Follow Saya Di Google Plus

Wednesday, March 31, 2010

Potluck d Kayangan

Awal March hari tuh, Mama Rin emelkan posting yang buat ahli kelab kayangan teruja. Dalam emel, Mama Rin beritahu dia plan nak buat potluck geli2 untuk penduduk kayangan (Mingguan Wanita, Keluarga, E-baca dan si manis yati dan noli dari promosi). So macam2 menu yang tersenarai hari itu. Antaranya:

MAMA RIN - NASI LEMAK BUNGKUS

MUMMY YATY - Agar2 fruit cocktail (walaupun makan pagi, belasah jerlah, alang2 buatkan utk ibu ngidam, noli…(tak sedap korang jgn marah tau)

NISA - SPIRAL MAKARONI WITH TUNA LIMITED EDITION (poyo saje haha) Sayangnya Nisa tak dapat join sekali esok. Dia ada tugasan, so tak merasalah makaroni Nisa yang berpintal2 itu (disesuaikan dengan maksud 'spiral' itu. Ok kan?)
Bonda Wawa - Bihun Goreng nyamm…nyamm..

Mummy Ida (k rin, bila masa lak aku jadi ‘mummy’? ngeh ngeh ngeh ..itu Buk Yaty.. - Spagetthi Bolognese hot n’ spicy! Wallah…

Rose - Minuman teh, milo, kopi, kacip fatimah, sebut saje, I sediakan…

MAMA.NET - ubi rebus dari kampungku (sarapan pagi) + pekasam forever (untuk belah petang. Boleh juga guna untuk sarapan pagi)

WANI @ KAPTEN SHAHRIL - SAMBAL BIJAK DARI MAMA RIN

NABILA - NAGET EMAS BERCAMPUR SOS SEDAP

Semalam aku pun dah borong ubi dekat kampung aku dan atas kesudian Kak Iza (kakak yang mengasuh anak aku, Zarif) maka aku dapatlah merealisasikan harapan budak2 nih nak makan ubi rebus. Semoga esok semua orang gembira, termasuklah aku yang tak siap kerja ini lagi..Heh!

Keterangan gambar: Ada sesuatu yang menarik tentang cerita aku dan kak Naros (penolong editor majalah Pa & Ma) ini. Tugasan satu hari di Melaka yang manis untuk diingati. Nantikan cerita 'menarik' ini nanti ya!

Tuesday, March 30, 2010

Info untuk Eton

Keterangan gambar: Ambil peluang belajar membuat cupcake waktu di hantar tugasan ke K Shoppe di Seksyen 11, Shah Alam. Sebelah aku yang comel bertudung hijau tu, wartawan Keluarga, Ain namanya.

Pagi tadi tiba2 Eton buka blog aku dan tak semena2 aku tergerak hati nak ajar dia tukar template. Tambah sikit2 tentang widget baru. Dan akhirnya dia berjaya juga meletakkan music box kat blog dia..tapi ruang side bar kecil sangatlah pulak. Aku pun janji akan carikan serba sedikit info untuk besarkan side bar. Aku pernah buat dulu, tapi dah terlupa. Akhirnya aku berjaya juga mencari. tak ingatlah laman web mana aku amik info ini. Rasanya boleh diaplikasikan.


-->
Pergi ke LAYOUT > EDIT HTML , klik DOWNLOAD FULL TEMPLATE dan savekan kat komputer. Tujuannya adalah..in case bila dah buat tutorial ni tapi tak berjaya bolehlah kembali pada template asal sebelum ni.. pergi kat LAYOUT > EDIT HTML first..tukar dulu di :
#outer-wrapper {
width: 660px;
tukar width tu..jadikan dia lebih besar
(tukarlah dalam 700px kekedua, cari :
#sidebar-wrapper {
width: 220px;
tukar width dia..
rasanya 250px pon dah cukup besar
then..akan notice ada gap antara ruang post dengan sidebar so boleh besarkan ruangan post. Cari :
#main-wrapper {
width: 410px;
tukar width dia kepada yg lebih besar..
p/s : jumlah width main-wrapper + sidebar wrapper hendaklah tidak lebih daripada width outer wrapper. Selamat Mencube

Monday, March 29, 2010

Tukar template

Keterangan gambar: Contoh header yang aku pernah save dalam satu laman web. Tapi aku dah tak ingat nama website tu. Tak tahulah boleh digunakan lagi ke tak.

Masuk kali ini dah hampir 3 kali aku tukar template. Mana tahu daripada kerja suka2 nih akhirnya akan membawa kepada 'keseronokan' yang aku sendiri tak jangkakan. Ada beberapa template cantik yang boleh dikongsi. Rujuk laman sebelah kanan kalau mahu keterangan lanjut.

