikiran jahat yang masih ada dalam diri aku nih.

Dan sampai hari ini aku masih lagi tertanya2. Semalam aku tanya benda ini dekat en. Yem. Nampaknya dia malas nak layan pertanyaan aku tuh. Remeh kot. Hm, lelaki memang gitukan. Bila masuk bab2 yang ala2 nak manja2 sikit jer terus potong line. Tapi aku tetap percaya dengan jodoh yang Allah tentukan untuk aku ini. Maknanya aku dan en Yem perlu belajar dan saling memahami agar kehidupan kami saling melengkapi. Kalau aku tak belajar memahami tentang 'lelaki itu' belum tentu dia akan belajar untuk memahami 'perempuan ini'. Ahaks!

Sunday, November 8, 2009

Dua hari yang memenatkan (ambil entri hijau epal)

Entri ini ambil dari laman hijauepal yang dah lupus tuh. Sayangnya kalau biarkan cerita best nih hilang macam itu saja.
Hampir jam 9, en yem dapat panggilan daripada kakaknya di Kuala Lumpur. Katanya Mak Su yang dah hampir 11 tahun menderita penyakit misteri kembali menemui Yang Esa (kalau gi hospital tapi doktor tak dapat sahkan sakitnya apa bukankah misteri ke namanya tuh!). Jam 11 aku, en yem dan anak-anak bergegas pulang ke Lenggong, Perak. Jam 3 pagi baru sampai rumah mak. Anak2 pun bukannya tidur lena. Macam tahu2 je yang ayahnya sedang bersedih dan susah hati.

Pukul 6 pagi kakak yang dari Kuala Lumpur kejutkan kami yang masih berpinar2 itu. Katanya nak bertolak awal. Biarlah nanti sampai ke Grik masih sempat tengok wajah arwah mak su. Sayunya hati setiapkali terpandang wajah2 anak dan suami yang ditinggalkan. Mujur jugalah anak-anaknya kecuali seorang telah berkeluarga. Lepas nih Pak Su jadi duda terhangatlah kat kg tuh. hehehe. Kata mak Perak, Pak Su ni orangnya tegas dan garang; tapi dengan anak2 dan keluarganya je lah. Kalau dengan kitaorang dia suka bagi soalan teka-teki.

Dua minggu sudah, aku dan en yem ada bawa mak Perak tengok Mak Su. Masa itu dia memang dah nampak lain. Pak Su pun cerita macam mana dia terpaksa seret Mak Su dari bilik air ke tempat tidur masa diaorang tinggal berdua je dalam rumah besar itu. Masa itu, tangan Pak Su pun bukan kuat sangat. Sejak kena cikungunya urat sendi Pak Su tak segagah dulu. Kalau Mak Su mengadu sakit, Pak Su akan ikut sama mengalir air mata. Sedih dengar cerita Pak Su. Tapi Pak Su macam biasa...masih sempat bagi soalan teka-teki dekat kami. :)

Seharusnya suasana sayu itu biarlah kekal lama, tapi aku yang bawa dua orang hero2 cilik tak boleh nak tahan lama2 perasaan sayu tuh. Bila diaorang (anak-anak aku ler) dah dapat kasut, habis berlari2 keliling padang. (Ingat majlis kenduri kahwin ke anak2 oiiii!!!). Tak kuasanya nak berkejar2 dengan anak2 di rumah orang meninggal. Huish! cabaran betul. Kalau seorang tak apalah..ni dua2 pun naik sheikhh. Sudahnya aku bagi si abang Mirza main itouch. Diamlah dia sorang2 main benda yang aku rasa buat diri dia hidup dalam dunianya sendiri. Mulanya aku nak halang dia dari main benda tuh...tapi aku fikir, ada positifnya juga. Entahlah aku pun serba salah sebenarnya. Si adik bila abang dah diam, dia pun cool lah sikit.

Kami tidur dua malam kat rumah mak Perak. Memang cadang nak balik awal sebab ada assignment, tapi kesian pula tengok en Yem drive ke hulu ke hilir selama beberapa hari nih. Sure penat tahap cipan. Mujurlah assignment tuh di postponed. Sebelum balik Meru, sempatlah aku borak2 ngan mak Perak. Dia beritahu aku yang namanya dulu bukan Aminah tapi Turza'yah. Cuma bila dah masuk 12 tahun barulah tukar nama jadi Aminah. Sebabnya datuknya dulu dok panggil dia che minah..che minah. Bila aku tanya en. yem, tahu tak pasal nama lama mak tuh, dia geleng kepala. Hmmm, nampaknya aku memang sesuweii..ada ciri2 wartawan yang hebat. ekekekeke...

Saturday, November 7, 2009

Selepas dua kali di sapu sne


Alhamdulillah selepas dua kali sapu sne, bibir yang pecah tuh kembali bercantum. Kiranya dia dapat merawat semula sel2 luka yang teruk tuh dengan cepat dan berkesan. Risau gak kalau2 Zarif menangis malam dan susah nak tidur. Lagi risau sebab dia menyusu badan, mesti dia sudah nak menghisap.

Tapi sangkaan kita tuh meleset. Alhamdulillah, Zarif boleh makan dan buat apa2 aktiviti yang melibatkan mulut dia dengan mudah. Sekarang nih pun dah ligat bermain. Walhal kalau tengok luka dia semalam agak teruklah. Walau apa pun, setiap ubat itu kalau tidak dengan keizinanNya tak akan sembuhkan. So masa bagi tuh, doa sekali moga Zarif tak apa2.

Tragedi Bibir Pecah

Lagi empat hari Zarif genap dua tahun. Belum pun sempat sambut hari lahirnya, dia awal2 dah sambut dengan 'bibir pecah'. Wah! paniknya darah keluar dari bibir dia, tak pasti gigi patah ke..bibir pecah ke apa? Pulaknya Yem tak ada, gi kursus dua hari. Jawapnya tak de sapalah yang nak bawa ke klinik.

Tiba-tiba teringat yang kita ada kapsul sne. Apalagi terus pecahkan dan sapu kat bibir dia. Sempat lagi amik gambar..maklumlah kan..boleh masuk blog dan kongsi betapa berkesannya kapsul sne tuh.

Kat sebelah nih gambar dia lepas jatuh dan dah disapu sne sekali

Memori Ramadhan lalu




Adik aku Yanto dan geng2 pakat kacau dodol pada bulan Ramadhan yang lalu. Satu tradisi yang lama tak dipraktikkan..Kata abah mungkin tahun depan akan buat aktiviti macam gini lagi.

Sirih pulang ke gagang

Merajuk aku tak lama, selepas beberapa terhenti berblog tiba2 rasa rindu pula. Akhirnya aku kembali. Terima kasih dengan pengalaman lalu.
Related Posts with Thumbnails