Follow Saya Di Google Plus

Thursday, April 29, 2010

Kisah masyarakat Mingguan Wanita bil 1280


Adik Aqil sewaktu dirawat di hospital


-->
Teks dan foto: Netty Ah Hiyer

‘Hati, tabahlah selalu. Air mata, bergenanglah hanya di kelopak mataku. Jangan sesekali tertumpah walau setitik di hadapan Aqil, pengarang jantungku ini. Ya Allah, mohon dipermudahkan laluan untuk anakku ini. Sungguh, aku redha dengan ujianMu. Seandainya Aqil adalah untukku, akan aku hamparkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi untuknya. Seandainya kau lebih menyayanginya, aku rela melepaskan Aqil. Telah aku halalkan setiap susu yang mengalir ke tubuh mugilnya itu’. Tanpa henti, Shasheila Sa’dan, 28 memanjatkan doa pada Ilahi.

Dia tahu komplikasi jantung berlubang yang dialami Aqil adalah anugerah yang Allah berikan untuk keluarganya. Sukar sekali guru sandaran ini mahu mencari punca, di manakah silapnya hingga anak keduanya itu mengalami nasib sedemikian rupa. Dia juga tahu lubang sebesar 11mm yang menghuni tubuh kecil Aqil sejak usianya 2 bulan tidak boleh tertutup dengan sendiri melainkan melalui proses pembedahan.

Namun, dalam tempoh empat bulan memelihara Aqil, dugaan demi dugaan yang dilaluinya adakalanya membuatkan tembok ketabahan yang dibina rebah juga. Tangisan Shasheila rupanya turut dirasai si kecil Aqil hingga adakalanya menggangu emosi si kecil itu. Lantaran itu, ibu muda ini bermunajat pada Ilahi, mohon diberikan kekuatan yang tidak berpenghujung.

Aqil seakan mengerti ibunya memerlukan sokongan kasih sayangnya. Lantas, setiap kali wajah ibu menjengah kamar wad, Aqil tidak pernah gagal memberikan senyuman mesra buat si ibu. Gelagat Aqil sentiasa menawan hati Shasheila. Senyuman manja yang Aqil berikan membuatkan hati ibu yang gundah gulana sedikit terubat. Adakalanya, wajah bulat itu terus-terusan memanggil ‘Mummy’ membuatkan tangisan ibu muda itu hanya berombak di dasar hati.

Ketika artikel ini dicatatkan, Aqil berada Institut Jantung Negara (IJN). Menunggu kondisi terbaiknya, untuk melalui pembedahan yang besar bagi merawat jantungnya itu. Jantung yang semakin membengkak dan membuatkan desah nafas si kecil ini bergerak begitu pantas. Hakikatnya Aqil terpaksa melalui fasa kesakitan yang memeritkan.

“Waktu mendapat rawatan awal di Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu Aqil pernah ditidurkan hampir berminggu lamanya kerana jantungnya perlu direhatkan setelah ia naik terlalu tinggi. Bermacam-macam antibiotik telah ditelannya demi merawat jangkitan di bahagian paru-paru. Dalam proses rawatan itu juga, Aqil bagaikan jatuh ditimpa tangga apabila dijangkiti kayap.

“Mahu atau tidak, perlu tunggu 6 minggu untuk merawati jangkitan itu. Risiko jika membawa Aqil ke IJN. Lagipun dia bakal melalui pembedahan yang besar, jangkitan kuman untuk merebak ke jantung begitu tinggi. Pernah juga degupan jantungnya bergerak pantas walaupun ketika itu dia sedang tidur. Keadaannya kelihatan begitu nazak, kami yang berada di sampingnya melihat dengan jelas bagaimana payahnya Aqil mahu menarik dan menghembuskan nafasnya. Sempat saya berbisik di telinganya, ‘kalau Adik mahu pergi, pergilah Mummy redha’. Tapi, Alhamdulillah Allah masih sudi meminjamkan Aqil kepada saya sampai hari ini,” luah Shasheila sayu.

Keadaan Aqil berubah-ubah. Selepas jangkitan kayap, dia mengalami pula jangkitan mata oleh sejenis kuman ulser yang akan menyebabkan pandangan kabur selamanya. Ketika berada di hospital itulah, Shasheila tahu yang masalah anaknya semakin kompleks. Setiap kali doktor memberitahu kondisi anaknya, dia hanya mampu menahan sebak sehingga tidak mampu untuk bersuara.

Bulan Mac lalu, Aqil ditempatkan semula di IJN. Dua minggu di situ, Aqil mengalami jangkitan paru-paru menyebabkan proses pembedahan terpaksa ditangguhkan sehingga ia benar-benar sembuh. Dalam tempoh dua minggu itu, Shasheila terpaksa meninggalkan anak sulungnya di Johor. Dia redha jika itu jalan yang terpaksa dipilihnya.

“Di IJN pun saya tidak boleh duduk sekali bersama Aqil. Ada waktu lawatan yang perlu kami patuhi. Saya bergilir-gilir masuk dengan suami. Di sini kami menumpang di rumah sepupu di Bangsar. Bila jadual pembedahan Aqil ditangguhkan, suami tidak boleh lagi menemankan saya. Dia perlu bekerja dan tinggallah nanti saya sendirian di sini.

