Follow Saya Di Google Plus

Wednesday, May 26, 2010

Bantu kami, membantu mereka

Oh... oh... kepalaku berat, mataku sudah mula berair2 dek menahan rasa mengantuk yang teramat sangat. Zarif akhirnya minum juga susu coklat (itupun selepas rotan panjang ditegakkan di sebelahnya). Mirza masih melayan Astro Ceria. Jam dinding aku dah dekat 10.35 malam... mengantuksnya... tapi entri baru perlu dimasukkan.

Masukkan dulu gambar2, nanti lepas aku bangun malam barulah aku sambung balik entri ini. Masalahnya... aku bangun ke malam? Kebiasaannya terus bangun bila dah pagi... huhuhuhu...

Entri ini cerita tentang Yayasan Nur-Karangkraf yang baru dilancarkan semula 23hb Mei lepas. Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah sudi mencemar duli dalam majlis yang menghimpunkan hampir 800 orang tetamu itu.

Aku sebenarnya menggantikan tugasan Eton yang pada waktu itu terpaksa pulang ke kampung halaman di Kedah selepas ayahnya terlibat dalam kemalangan. Seronok sebenarnya majlis malam itu, selain aktiviti amal terasa pula seakan-akan Dinner Karangkraf. Masing2 kelihatan anggun sekali malam itu.

Kami (staff Karangkraf) kemudiannya diarahkan berdiri di sepanjang carpet merah bagi mengiringi kehadiran dan kepergian Permaisuri Agong ke majlis berkenaan. Paling seronok, apabila fotografer terhebat Karangkraf Nut dapat merakam momen2 indah kami bersalaman dengan Permaisuri Agong. Fotografer lain2 yang bertugas malam itu pun hebat2 belaka..tak silap dekat 10 orang semuanya.

Sekalung tahniah untuk penganjur dan staf2 yang bersusah payah pada malam itu. Allah juga yang dapat membalas jasa dan budi kalian yang tidak berkira dalam mencurahkan bakti kepada mereka yang berhak. Amin!

Pesananku: Mahu maklumat lanjut mengenai majlis santapan amal Yayasan Nur-Karangkraf ini boleh dapatkan dalam majalah Mingguan Wanita bilangan 1386.

"Patik menjunjung kasih tuanku," Senyuman Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah sememangnya cukup menawan hati sesiapa sahaja yang memandang. Sampai majlis berakhir kami geng2 Kayangan tak dapat menamatkan cerita betapa cantiknya Permaisuri Agong yang satu ini.

Meja makan aku bernombor 57. Dari kiri: aku ler, Fouziah Amir (editor majalah I Luv Islam), Su wartawan Sinar Harian yang comel, en Md Yani (editor majalah I), en Azli (editor Fokus SPM), Kiffy Razak (asst. editor majalah Nona) dan Izwasura (alamak sorry wa, aku lupa hang wat majalah apa... huhuhu)

Dengan Almaswa Hj Che Ros, Ketua wartawan Mingguan Wanita. Waktu ini majlis belum bermula lagi.

Kak Sri Diah sempat ambil gambar kami waktu berdiri di tepi carpet merah. Yang berbaju pink di tengah2 itu boss besar saya, Puan Firdaus Haji Hussamuddin, Penerbit Eksekutif KKSB. Sayangnya pix ini tak boleh dibesarkan kerana diambil dari album fb kak Sri Diah.

Tuesday, May 25, 2010

Memeluk ipad penuh keceriaan

Mirza seronok melayan ipad. Ada cerita Toys Story yang interaktif habeess

Tulisan dalam ipad itu kita boleh baca dan rakamkan semula dengan suara sendiri. Sure anak2 lebih seronok dengan aktiviti sebegitu kan?

Tekun sekali anakku ini!

Tengok saiznya...compac kan? dan cukup mudah untuk dibawa ke sana ke mari... buat suri rumah..harus minta suami hadiahkan satu... kalau rumah guna streamyx lebih bagus... boleh online cari resipi dan memudahkan kerja2 memasak... tapi rahsiakan dari mak mentua k! hiks...

