Follow Saya Di Google Plus

Monday, December 14, 2009

Mencari Netty

Menyelongkar khazanah pencarian google image menemukan hampir 114 000 fail imej di bawah nama 'netty'. Antara pesona 'netty' yang ku temui. Kini aku sedar betapa uniknya seorang netty itu.



















Thursday, December 10, 2009

Malam jumaat yang melemaukan

Hari ini hari Khamis. Malam ni pastinya malam Jumaat. Apa yang menarik di malam Jumaat? Macam boleh jadi di malam Jumaat.

Dulu waktu aku kecil2 nenek waima mak aku pesan jangan lupa kirim doa untuk arwah atuk yang dah tiada. Kata diaorang malam Jumaat arwah akan pulang dan tengok anak-cucu apa yang diaorang buat. Baikkah? Nakalkah?

Menginjak alam perkahwinan malam Jumaat diibaratkan sebagai 'malam membunuh syaitan'. Siapa pernah dengar lawak tuh mesti faham maksud aku. hehehe..

Tapi bagi aku waktu sekarang ini, malam Jumaat jadi malam yang melemaukan. Sebabnya aku terperangkap dalam traffic jam yang melemaskan. Laluan ke Kampung Budiman tidak lagi setenang dulu. Banyak kenderaan, laluan makin kecil dan rumah naik macam tak ada perancangan. Janji duit masuk ke dalam poket pemaju dan tukang meluluskan projek.

Dan yang paling best, laki aku baru jer menyakat2 manja sepupu aku yang kat kereta sebelah nih. Bukan main lagi berhon2nya.. sekali sepupu sendiri. ahaks.

Cenderahati MW untuk dimiliki


Tuala warna biru ini bersaiz kecil
Harga: RM10
Berminat boleh emel saya

Sunday, December 6, 2009

5 Teori SNE


5 Teori SNE

  • Mendedahkan misteri penyakit, penuaan dan kematian manusia.
  • Membolehkan anda mencapai pengurusan dan persepsi kesihatan yang menyeluruh.
  • Revolusi terbaru konsep penjagaan kesihatan dalam abad terkini.
  • Penyelesaian menyeluruh penghapusan bakteria, penyahtoksikan, pembaikpulihan dan penambahan suplemen.
  • Mengubah kualiti hidup, statistik penyakit, ketinggian, kecerdasan otak dan berat badan manusia.

Ia merangkumi:

1. Teori Endokrinologi/ rembesan sel ondokrin yang dibebaskan secara langsung dalam darah dan diangkut ke sel dan organ sasarannya melalui peredaran darah
2. Teori Genetik
3. Teori Radikal Bebas
4. Teori Sitologi/ sel
5. Teori Imunologi/ keimunan

5 Teori SNE inilah yang menjadikan kapsul SNE layak digelar kapsul ajaib. Tambahan pula biji seabukthorn (Fructus Hippophae) itu sendiri mempunyai vitamin C 8 kali ganda melebihi kandungan Vitamin C dalam buah kiwi.

Saturday, December 5, 2009

Melayan Sepertiga Malam

Aida Rofiza (mantan wartawan Dara.Com) selamat sudah diijabkabulkan dengan pasangannya di Felda Bukit Rokan. Balik dari meraikan Aida langsung singgah ke Giant..hm melayang lagi seposen dua. Pantang kalau ke tempat2 gitu. Tak de maknanya berangan awal sekadar mahu berwindow shopping. Alkisahnya akan jadi shopping sakan.

Awal pagi ini aku dah mengantuk tahap cipan, tapi masih bertenaga untuk menaip satu dua kata. Cuma Mirza dekat sebelah nih dah bagi hint2 manja ajak aku masuk tidur. Dia pun tengah layan cerita ultraman yang baru dibeli. Kelakar pun ada, ultraman cakap omputih versi Melayu. Kebetulan pagi2 ini cantek pulak line brandband aku. Tutup bukulah..mengantuk tahap cipan dah! zzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Thursday, December 3, 2009

Testimonial terbaru SNE - Pesakit Psoriasis Cilik


PS: Gambar kurang jelas. Tapi masih boleh nampakkan... :)


Kapsul SNE selalu memberi perkhabaran gembira kepada sesiapa sahaja yang mengamalkannya. Tua, muda ataupun remaja, mereka akan menikmati kembali kebahagiaan yang telah lama diidamkan. Iringi pengambilannya dengan doa kepada Ilahi. Apabila tubuh telah kembali pulih, panjatkan kesyukuran pada Yang Maha Esa. Kerana setiap ujian, dugaan yang telah diberikan sebelum ini adalah untuk menghapuskan dosa-dosa kecil kita (seharusnya sepanjang ujian itu kita jangan lupa mengucapkan syukur kepadaNya). Kegembiraan ini pastinya membuatkan hati menjadi lebih dekat denganNya. Seandainya hati diduga lagi, kami mohon petunjuk dariMu Ya Allah, sentiasalah tempatkan hati kami di kalangan orang2 yang engkau redhai dan kasihi.

SRS baru-baru ini yang diadakan di Hotel Sri Petaling telah menemukan seorang kanak-kanak perempuan yang telah menderita penyakit kulit sejak kecil. Kasihan dengan si kecil ini, hendak buat apa pun tak boleh. Berpeluh sedikit sahaja tubuh si kecil itu pasti mengalami kesakitan yang amat sangat. Menurut ibunya, ketika Aidilfitri lalu kanak-kanak seusianya bergembira bermain bunga api, berjalan ke rumah saudara mara sambil mengutip duit raya, sebaliknya yang terjadi kepada anaknya. Si kecil ini hanya mampu terasing sendirian di rumah tanpa merasai sedikitpun nikmat Aidilfitri.

Alhamdulillah, si kecil manis ini semakin pulih selepas mengambil kapsul SNE. Ibunya mengamalkan petua menyapu kapsul SNE ke seluruh tubuh anak kecil itu. Caranya: ambil sebiji kapsul SNE yang telah dipecahkan lalu minyak biji seabuckthorn itu dicampurkan ke dalam sebotol minyak zaitun. Goncangkan botol itu hingga sebati, lalu ibunya menyapukan bancuhan tadi ke seluruh tubuh anaknya setiap hari (sejak diperkenalkan dengan kapsul SNE). Yang pasti, tindak balas akan dirasai oleh anak ini, tetapi dia redha dan faham bahawa dirinya sedang melalui proses tranformasi. Pemulihan sel sedang berlaku, perjalanan darahnya semakin lancar. Segala Puji hanya untukNya, anak kecil ini beransur pulih selepas menghabiskan dua kotak SNE. Bukankah nilainya (kos biaya membeli SNE) terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan belanja ribuan ringgit selama berbelas tahun lalu? Fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah. Berminat ingin tahu lebih lanjut hubungi saya menerusi emel ataupun telefon (ada di ruangan iklan sebelah kanan blog ini).
Related Posts with Thumbnails