“Saya belum pernah lagi menggunakan perkhidmatan awam untuk ke IJN. Insyaallah saya akan cuba belajar macam mana hendak sampai ke sana. Kos rawatan Aqil juga bukan sedikit, tapi demi Aqil kami akan usahakan apa sahaja. Biasanya ibu yang mempunyai anak yang sakit sanggup melalui apa-apa sahaja asalkan anaknya itu sembuh. Yang sedihnya, apabila ada di antara orang lain yang mengambil kesempatan di atas kesusahan itu. Saya juga pernah menjadi mangsa dan terpedaya dengan orang-orang sebegitu,” akuinya yang sudah kering air mata setiap kali mengenangkan nasib anaknya itu.

Shasheila redha

Menurut doktor yang merawatnya, peratusan hasil pembedahan Aqil berada pada paras 50-50. Shasheila redha dengan apa sahaja yang akan terjadi selepas Aqil melalui pembedahan. Dia telah bersiap sedia dengan apa juga kemungkinan yang akan dilalui oleh anaknya itu.

“Mana-mana ibu bapa sekalipun akan mengharapkan kesejahteraan anak-anaknya. Kami juga begitu, setiap kali memandang tubuh mulus Aqil doa kami tidak pernah putus mahu melihat Aqil sihat seperti bayi lain yang sihat dan normal. Sekali imbas, Aqil ini boleh tahan juga budaknya, besar dan tinggi. Tapi sejak dia sakit saya tidak tahu berapa berat badannya. Kadangkala saya nampak tubuhnya besar, kadangkala sebaliknya,” tuturnya lagi.

Memelihara Aqil sepanjang enam bulan itu membuatkan ibu muda ini semakin mengerti makna sebuah pengorbanan hidup. Perjalanan Aqil masih panjang, dalam pada itu dirinya sentiasa belajar untuk menghayati setiap detik bersama si kecilnya itu.

“Kadangkala saya merasakan dugaan ini terlalu hebat untuk saya. Tapi apabila saya memandang sekeliling terutama anak-anak kecil yang berada di IJN ini, hati saya terpujuk sendiri. Sakit Aqil menguji hati kami memahami makna di sebalik kekuasaanNya,” akhirinya yang ketika itu berkunjung ke pejabat KKSB bersama suami dan anak sulungnya, Syaza Darwisyah

Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya ke Shasheila Sa'dan, Maybank 151191018569
.

Allah lebih tahu

http://3.bp.blogspot.com/_1ZXFSpwZDLg/S9koeCUbUwI/AAAAAAAACvs/PsTDmpN0vqM/s1600/aminulrasyid.jpg

Pix ini diambil dari blog roslan sms

Syahdunya bila terpandang wajah adik Aminulrasyid nih. Nampak sangat dia nih bukan 'penjenayah' yang seharusnya diakhiri kehidupannya dengan begitu kejam sekali. Sungguh! Mereka punya kuasa dan barangkali apabila senjata sudah di tangan, mereka juga punya lesen untuk membunuh. Namun, mereka punya akal yang panjang dan hati yang seharusnya lebih bersabar untuk mengawal setiap kemarahan, menepis keegoaan dan bertindak penuh kewarasan walau ketika itu di selubungi ketegangan.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh adik Aminul dan diberikan kesabaran yang tinggi terhadap ahli keluarganya yang lain. Pasti ada hikmah di sebalik perancangan Allah ini. Allah yang menggerakkan hati manusia, daripada Allah kita datang dan kepadaNya juga kita dikembalikan.

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah

Surah As Syams; ayat 1-10

Wednesday, April 28, 2010

Menjejak bintang

en Yem : pemilik bintang Scorpio yang rajin membantu di dapur lagi penyayang orangnya


glitter-graphics.com


aku : hmmm...tak payah cakap kot! Cukuplah baca entri bergambar kat bawah nih..hehehe


glitter-graphics.com


Mirza : anak yang mendengar kata dan baik budaknya...sesuai sangat dengan makna nama dia iaitu 'anak yang baik'


glitter-graphics.com


Zarif : kecik2 dah terserlah kekreatifannya...terutama bab tak reti nak diam tuh!


glitter-graphics.com



Sayangnya cuma gambar2 makwe je yang dapat ditemui..huhuhu. Takpelah kan janji cun.

Monday, April 26, 2010

Kongsi gembira dengan geng ibu

Bertempat di Grand Bluewave Hotel Shah Alam, aku dengan ditemani Eton plus fotografer terhebat Karangkraf, Epol berjaya gak menyiapkan tugasan cover sempena Hari Ibu. Boleh cari MW keluaran terbaru gambar Eja ngan babynya kalau nak tahu kisah selanjutnya. Pix yang ada dalam nih tak de dalam majalah, coz tak sesuai plak untuk dimasukkan. Gambar nih kitaorang amik untuk simpanan jer..nanti bolehlah tayang kat anak cucu..hiks!

Dari kiri; Tiar Zainal yang handsome (make up artis yang mencantikkan kak Eja menggunakan Shu Uemura), Eton yang penuh kelakar petang itu, baby Eishal yang tembam + cute, Kak Eja yang anggun dalam persalinan Iszal (Butik Citra) dan aku yang semakin montel.

Dalam minggu depan; 4/5hb Mei 2010 dah boleh tunggu depan kedai mamak ya!

