Follow Saya Di Google Plus

Thursday, February 4, 2010

Blogku dilanda masalah

Sekali lagi gambar tiada kena mengena dengan cerita. Tapi kesedihan muka Zarif, samalah keadaannya dengan kesedihan yang aku alami bila blog aku dilanda masalah sekarang ini.

Tentang gambar: Kenangan waktu membawa Mirza dan Zarif ke Pulau Bali sekitar bulan 5 tahun lalu.

Fed up pun ada. Tak tahu apa masalah blog aku kali ini. Layout side bar aku bermasalah. Baru semalam aku masukkan jumlah visitor blog ini tapi hari ini aku buka, widget itu dah hilang. Huhuhu..kalaulah aku tahu kenapa...terpaksa aku bersengkang mata menyelesaikan masalah yang satu ini.

Dah lama tak menggodam benda2 ini. Beberapa hari lepas kak Nuri (editor aku ler) tanya macam mana nak setup blog. Lepas tu kak nuri tanya macam mana nak masukkan gambar2. Ok, aku pun ajar. Tapi apasal plak gambar2 kak Nuri berterabur? Alahai aku tiba2 jadi blur sekali lagi. Kalau dah lama tak belek2 blog sendiri inilah jadinya.

Masa aku cukup terhad. Di ofis settlekan bahan2 harian untuk dimuatkan dalam majalah. Di rumah pula line broadband aku tersangatlah syahdunya...BENCINTA aku menunggu dia nak appear satu2. Sudahnya aku tutup. Sekarang ini barulah nak berjinak2 kembali. Cadangnya nak buka satu lagi laman khas untuk muatkan karya2 yang aku suka..tapi macam mana nak menepis serangan plagarism dalam internet ni ya..Baru2 nih kak Julie beritahu yang gambar kahwin aku dah kena songlap ngan satu company card online. Cis! untung dia makan free hasil gambar kawen aku yang cun tuh...hahaha.

Aku akan mencari jalan penyelesaian untuk masalah blog aku nih..kalau ada kawan2 sudi membantu bolehlah beri pandangan ya..tulun! tulun!

Wednesday, February 3, 2010

Rimba cintaku

Lagu rimba cintaku nyanyian kumpulan Medicine berkumandang di radio KLfm 96.7. Aku terkenang zaman kecilku dalam darjah tiga, sekitar pertengahan tahun 1980-an. Lagu tu glamer betul waktu tuh..siap ada satu majalah kartun buat siri bergambar untuk lagu tuh..tak silap aku majalah gelihati.

Bila dah tua2 dengar balik lagu nih..baru terasa betapa bestnya lagu nih. Penuh dengan unsur romantis gitu..dan ada sikit seksi. Wah! Serius ini pandangan aku ok..Apa aku buat sorang2 dalam kereta ini.

Macam inilah rutin aku. Malam baru dapat balik ke rumah. Sekarang ini pun tengah tunggu en Yem membeli cd. Duduk dalam kereta tak tahu nak buat apa..so apa lagi..blogginglah kerja aku. Sambil2 itu aku tengah survey2 kedai online yang jual kain lycra murah. Manalah tahu boleh dapat semeter RM15..Wah! kira cantik tuh..boleh aku buat baju. Cuma sekarang ini aku perlukan masa untuk mengembalikan berat badan ke bentuk badan sebelum bersalin anak kedua.

Lepas bersalinkan Zarif, naiknya menjadi2. Aku perlukan motivasi yang cukup mantap untuk membuatkan berat badan aku turun bawah 50kg. Aku terkejut betul semalam. Berkesempatan timbang berat badan dekat spa Slimlife Heaven..hehe sorry Catherine, saya curi2 naik atas penimbang masa wat assignment..Sekali berat aku sudah mencecah 58kg. Grrrrr..aku dah tahap OBESSSS..

Tak pe..aku akan kuatkan semangat. Chaiyok! Moga aku berjaya. Rimba cintaku akan terus menjadi nyanyian terindah aku buat masa2 terdekat ini. Moga aku terus bersemangat!

Tuesday, February 2, 2010

Bila Mirza teringin menjadi Ultraman

Mirza sebelum bertukar menjadi raksasa..ahaks


Bersedia untuk menjadi raksasa


Bertukar!

Mirza Yadiy dah semakin mengerti. Banyak perkara yang makin difahami. Perihal kartun kegemaran pun dia sudah pandai memilih. Jangan ajak dia menonton kartun2 Walt Disney, dia kurang arif tentang itu. Beri dia siri2 Ultraman pasti dia boleh kenal yang mana satu Dyna dan mana satu Max malah Mebius sekalipun. Nama2 itu sudah begitu biasa di bibirnya. Sampai satu masa dia pernah bilang mahu menjadi seperti Ultraman yang punya kuasa memancar cahaya merah untuk membunuh raksasa.

Pasti tawaku berderai saat si kecil seusia 3 tahun (kala itu) boleh bercerita tentang impiannya mahu menjadi Ultraman. Sekarang dalam usia 4 tahun, dia masih lagi 'chinta' dengan hero pujaannya itu. Barangkali kurang galakan membuatkan Mirza semakin melupakan hasrat untuk terbang dan melompat bagaikan ultraman. Selalu juga aku pesan pada Mirza, simpan impian untuk jadi ultraman itu dan jadikannya satu kenyataan dengan terbangkan diri ke negara Jepun. Walaupun dia mengangguk tetapi aku tahu dia belum faham maksud kata-kataku itu. Cuma harapanku moga impian si kecil Mirza itu akan menjadi nyata setelah dia dewasa.
Related Posts with Thumbnails