Wednesday, March 24, 2010

Uniknya Kampong Pulau Timbul, Jitra Kedah II

Keterangan gambar: Kalau aku tak silaplah. Dulu waktu kat UiTM, aku belajar teknik amik gambar nih dinamakan backlight. Betulkan aku kalau silap ya. Cantik atau tak belakang kira ya. Yang penting, aku memang suka amik gambo en. Yem. Tak taulah kenapa...hehehe

Keterangan gambar: Bebudak nih cukup liat kalau nak suruh bergambar ngan aku...Tak percaya tengoklah. Macam ada unsur paksaan di situ. Heh!

Keterangan gambar: Paling tak best. En Yem suka sangat ambil gambar dari jarak jauh. Konon nak nampak pemandangan. Hmmm..pemandanganlah sangat!

Keterangan gambar: Aduhai! Letihnya ibu...
Keterangan gambar: Ada nampak macam pakai helmet tak? en Yem memang ayah mithali kan?

Tuesday, March 23, 2010

Uniknya Kampong Pulau Timbul, Jitra Kedah

Keterangan gambar: Bagi yang tak tahu, inilah gambar pokok padi..bukan pokok beras ya!

Tahun Baru Cina baru-baru ini, aku dan en yem ambil kesempatan bawa mak ayah ke Kedah. Jenguk adik-beradik ayah. Tak plan pun nak pergi, cuma tiba-tiba sampai Lenggong terus terfikir idea nak ke Kedah. Mak ayah pun tak ada masalah dan setuju dengan plan mengejut kitaorang.

Mula2 singgah rumah kakak ayah (tapi aku dah tak ingat nama tempat tuh..hehe). Bertolak jam 8 dan lebih kurang tengahari sampai tempat itu. Kalau tak silap aku kat situ adalah kawasan gunung yang terkenal dengan kristal yang pelbagai. Gunung Keriangkah? Rasanyalah..nanti aku tanya lagi sekali kat en. Yem.

Belah petang terus bertolak ke Kampong Pulau Timbul. Uniknya nama kampung nih. Tempatnya pun unik, seakan-akan sebuah pulau yang dikelilingi sawah padi. Mirza dan Zarif memang tak pernah ada peluang tengok pokok padi. Inilah kesempatan kami untuk beri sesi national geography kat bebudak tu.

Seb baik bermalam kat rumah adik ayah yang pandai dan sedap betul masam kuih tiram. Jadi, belah petang, kami berjalan sambil bawa kamera Lumix (perlu ke sebut jenama nih?). Sambil menerangkan kat Mirza tentang asal usul padi, aku kasi can sama dia untuk main sekam padi sekali. Wah seronok kan main. Meh tengok gambo2 yang aku amik petang2 hari itu.

Keterangan gambar: Satu-satunya peluang Mirza dan Zarif naik traktor.

Keterangan gambar: Zarif memberi pose istimewa untuk ibu.

Keterangan gambar: Seronoknya Mirza! Tahu tak pemilik traktor tuh tak tahu yang kita pose sakan kat atas traktor dia. Hiks!

Keterangan gambar: Salah satu pose istimewa Mirza petang itu.

Saturday, March 20, 2010

Bila ada double standard


Wawa (Nazwa) dengan si kecilnya, Syira'. Harap2 Wawa jumpa semula kunci keretanya hari itu.

Kak Julie yang serius pun dah jadi cam budak2. Happy sangat dapat aiskrim. Hehehe...
Has terpaksa control cun bila bergambar dengan kon aiskrim Magnolia nih...lalalala..


Keterangan gambar: Semalam (19 Mac), Team PR Magnolia 'serang' ofis Karangkraf dengan kon2 aiskrim Magnolia yang sedap2 rasanya. Team MW antara yang tak hengat makan aiskrim pagi itu. Jam 11 pagi, masing2 dah kekenyangan dengan aiskrim. TQ Magnolia! Kenyang kitaorang semalam..

Gambar tiada kena mengena dengan artikel. Saja je nak masukkan..hiks.

Aku masih tertunggu-tunggu. Jadi datang atau tidak? Dah berbelas kali aku dail no yang tertera pada skrin telefon bimbit aku semalam, tapi tak berangkat-angkat! Hm..aku call 103 menggunakan telefon bimbit aku untuk mencari jawapan di manakah 'orang itu'..orang yang berjanji mahu meng'sms' no telefon bimbitnya agar aku mudah untuk meng'confirm'kan semula perjanjian semalam. Orang yang berjanji mahu ke rumahku jam 4 petang ini. Oh..aku tersalah dail rupanya. 103 adalah talian untuk mencari nombor-nombor telefon yang diinginkan. Bukannya membuat aduan ya.