Friday, April 23, 2010

Fenomena Assyaima Melanda Kayangan

Kalau stok ada, inilah baju rasmi geng2 Mingguan Wanita

Alahai! baju nih sama taste ngan kak Nurilah pulak..

Aku pun tak tahu kenapa aku pilih baju ini.

Yang ini cutekan?

Pencetus fenomena: Akulah..hehehe
Pengikut fenomena: Geng2 kayangan + sikit geng2 island kat bawah

Ada apa dengan fenomena Assyaima?

"Selasa hari itu, penyakit M melanda. Aku jadi malas ya amat hendak menaip. Huhuhu...mungkin sebab baru habis pdf (itu sengaja mencari alasan sebenarnya). Aku pun menyelongkar khazanah berharga yang ada di internet. Apa ya..mencari kegilaan baru. Kain Cotton online. Fuh! bersemangat dari pagi sampai nak dekat tengahari..kejap2 menaip..kejap2 melayan.

Tiba-tiba, aku terjumpa satu website nih. Fuh! dan Fuh! dan Fuh! best gila. Aku nyatakan hasrat hati dekat Has. Tanya dia nak tak join aku beli kain cotton ke tidak? Kalau beli setakat beli sehelai harganya agak mahal. Dalam keadaan pokai nih manalah mampukan? So, misi pun bermula. Mencari geng2 kain cotton untuk menempah sekali. Target nak cari dalam 20 orang..maknanya 20 helai kain dan dapat harga borong.

Tup2 petang itu, kak maswa bercerita pasal baju MW yang bakal kami miliki. Terus aku terbuka cadangan untuk membeli kain ela bagi membuat baju MW. Kan ke cantik nanti kalau kami sedondon-dondon memakai baju yang sama pada hari Jumaat. Nampaklah keunikan dan kesatuannya. Impian jadi kenyataan, bila kak Maswa setuju dan geng2 MW lain pun setuju.

Esoknya, kak Nuri bagi green light baju pilihan yang perlu ditempah. Tak lama lepas itu bermulah fenomena Assyaima. Beberapa hari kemudian, warga Kayangan terkenan panahan Assyaima. Hari Jumaat waktu rehat jadi acara shopping online Assyaima blogspot. Fuh! dan Fuh! dan Fuh! Inilah penangan paling hebat setakat bulan April ini."

Wednesday, April 21, 2010

Make me over? Make it over? Makeover? & Kisah suatu petang

Mana satu ya...Petang tadi ada peristiwa sedih yang jadi. Pagi2 dah call orang yang bakal diinterview. Dia dari Perak dan akan berjumpa di KL. Consider dia yang duk jauh, pagi2 itu aku bertanya agak2 jam berapa dia akan tiba di tempat yang ditetapkan. Habis di situ.

Tengah hari itu, en Yem bawa aku ke SNE Klang. Sangat terkocoh2 sampai tak sempat nak makan, sebab nak kejar assignment jam 3 di KL. Sempatkah aku sampai ke sana? Risau plak aku lambat nanti? Sian orang tu datang dari jauh kalau aku lambat camane kan?

Jam 2.20 pm aku dan Abang Cip pun bertolak ke tempat itu. Dalam jam 2.50 pm aku call 'orang itu'. Sedihnya, bila dia beritahu yang dia masih ada di Kuala Selangor (tanpa ada rasa bersalahpun, walaupun dia tahu aku dah sampai tempat temujanji itu). Hm...stress pun ada, bengang pun ada aku sms Miza (kesian kau Miza, terpaksa dengar masalah aku). Tunggu dekat 20 minit, aku try call 'orang itu tanya di mana'. Dia kata dah ada di Kapar.

Ok, aku lega. Tapi...kenapa tak minta maaf? Sabar lagi, tunggulah kat situ tercangak2. Tempat tuh ada internet, tapi cuma boleh buka website syarikat tuh ada. Hampeh tahap cipan! Aku tersumpah tempat itu. Dekat 3.45 pm aku sms tanya 'orang itu di mana'. Katanya dah sampai, tapi sampai sudah tak muncul2..mungkin cari parking kot. Dekat jam 4 lebih baru bayangnya nampak.

'Orang itu' menyatakan rasa bersalah'. Dan aku beritahu, "Kenapa tak call bagitau sampai lambat?" Respondnya, cuma "Oh, ya ke?" Sabarkan hati aku...petang itu aku dah tak boleh nak berpura2 yang aku ok. Aku rasa sure 'orang itu' dapat rasakan ketidakmesraan aku. Walaupun aku cuba tersenyum, tapi senyuman aku kelat.

Sesi bergambar berjalan dengan laju sekali (semua tahukan abang Cip kalau amik gambar lama mana?). Tapi petang itu, bila aku mulakan bicara, dia pun cepat2 simpan kamera. Aku tahu, dia pun bengang. Tapi tak tahu nak menunjukkan ekspressinya. Sesi temuramah aku petang itupun berjalan dengan lajunya. Soalan aku bertubi2 tapi tanpa emosi. Harap2 tak adalah ia mempengaruhi artikel aku nanti.

Aku minta diri dan masih sabarkan hati. Mungkin orang itu ada masalahnya sendiri. Tapi yang sedihnya, bila tanya "dah makan?" Oh jawapannya membuatkan aku sebal. "Dah, itu yang terlambat ini?". Tidakkah dia tahu yang aku TAK MAKAN lagi?