Awalnya nak masukkan story Yayasan Nur Karangkraf. Sekali en Yem beritahu dia bawa balik ipad. Tak adalah teruja sangat. Lepas masak daging dan ayam panggang plus makan salad saja malam ni, en Yem keluarkan ipadnya itu.

Syoknya menggodek benda teknologi nih. Mirza yang dekat sebelah tengah menenyeh itouch tiba2 tersipu2 malu... biasalah dia kalau nampak benda2 baru wajahnya akan berubah jadi macam itu. Hm, fotostat ayahnya. Tak boleh nak kata apalah kan...

Antara fungsi ipad yang menawan hati aku:
  • Saiznya compac, senang nak dibawa ke hulu ke hilir.
  • Sesuai untuk diletakkan di ruang dapur, terutama bagi suri rumah sebab boleh belek2 resepi online..isk tak dapat aku bayangkanlah...ingatkan dalam citer Astro Boy jer ada benda2 cam gini... rupanya kita juga bakal menikmatinya.
  • Boleh rakam suara sendiri sambil2 kita bercerita dengan anak2. Lebih interaktif daripada buku. Sambil2 baca boleh ajak anak2 main Mari Mewarna.
  • Sebagai penulis, penting ada benda ini. Sambil2 dalam pc atau dalam bas pun boleh taip story terus. Ini bukan benda2 untuk diriakkan tapi teknologi ini cukup memudahkan.
  • Sambil baca majalah boleh tengok iklan online. Kiranya dua dalam satu.
Sebenarnya kalau nak disenaraikan betul2 memang banyak kelebihannya. Buat masa ini, setakat lima dahulu. Tak sabar rasanya nak menantikan kedatangan mr. ipad ke Malaysia. Sure ramai yang menanti dengan penuh debaran dan ketidaksabaran... en Yemmmmmm.... nanti belikan satu ya! (dalam nada penuh manja)

Monday, May 24, 2010

Sikit-sikit, lama-lama menjadi BM(w)

Sumber pix : Internet

Kak Ros kata aku kuat berangan. Has pun sebut benda yang sama. en Yem lagilah, hanya senyum sinis dengan setiap apa yang aku merepekkan hari ini. Semuanya bermula dengan masalah bil Streamyx aku yang mencecah hampir RM300. Pada sesiapa jangan terkujat (terkejut yang amat sangat) kalau sewaktu permulaan pembukaan akaun streamyx, tiba2 anda di datangi dengan bil yang mencecah ratusan ringgit itew.

Bak kata pegawai telekom tuh, bil aku digenapkan dua bulan. Campur bil2 yang aku sendiri pun tak faham, jumlahnya banyak itulah... "walaupun aku cuma dapat dua helai kertas yang tak ada pun menunjukkan jumlah penggunaan phone aku untuk dua bulan yang sungguh tragis ini ". Malas nak bertekak, aku bayar sajalah (Gaya orang tak berapa nak kaya memang macam ini... hahaha). Kalau berkira sikit + kedekut, maka cepatlah sikit kayanya...

Mana hendak mengorek duit membayar bil di hujung2 bulan nih... kebetulan akaun Giro tuh dah lama benar terperamnya, aku pun terpaksa jugalah melakukan sesuatu dengannya. Cuma itu saja caranya...sedih nak tulis dalam nih... sob... sob...

Bayaran bil streamyx selesai, tapi cita2 yang terpendam lama masih belum dilaksanakan. Kebetulan, ada balance RM200 aku laburkan duit tu untuk membeli sesuatu yang dah lama aku nak buat... hehehe..

Sijil Simpanan Premium sudah ditanganku! Seronoknya! Walaupun chances nama nak naik 1: 1 juta, tapi aku nak berangan juga... dari petang sampailah dah duduk depan mak tak habis2 berangan nak angkut BM(w) itew. Kata Has dia dah lama berangan, sebab tak pernah nak dapat makan on of sajalah SSPnya itu.