Bila aku dapat nombor ini: 1 300 888 123. Tanpa lengah aku hubungi telefonis yang bertugas. Setelah mendapat nama dan nombor telefon genggam 'orang itu' segera aku menghubunginya. Mungkinkah dia terlupa atau sengaja melupakan aku? Dari perbualan itu..rasanya dia seakan mahu melupakan aku. Katanya dia masih menunggu 'jumper' di rumah aku dihidupkan. Apa tu?..aku tak faham.

Setengah jam kemudian, orang itu sampai di rumah. Tapi aku guna laptop Macbook dan dia tak tahu macam mana nak godek laptop Cap Pekasam (label yang kawan2 MW bagi kat laptop aku nih) aku. En Yem agak nakal hari ni. Dia pesan jangan cakap apa2. Saja nak biarkan 'orang itu' kerja lebih sikit. Kerja-kerja pemasangan streamyx di rumah aku akhirnya selesai.

Ketika 'orang itu' menghirup minuman yang aku sediakan, sekali lagi dia menerangkan.

"Dekat sini susah sikit kalau nak suruh diaorang hidupkan jumper. Kalau di bandar Klang lain, itu kawasan bandar memang cepat diaorang hidupkan jumper. Dah banyak kali saya terkena. Datang dua tiga kali (ke area rumah aku) dan jumper masih belum di on. Nasib baik hari ini ada orang bekerja boleh minta diaorang hidupkan,"

Hm... adakah aku tinggal jauh di pedalaman sampai begitu lembab 'penghidup2 jumper' itu mahu bekerja? Jauhkah Pekan Meru dari Bandar Klang? Adakah kerana aku 'terpaksa' menggunakan status Wartawan membuatkan 'jumper' dapat di onkan tidak sampai setengah jam?. (Walaupun awalnya kelihatan begitu bermasalah).

Perlukah ada double standar di sini. Maksudnya kalau di kawasan pekan pun 'orang itu' mengalami keadaan begini..macam mana pula kalau dia perlu memasang modem di kawasan kampung? Kampung Budiman misalnya...itu kampung asal aku..perlukah ia mengambil masa lebih dari seminggu..tepuk dada tanyalah hati.

Tapi sebelum 'orang itu' melangkah pergi aku bekalkan sekali majalah Mingguan Wanita kepadanya. Hidup perlu berbudi bahasa. Walau sekasar mana seseorang, tidak perlu dibalas dengan kekasaran. Kerana setiap makhluk adalah ciptaan Yang Esa. Membenci seseorang bukankah bermakna kita seakan tidak menyukai ciptaan Allah yang penuh keunikan itu.

Saturday, March 6, 2010

Akhirnya aku berjaya

Keterangan gambar: Kiranya aku terpaksa bersabar macam fetus dalam rahim ibu nih. Bila sampai masa, maka blog aku pun lahir. Tapi kes aku nih blog aku rebirth lah pulak..

Hampir sebulan blog ini tidak diupdate statusnya. Kenapa?
  1. Aku tak dapat nak login blogger gunakan firefox. Tapi kalau login dengan safari ok plak? So aku confuse di situ. Kenapa dan mengapa jadi macam ini.
  2. Punca kesilapan dari aku sendiri gak. Tak silap ari tu aku ada daftarkan emel yahoo dalam satu website. kononnya dia akan link dengan aku punya blog. tapi aku tak baca habis term n conditionnya. Akibatnya, berlaku kecelaruan pada blog aku.
  3. So selama sebulan tuh aku betul2 frust. Takkan nak buat blog baru sekali lagi?!!! Arghhh...FRUSTNYA!
  4. Tapi aku tak nak give up. mesti ada cara. Kalau tak, takkan safari boleh buka blog aku ya tak? bila aku login guna firefox, dia kata file aku terlalu besar.
  5. Dalam pada mencari itu aku terjumpa laman web ini:
www.blogger.com/support/blogger
http://blogging.nitecruzr.net/
Dua2 benda nih memang membantu aku menyelesaikan masalah yang aku hadapi


Penyelesaian:
  1. Mula2 aku tukar password. Sebab emel gmail aku pun guna akaun yang sama. Tak menjadi. Still tak leh nak buka.
  2. Aku bersihkan segala macam cache yang ada dalam internet explorer aku nih. Masih tak progress gak.
  3. Akhirnya aku bersihkan sekali cookies dalam internet explorer. Lepas itu aku tutup firefox dan masuk semula. Alhamdulillah dan insyaallah, blog ini boleh beroperasi lagi seperti biasa.
Kesimpulan:

Aku tak taulah pulak kalau 'benda' yang kita buka dari internet nak kena update dan selalu dibersihkan statusnya. Patutlah selama ini en Yem selalu membebel kata laptop aku nih penuh sampah! Hehehe. Rupanya salah sendiri jugakan..
Related Posts with Thumbnails