Abang Cip bagi hint nak makan di kedai makan. Tapi emosi aku dah tak stabil. Mungkin dia faham mungkin tidak, perjalanan balik itu diteruskan tanpa menyinggah ke mana-mana kedaipun. Sedih gak, dia kata "takpelah abang minum dekat cafe sahaja," huhu...

Sampai ofis, aku terus cari kumpulan sayap kiri. Wah! diaorang sedang bergembira..ada Dini (makeup artis yang hebat itu) mama rin, wawa, eton, kak julie, wani, ida, miza pun ada (tapi miza tekun bangat dengan pcnya).

Rupanya mereka sedang ikut kelas Dini mengajar makeup..hehehe..modelnya Wani. Elok je Wani bangun, aku pun terus amik tempat. Oh! Apakah ini? Adakah ketidakseronokan yang aku alami di Kuala Lumpur tadi telah diganti dengan keseronokan yang lain? Rezeki aku petang itu, bila Dini memberi sentuhan 'simple' tapi aku suka sekali. Bukan aku suka kerana aku dimakeupkan? Tapi keseronokan itu lebih bersifat spiritual.

Mungkin disebabkan aku bersabar dengan situasi sebelum itu, aku mendapat sesuatu yang 'best' selepasnya. Ia benar2 menguji bagaimana kita menghargai nikmat syukur yang Allah berikan. Sememangnya perjalanan hidup ini telah ditentukan olehNya. Kelambatan 'orang itu', kecepatan aku, ada kaitan dengan apa yang akan aku dapat petang2 hari itu. Bukan senang ya hendak menadah muka dan dimakeupkan oleh Dini (Dini kau jangan gelak dengan statement aku nih..dah taraf anak raja dah aku nih...hua..hua..hua).

Aku... lepas di 'makeover' oleh Dini Awaluddin. (Pix2 lain menyusul ya..tunggu Wawa upload dulu)

Semoga aku lebih faham, lebih sentimental, lebih tabah dengan setiap ujian yang perlu aku lalui di muka bumi ini. Nikmati setiap detik yang ada bersama orang yang ada di sekeliling kita.

Balik rumah pula, dapat makan masakan mak yang best. Suatu hari nanti aku pasti akan rindu untuk menikmati masakan mak. Selagi mak masih ada, aku mahu makan dan menikmatinya. Bila dah tua2 macam ini terasa yang aku pasti akan merindui ibu bapaku suatu hari nanti. Semoga bila tibanya saat itu, aku sudah benar2 bersedia. Amin...

Sunday, April 18, 2010

Sekali langkahku terhenti

Gambar ini diambil waktu Mirza berusia 3 tahun di Lenggong, Perak. Sebelah Mirza itu kakak Farah (anak kak Laili).

Adusss...rasanya dah 2 ke 3 hari aku tak update blog ini. Malam Sabtu, janji dengan Eton dan Wawa nak online. Tapi Kak Laila sefamily dan Kak Lin sefamily datang ke rumah. Adus! terkejut 'beruk makye' aku..mana nak cari lauk nih!. So rembat sahaja apa yang ada kat dalam peti ais aku yang serba daif itu. Waaaa..cuma ada pekasam dan sayur taugeh sahaja. Huh! Dahsat sekali lauk aku malam ini!

Memandangkan rumah aku dekat dengan kedai makan. en Yem sempat meng'order' sate kambing yang aku rasa paling 'hebat' tahap walla sekali. Bukan guna kuah kacang tau..tapi kuah kicap + black papper + kobis + tomato + bawang (versi Padang gitu). Ada gak nasi ayam penyet. Yang ini memang paling syok sekali. Walaupun kedai pakcik itu kecil sahaja, tapi masakannya aku rasa very the tip top kalau nak dibandingkan dengan sate kambing yang ada kat hotel 5 star.

Walaupun acara makan malam agak lewat sikit, tapi aku tengok berselera gak dema nih makan. Mungkin gak kitaorang dah lama tak buat family gathering macam ini. Dulu, rumah Kak Lin jadi tempat kitaorang melepak. Sekarang rumahku pula...(dalam hati berdoa panjang moga dimurahkan rezeki untuk upgrade rumah aku nih).

Dalam pada itu, aku kembali teringat janji kat Eton. Dia dah tak sabar nak tahu kesudahan kisah Adik. Huhuhu...nak tak nak aku kena gak tunaikan..Sabar ya Eton..

Wednesday, April 14, 2010

Aku darjah 3 Hijau


Sebenarnya aku pun lupa umur aku berapa tahun waktu gambar ini diambil. Seingat aku waktu ini aku darjah 3. Kalau nak tahu aku yang mana, cari si genit memakai pinafore yang berstokin paling tinggi. Hehehehe...

Gambar ini pecah skit sebab amik dari blog kawan aku azlina nahar. Dia ada gak tag aku. So kalau nak tengok lebih jelas boleh rujuk facebook aku: Netty Ah Hiyer dan cari dalam koleksi photo. Best giler kenangan waktu zaman sekolah rendah ini!

