Follow Saya Di Google Plus

Thursday, January 14, 2010

Mistik! Kredit untuk majalah Mingguan Wanita

Gambar tiada kaitan dengan cerita. Cuma aku baru sahaja menyusun cerita tentang 3 Idiots. Kelihatannya cerita ini begitu hebat penangannya. Mungkin aku perlu menyimpan cerita ini di rak cd suamiku

Melati membiarkan sahaja kain sarungnya terdedah sehingga ke paras paha, menampakkan sebahagian besar pangkal pehanya yang putih mulus. Mata Pak Murad semakin bulat bagaikan keasyikan menonton goyangan Gerudi Enul Daratista saat terpandang betis putih gebu milik Melati. Segera dia mengalihkan pandangan matanya, tidak mahu lama-lama melihat sesuatu yang dapat membuatkan dirinya hanyut ke lembah hina. Melati terus meronta, minta tangan dan kakinya dilepaskan.

“Sakitlah… aku kata lepaskan, lepaskanlah. Engkau sekeluarga memang tak guna. Kau jatuhkan maruah aku. Ingat kau orang kaya boleh selamat. Aku lebih hebatlah,” raung Melati dengan suara garau seakan-akan milik seorang lelaki.

Hati Mak Munah berdebar kencang. Dia tidak sanggup melihat penderitaan Melati lagi. Baru sebulan lebih Melati jadi begini, meracau, kehilangan diri dan adakalanya menyerang orang ramai tanpa usul periksa. Melati bukan lagi anak kesayangannya yang dahulu. Perangainya sudah jauh berubah.

Segalanya terjadi sejak Melati berkenalan dengan Karim, orang Indonesia yang bekerja di ladang kelapa sawit dekat dengan rumahnya itu. Bukannya dia menghalang anak gadisnya itu bercinta, cuma dia tidak mahu Melati berkenalan dengan orang luar yang bukan dari bangsanya sendiri.

Macam-macam cerita telah dia baca dalam suratkhabar tentang kes-kes anak dara dilarikan warga Indonesia. Bila sampai sana, gadis itu dipaksa melalui kehidupan yang sukar dan akhirnya terpaksa minta bantuan badan-badan tertentu untuk dibawa pulang. Itu belum lagi, cerita-cerita mereka di jaja oleh orang suratkhabar. Mak Munah tak mahu nanti Melati jadi begitu. Kelak, Mak Munah yang malu kalau apa yang difikirkannya itu jadi kenyataan.

“Orang tua bodoh! Aku paling benci dengan orang macam kau,” sergah Melati sambil memuncungkan bibirnya ke arah ibunya.

Lamunan Mak Munah terhenti. Terkejut bukan kepalang apabila dirinya dihina dan dicerca oleh anaknya yang selama ini ditatang bagaikan minyak yang penuh. Tapi dia tahu yang anaknya kini bukan dirinya yang sebenar. Dia tidak dapat menahan sebak di hati, air matanya jatuh sekali lagi.

Pak Murad meneruskan kerja-kerjanya. Dia tidak menghiraukan keadaan yang berlaku di sekelilingnya. Sesekali Pak Murad bersilat, ada masanya mulutnya terkumat-kamit perlahan sebelum menghembuskan bacaan doanya ke wajah Melati.

Pak Murad mengambil secubit lada putih yang ditumbuk kasar lalu diletakkan di hujung ibu jari kaki Melati. Saat itu juga Melati menjerit sekuat hati. Tubuhnya meronta semakin keras dan tenaganya cukup kuat, hinggakan tidak mampu ditahan oleh dua orang lelaki yang memegang kaki dan tangannya itu. Tidak cukup dengan itu, Pak Murad ambil lagi sisa lada putih yang tinggal lalu ditenyeh semula ke ibu jari kaki yang satu lagi. Sekali lagi jeritan Melati menggegarkan ruang tamu rumah Mak Munah.

“Tolong… aku panas. Aku panaslah bodoh!” raung Melati mengeluarkan kata-kata kesat.

“Kenapa engkau hendak kacau anak cucu Adam? Tempat engkau bukan di sini, bukan di tubuh ini? Keluar engkau dari tubuh anak Adam ini. Kalau engkau ingkar akan aku kerjakan engkau dengan lebih teruk lagi!,” sambung Pak Murad pula. Cukup tegas dan tidak mahu mengalah dengan makhluk halus yang mendampingi tubuh Melati.

“Kenapa engkau ganggu cucu Adam ini?” Tanya Pak Murad sekali lagi.

“Biar orang tua bodoh itu tahu! Jangan ingat dia pisahkan aku dengan Melati, dia boleh hidup senang. Aku tak akan benarkan,” jawap Melati keras.

“Jodoh pertemuan urusan Allah. Engkau tak boleh menghalang urusan Allah. Engkau ingat cara engkau ini diredhai Allah. Nah! Keluarkan engkau dari tubuh ini,” segera Pak Murad meletakkan sisa lada sulah tadi ke hujung kuku tangan Melati.

“Tolong! panas… panas,” rayu Melati semakin perlahan dan akhirnya dia terkulai di atas lantai.

Pak Murad mengangkat tangannya separas bahu Melati. Dari situ dia turunkan tangannya hingga ke hujung jari Melati. Dia tidak menyentuh bahu Melati cuma gerakan itu dibuat di atas tangan Melati. Sepanjang gerakan itu, tangan Pak Murad menggeletar perlahan bagaikan sedang memegang sesuatu. Selesai gerakan itu Pak Murad menepuk ke lantai. Dia mengambil bekas air berisi hirisan limau lalu diserahkan kepada Mak Munah. Mak Munah bagaikan telah mengerti arahan Pak Murad, cepat-cepat dia mengambil bekas itu dan dibawanya dekat dengan Melati.

Selesai membaca doa yang diajarkan oleh Pak Murad sebelum ini, Mak Munah menyapu wajah Melati dengan air tadi. Melati bangun terus memeluk ibunya. Dia masih dalam keadaan separuh sedar. Walaupun Melati tidak akan pulih sepenuhnya, sekurang-kurangnya hari itu dia terlepas dari bebanan yang ditanggungnya sebelum ini. Mak Munah memanjatkan kesyukurannya kepada Ilahi sambil tidak putus-putus berdoa agar anaknya tidak lagi dirasuk oleh makhluk jahat kiriman Karim durjana.

Dilarang sama sekali mengambil karya ini tanpa kebenaran dari penulis blog ini!

Aku blur

Lama benar tak masuk dalam blog ini. Hendak kata busy tak juga, tapi mood untuk menulis tiba-tiba hilang entah ke mana. Malam ini sementara menanti waktu melewati azan maghrib, aku ada sedikit waktu untuk membebel di ruangan yang sempit ini.

Hidup ini sememangnya penuh dengan dugaan dan 'surprise'. Sama ada ianya menggembirakan atau menyedihkan hanya diri sendiri yang perlu belajar macam mana hendak menangani setiap ujian yang terjadi pada diri sendiri. Walau apa pun halangannya. Aku perlu kuat dan tidak patah semangat.

Tak tahulah nak tulis apa dalam ini...betul2 blur. Walau macam mana aku cuba membebel, kata-katanya tetap jadi carca marba. Mungkin otak aku nih tengah berserabut kot. Oklah aku stop dulu. Tapi sebelum itu, aku masukkan satu story menarik untuk dikongsi dengan pembaca online blog kesayangan aku nih. Sebab apa kesayangan...sebabnya bukan mudah untuk menghasilkan sebuah blog...sampai berendam air mata dibuatnya.. :)
Related Posts with Thumbnails