Tuesday, April 13, 2010

Percubaan pertama


Karya: Netty Ah Hiyer Tajuk: Belum terfikir lagi..huhuhu

-->
ADIK merenung wajah emak lama. Jiwanya lara. Ada gelora besar yang sedang berombak di hati Adik. Sebolehnya dia tidak mahu emak tahu yang dirinya sedang dilanda masalah besar ketika ini.

“Kenapa dengan engkau ni? Dah buang tabiat ke? Tak pernah tengok muka emak macam ini?” Pertanyaan emak bertubi-tubi.

Adik benar-benar lemas kali ini. Biarlah orang kampung menuduhnya dungu. Katalah apa saja tentang dirinya. Dia tidak kisah. Yang benar-benar merunsingkan hati ketika ini adakah emak akan memahaminya. Apakah emak sama seperti orang kampung yang menuduhnya perempuan dungu itu.

“Aku tanya engkau ini Syafikah. Kalau kau ada membuat onar dengan budak Jamal itu, baik mengaku sekarang. Jangan sampai perbuatan jahat engkau ini orang lain yang beritahu aku dulu. Pantang nenek moyang aku ada keturunan tak tahu malu macam engkau ini?” Bebelan emak makin panjang.

Setiap satu persatu kata-kata emak menjerut tangkai hatinya. Tiada lagi panggilan manja, Adik untuknya. Adik tahu emak benar-benar marah kala ini. Betapa marahnya emak, tidak sama dengan kebenaran yang ada dalam sanubarinya.

“Saya cintakan Jamal mak.” Ucap Adik perlahan.

“Kau pernah dengar istilah ‘cinta itu buta’? Cintan-cintun engkau tu dah sampai tahap buta hati. Buta segala-galanya. Orang bercinta tak akan sampai kena tangkap basah.” Sergah emak separuh menjerit.

“Nasib baiklah aku yang tangkap engkau malam itu. Kalau empat saksi, engkau ni dah layak masuk penjara.” Remuk hati emak. Syafikah anak yang paling disanjung-sanjung itu telah mencemarkan nama baiknya di kampung Sepakat.

* * *

Emak tahu Syafikah cintakan Jamal. Perkara itu telah lama dikhabarkan oleh anaknya. Tapi emak tak sangka anaknya boleh pergi sejauh itu. Malam kejadian, Syafikah minta izin pada emak menjenguk neneknya yang sakit. Lama emak tunggu Syafikah pulang. Kelibatnya langsung tidak kelihatan.

Hati emak mulai risau. Bimbang sesuatu yang kurang baik berlaku pada anak kesayangannya. Emak capai lampu suluh mahu meredah belukar dan denai mencari Syafikah. Belumpun jauh langkah emak, Syafikah sudah ditemui sedang bermadu kasih dengan kekasih hatinya Jamal di bawah perdu rambutan tidak jauh dari rumahnya.

Emak nampak tangan Jamal sudah merayap sampai ke pipi gebu Syafikah. Lama emak perhati. Buntang mata emak bila Syafikah pula merapatkan kepalanya ke dada Jamal.

“Ya Allah, Adik buat apa ini!” jerit emak sepenuh hati.

Jeritan emak membuatkan Jamal lari lintang pukang bagaikan tidak jejak tanah. Adik hanya sempat memegang kain pelikat Jamal yang sudahpun berada dalam lilitan badannya. Mulut Adik terbuka luas, tidak sangka malam itu dia tertangkap oleh emak sendiri.

* * *

Seminggu selepas itu, Jamal masuk meminang Adik. Emak tiada pilihan lain. Walaupun hatinya remuk, dia terpaksa menerima lamaran itu. Orang kampung sudahpun tahu perbuatan tidak senonoh anaknya.

Emak seakan menyesal kerana menjerit terlalu mengikut perasaan. Kalaulah emak boleh kawal marahnya tempohari pasti tiada siapa yang tahu tentang kisah Adik. Jeritan emak membuatkan jiran tetangga terperanjat lalu bergegas turun ke baqah rumah. Mereka sangka emak terjatuh waktu mengejar pencuri di malam hari.

Lagipun, sudah hampir lima malam emak berjaga sampai dinihari. Emak bimbang jika rumahnya menjadi salah satu mangsa rompakan pencuri. Kampung emak dekat dengan pembinaan perumahan baru. Setiap hari emak dengar macam-macam cerita mengenai pekerja Indonesia yang mogok tidak dibayar gaji.

Lebih membimbangkan emak, di kampungnya sahaja sudah masuk tiga buah rumah dipecah masuk. Khabarnya pencuri yang menyelinap membawa senjata tajam dengan bunyi bahasa seperti orang seberang.

“Mak Senah, dulang ini nak letak dekat mana?” Lamunan emak terhenti. Hati emak tambah kuat. Hari itu bukan masanya untuk emak menyalahkan diri. Syafikah akan melangsungkan perkahwinan dengan Jamal hari ini. Perasaan malunya pada orang kampung telah lama di buang jauh-jauh. Emak tak mahu peristiwa hitam Syafikah menyerabutkan fikirannya. Sememangnya emak seorang yang ringkas dan memandang ke hadapan.

“Kalau dulang kosong, letak sahaja bawah dapur. Kalau berisi susun dekat tepi almari. Nanti mudahlah orang kenduri hendak mengambilnya,” terang emak jelas.

Pesanan saya:
Bersambung ya! Kalau tak buat versi online, gamaknya tak menjadi 'usaha' aku nih..So, pelan2 kayuh ya. Kalau 'mood' baik dan ada kelapangan, ceritanya bersambung dalam minggu ini juga.

Impian seorang aku

Setiap orang ada impian, punyai harapan dan pasti mahu impian itu terlaksana dalam hidupnya. Kerana, hasrat hati yang terlaksana boleh membuatkan senyuman sentiasa melebar hingga ke pipi, hati berbunga riang dan mungkin juga 'poket menjadi tebal' :)

Aku...ada juga impian errr lembutkan sikit bunyinya jadi hasrat hati sahaja. Selagi impian itu tidak terlaksana, ia akan kekal menjadi hasrat hati sahaja. Tapi impian itu tidak akan hilang, sebaliknya ia akan terus memotivasikan diri aku yang kadangkala 'sengal' ini.

Pix ini aku dapat dari emel seorang teman lewat dua tahun lalu. Hasil karya agung seorang fotografer Indonesia, Jody Zulkarnaen. Menarikkan! Bagaikan ada kaitan yang dekat dengan entri ini



Impian...hasrat hati...aku...
  1. Mahu jadi surirumah sepenuh masa yang boleh menjaga dan membesarkan Mirza dan Zarif dengan penuh kesabaran. Realitinya, tidak mungkin dapat menjadi seperti itu.
  2. Impian menjadi novelis pula. Opss...ini sudah masuk kategori berangan2..hehehe
  3. Masuk ke bengkel2 memperbaiki diri. Apa2 sahaja asalkan ia menjadi kemahiran peribadi. Manalah tahu kalau2 kemahiran itu boleh jadi salah satu punca rezeki yang baik buat aku dan keluarga.
  4. Ada lesen memandu. Hmmmmmmm...
  5. Ada rumah yang comel, damai, sedap mataku memandang dan tidak perlu lagi berperang dengan hidupan2 liar yang susah hendak dinasihatkan walaupun dengan semburan bygone mahupun ridsect serta serai wangi. Huhuhu...
Itulah cerita dongengan seorang aku. Ahaks! Tapi itu belum lagi masuk bab2 berangan2 mahu memelihara kambing, membeli tanah berekar2 dan macam2 lagilah. Yang merepek2 a.k.a merapu tahap cipan baik simpan sahaja dalam lipatan sejarah. Yang pasti banyakkan berdoa dan terus mengasihi kedua orang tua kita (selagi hayat mereka masih ada inilah peluangnya..). Juga sentiasa mohon restu dan keberkatan daripada mereka. Klisekan bunyinya... tapi doa yang paling mujarab adalah doa milik seorang ibu. Ada di nyatakan dalam hadis ya!

en Yem sekarang ini pun ada impian besar. Setiap hari dia akan luahkan apa yang diimpikannya itu. Dalam seloroh (tapi serius sebenarnya) aku minta dia mohon restu mak Perak. Aku ajar en Yem agar bisikkan ke telinga mak Perak kata-kata, "Mak, doakanlah Amin (panggilan manja en Yem di kalangan adik beradik ya!) dapat beli ... (biarlah rahsia antara kami berdua)". en Yem cuma balas kata-kata aku dengan sebuah senyuman yang panjang lagi bermakna.

Friday, April 9, 2010

Belajar buat favicon


Salam tengah malam,

Jenuhnya nak belajar buat favicon nih. Mungkin disebabkan faktor usia, ala2 'kertu' terutama bab2 IT nih..:). Lama gak godek2 pusing sana, pusing sini, belek sana, belek sini. Akhirnya hampir sejam lebih mengerjakan aku terjumpa satu blog yang benar2 berkesan untuk memasang favicon pada blogger versi xml.

Punca masalah aku:


  • Tersalah letak url
  • Tak pasti masa satu nak letak code favicon tu sama ada di <> atau </ head >, title dsb.
  • Rupanya gambar/imej favicon yang aku nak letak dalam blog mesti dalam bentuk png atau ico. Ada laman web yang menyediakan tempat untuk menukar imej tu (kiranya kerja kita lebih mudah)
  • Nak senang, masukkan dulu imej tuh dalam website. Macam aku, letakkan dulu kat blog nih.(senang skit nak amik URLnya)
Rujuk laman web ini /http://www.chokilala.com/tips-n-tricks/favicon-for-blogger dan pembelajarannya boleh digunapakai. Kalau macam aku yang buta IT nih pun boleh berjaya, yang lain2 kat luar sana lagilah kan...

Selamat berfavicon!

Monday, April 5, 2010

Aksi cun geng baju merah

Hari tu, aku sorang je berbaju biru. Hehehe.. Ntah mana ntah baju merah MW aku tuh..puas cari.

Ya! itu dia kak Julie menahan menara jam Sultan Abdul Samad yang telah ditolak dengan beria2 oleh kak Ros (itulah penolong editor MW... ganahmu Ros!)

Wawa..lady in pink. Cutelah gaya Wawa nih! Suka2

Kata kak Julie: "Saya bangga jadi anak Malaysia, peace!"

"Nampak tak nombor ini kak? Kalau nama gerai kita naik, amik hadiah tu kak!" Bersungguh2 Is petang itu. Tapi sayanglah Is, nasib kita tak berapa baik. Gerai sebelah kita (Farmasi) itu yang menang gerai tercantik...apa nak buat. Rezeki kita tang lain kot Is!


Sesi menjamu selera di belakang gerai jual baja organik. Organik sungguh kome!

Sunday, April 4, 2010

How to sell Malay Magazine to Mat Saleh

4hb April, aku, kak Ros, kak Julie n Wawa ditugaskan menjaga booth Mingguan Wanita di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Ada Karnival 1Malaysia, anjuran usahanita dan Mingguan Wanita jadi media rasmi.

Jam 10.30 aku dan Wawa tiba di lokasi, kak Ros dan kak Julie tiba lebih awal lagi (sorry kak kitaorang tak berapa nak reti jalan ke situ, seb baik dapat terus masuk ke parking 'haram' kat area Perpustakaan Kanak-kanak Kuala Lumpur.

Pengunjungnya, sekadar boleh tahan sahaja. Nak kata ramai sangat tuh tidaklah, sikit sangat pun tidak. Biasa-biasa sahaja. Rasanya kat situ cuma ada dua gerai penerbitan. Satu gerai MW dan satu lagi gerai menjual buku2. Gerai2 lain jual produk makanan, minuman, baju, sabun kecantikan... pekasam pun ada..yahoo! boleh luaskan busines akak!

Musim2 cuti macam nih pelancong memang tak kiralah banyaknya yang berhenti kat Dataran tuh. Cuma yang kitaorang semua nih musykil, camana nak jual majalah2 Melayu nih kat mat saleh. Sesekali ada gak kitaorang panggil diaorang. Responnya; ada yang singgah dan bertanya, ada yang terus berlalu, ada yang tersenyum, yang ambil gambar kitaorang pun ada, ada juga yang datang dan belek2. Tak tahulah dia faham ke tidak. Seronok gak berniaga kat Dataran nih.

Selesai acara, kitaorang posing sakan kat bawah bendera. Kebetulan, kak Ros kata dia tak pernah ada gambar berlatar belakangkan bangunan Sultan Abdul Samad. Huish! Bangunan bersejarah tuh. Rugi kalau tak ada tinggalan @ tukun muka kita kat situ. Rugi2..

So, petang itu memandangkan diaorang tahu aku nih dah jadi kaki blogger, geng2 pekerja baju merah (hahaha) hari itu sporting membuat aksi2 yang tak mungkin sanggup dirakam oleh rakyat Malaysia sendiri. Cayalah geng MW! Korang memang best...

Sebuah cerita unik untuk semua: How to sell Malay Magazine to Mat Saleh

Ummm...errmmm....Team MW terkulat2 memikirkan teknik, langkah, kaedah dan apakah cara terbaik untuk menjual majalah2 Melayu nih ke kumpulan sasar kami petang itu. Serius bebenor nampak gayanya nih!



Hello, sir! would u like to see our magazine? Gulp...no respond at all?


Ah! yang ini macam ada harapan...tapi cam tak muat jer saiz t-shirt 1Malaysia tuh nanti? Miss soru lagi! (hari itu siapa yang beli MW cover Maya Karin boleh redeem t-shirt free kat urusetia karnival ini)

Wow! yang ini memang cun..tapi dia pandang2 sebelah mata jer...ah, sedehnya. Huhuhu...

Akhirnya, ada gak yang senyum2 manja kat kitaorang. Tapi gambar2 mat saleh yang datang menyinggah tak sempat amik sebab time tuh kitaorang tengah jadi sales girl yang tak berapa nak menjadi...hahaha

Saturday, April 3, 2010

Cerita Orang Kampung

Meriahkan meja ni! kalau korang yang tengok kagum, aku apatah lagi...teruja sekali!

Baju putih (kanan sekali) itu, en Ramli, PR untuk produk Orang Kampung. Masa nih, toke produk Orang Kampung tak sampai lagi. Sempatlah kiranya kitaorang berposing sakan.

'the three musketeers' yang berhempas pulas petang itu. Sorry, Ben gambo kau special sikit kat bawah nih..hahaha
Ya! inilah dia Ben, jurufotoku yang terpaksa menyorokkan wajahnya di balik nasi lemak setelah begitu enggan mengambil gambar kami di restoran ini. Ben, jangan ingat kau nampak sipi2 orang tak kenal!

Seperti yang telah aku janjikan sebelum ini, aku akan cerita kenangan manis sewaktu membuat tugasan di Merlimau, Melaka. Melawat kilang produk Orang Kampung bersama penolong editor Pa & Ma, Naroswati Naib, eksekutif iklan, Kak Zihan dan fotografer kami yang 'uols', Ben @ Nasaruddin Mohd Talkah mengilhamkan idea menarik untuk pembaca majalah Karangkraf.

Jam 8 kami dah bertolak dari Karangkraf, Shah Alam. Sempat singgah minum di hentian (tapi terkejar2 jugalah, sebab nak kejar function jam 10 pagi). Lebih kurang waktu itulah, kami sampai Merlimau. Mencari kilang produk Orang Kampung bukan satu perkara yang mudah. Agak berpusing2 jugalah kami hari itu. Mujur ada kak Naros orang Melaka katanya. hehehe

So, agenda hari itu meng'cover' pelancaran even Bonanza Orang Kampung kali ke-4. Tapi selain itu kami team Karangkraf ini dah listkan beberapa perkara yang perlu kami dapatkan hari itu. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar; aku dapat interview personaliti lelaki en Habibur Dato' Hj Manggar dan bertemu ibunya, Datin Hasbuna untuk berkongsi ilmu herba dengan pembaca MW nanti.

Hari itu juga sempat close deal satu perkara best untuk kolum yang aku jaga; catatan kehamilan. Insyaallah jika semuanya berjalan lancar, ia akan memberi manfaat yang besar kepada pembaca MW khususnya.

Ok, cerita kerja dah selesai. Petang tu sebelum balik team Orang Kampung dengan berbesar hati telah belanja kami makan seafood yang best (alamak! aku lupa lagi nama tempat ni..nanti aku update k). Ni semua Ben punya pasal. Itulah aku suruh dia amik gambo kitaorang berposing depan restoran tu. Tapi dia tak mau. Dah simpan kamera katanya.

Kononnya, aku yang marah sangat kat dia petang itu telah mengambil gambo 'curi' Ben ngan kamera kecik aku nih. Apa? Ben ingat dia sorang bawa kamera hari itu...h0hohoho (gelak ganas kononlah!) Kamera kak Net pun canggih ya.

Makanan petang itu, tak yah citerlah...meriah! Penuh satu meja. Nanti tengok je gambo yang aku sempat rakam ni.

Walaupun kami sampai Shah Alam hampir jam 11 malam, tapi seronok gak dapat jenjalan kerja kat Melaka tu. Ekekeke...


-->

Friday, April 2, 2010

Dah ada signature ya!

SELINGAN


Pix nih diambil waktu pergi ke Bali awal bulan 5, tahun 2008. Dah dua tahun berlalu...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa tu? Hari ini belajar benda baru lagi iaitu cara meletakkan signature atau tanda tangan setiap kali kita selesai membuat entri terbaru. Contoh signature aku yang paling latest boleh tengok dalam tajuk "Hatiku berbuang riang. Oh, Hello! My Lady". Macam mana nak masukkan signature nih. Mungkin ada cara yang lebih mudah (yang ini kena rajin search dalam internet dan cari sendiri ya). Kalau guna kaedah yang aku buat try n error nih, caranya diterangkan seperti di bawah.

  1. Mula2 layari http://mylivesignature.com
  2. Dalam tu dia bagi pilihan sama ada nak register jadi member atau tak. Macam aku pilih tak register. Teruskan ikut langkah2 yang diberikan. Dalam tu, kita boleh pilih contoh signature yang diinginkan, saiznya dan warna pilihan. Bila dah selesai pilih, dapatkan kod html yang dia bagi.
  3. Lepas copy kod tu. aku buka posting. Klik new post. Taiplah apa2 yang nak ditaip dan bila dah selesai menaip masukkan dekat bahagian akhir kod html yang dicopy dari mylivesignature tadi.
  4. Kalau guna compose memang payah nak masukkan. Jadi klik dulu Edit html. lepas tu baru masukkan kod.
  5. Mana nak cari edit html dan compose tu? ok..pada kotak posting ni, cuba tengok kat bahagian atas kanan, di bawahnya ada perkataan preview.

Harap apa yang aku paparkan ini dapat membantu. Selamat bersignature!

Thursday, April 1, 2010

Hatiku berbunga riang. Oh, Hello! My Lady

Cute betul poster nikan? citer inilah buat aku tak tidur malam...huhuhu

Napelah kau nih cute sangat! isk..tangkap cintan mak nyah...(eh! tapi cintan dengan lakonan dia sebagai dongyu a.k.a lelaki beku yang tidak tahu meluahkan perasaan cintanya...)

Waktu ini hidung Dongyu berdarah sebab bergaduh dengan orang MLM yang cuba nak tipu Yi Suha. Yi Suha plak sedih bila tengok hidung Dongyu berdarah. Masa ini juga diaorang ala2 gaduh manja sebab Dongyu tak habis2 paksa Yi Suha jual tanah Hwangdaang kat kompeni atuk dia Top Group.

Satu lagi pose comel hero-heroin kesukaan aku!

Yang ini tak yah citerlah...pakai baju petani pun cute..camane tuh!

Watak Dongyu dalam Hello! My Lady memang seorang lelaki budiman..I like!

Drama Korea kini menawan hatiku. Terbaru tapi cerita lama, Hello! May Lady buat aku jadi romantis sekali. Penghayatan pelakonnya, pengolahan cerita, sudut2 kamera dan lagu2 romantis Korea itu benar2 buat aku bagaikan tidak jejak di tanah. Lantas terkenang2 saat manis percintaan bersama en. Yem. Wah! puitisnya.

Eh! betul malam ini aku terasa bagaikan ada arus elektrik mengalir ke segenap tubuh dan merasai kesyahduan sebuah kerinduan. Wahhhh! Bagaimana nanti kalau tiba2 berlaku perkara sedih dalam hidup aku? Hm... memang sah tak boleh nak tengok citer2 romantis macam itu. Sah2 aku terpengaruh. Buat masa ini aku berjaya dan masih setia meneruskan siri Hello! My Lady. Dah beberapa malam aku berpinar2 'kemengantukan' (tak de pasal cari pasal..nilah). Moralnya, jangan sesekali terjebak dengan cerita Korea. Boleh jadi tak tentu hala hidupku...hahaha

Related Posts with Thumbnails