Bak kata pegawai bank tadi, kalau aku simpan lebih dari RM2000 layak untuk memperoleh dividen. Walaupun sikit, tapi apa saja yang berkaitan dengan dividen, memang menarik bunyinya. Ini salah satu lagi pelaburan kecil2 aku sebagai bumiputera yang mahu melaksanakan haknya di bumi Malaysia ini. Mohlah kita beramai2 membeli SSP ini untuk masa depan bersama.

Walaupun tak menang BM tuh sekurang2nya kita menyimpan. Dan kalau kita nak kuarkan duit tu tiada charge perkhidmatan yang dikenakan. Kita akan dapat balik duit kita semula dengan nilaian yang sama. Tak rugikan... Mungkin aku terlewat dalam bab2 nih, tapi rasanya ramai lagi geng2 bumi yang masih macam aku dulu...

Sebab itulah wujudnya Tagline yang canggih-manggih ni:

Sikit-sikit, lama-lama menjadi BM(w)

Misi mencari sotong



Pix ini waktu Mirza seusia 3 tahun dan Zarif dalam lingkungan usia setahun lebih. Bukan senang nak dapat angle nih... ada unsur paksaan baru boleh menjadi macam gini... huhuhu


Sabtu, 22 Mei 2010 - aku memulakan misi mencari sotong. Entah kenapa minggu lepas teringin benar hendak makan sotong. Agaknya terkenang masakan en Yem tak berapa lama dulu kot... bukan masak apa pun, sotong digaul dengan garam dan goreng... wah rasanya best tak terkata.

Jadi malam sabtu itew dah plan dengan Ina (ass editor majalah I) pepagi dalam jam 7 kami akan bertolak dan menuju ke pasar yang baru di buka. Tempatnya tak jauh dari perumahan Taman Sri Putri, Meru. Kitaorang jalan kaki saja, tak jauh pun dari rumah... kira senaman di pagi Sabtu yang indahlah...

Elok je sampai Jalan Restu... berapa ya? Tak pastilah pulak..hehehe... seorang kakak menegur kitaorang. Bila dia tahu tujuan kami, dia pun pelawa kami naik kereta dia dan sanggup bawa ke pasar Batu 7 yang katanya jauh lebih murah.

Sebenarnya bukanlah pasar sangat pun... tapi macam kedai jual ikan dan sayur2an secara borong. Dahlah segar2 belaka, harganya memang murah. Patutlah pun kereta berderet di situ... tapi jangan beli lepas jam 9, rasanya dah kurang segar kot... sedang eloklah kami keluar pagi itu pun. Apa lagi aku pun boronglah sotong, udang, kerang dan sayuran.. lauk pauk tengah hari kami anak-beranak berasaskan hidupan laut... seafood habeess!

Habis shopping kat situ, kakak yang senang di panggil Ina (Ina juga! kebetulan namanya sama dengan Ina dan asal kampungnya pun dekat2 dengan kg Ina... kebetulan yang indah kan?) itu bawa kami mencari sarapan pagi pula... sampai dekat gerai makcik (dari loghat makcik itu macam orang Indonesia) sempatlah aku beli karipap, kuih cara berlauk dan nasi kerabu. Tak puas hati punya pasal, sebab tak dapat cari nasi lemak, kak Ina pun teruskan perjalanan dan sampai di satu kawasan surau Munawarah.

Yang menariknya dekat sini, hampir kesemua nasi lemak, nasi goreng, mee dll dijual dengan harga RM1... hm, mana nak cari sekarang ini. Ingatkan nasi kosong je rupanya siap ada sayur kangkung lagi dalamnya... murahlah rezeki makcik penjual itu. Kat situ aku cuma beli nasi lemak dan mee goreng.

Selingan guna gambar anak lagi! hiks...


Pix nih amik dengan photo booth yang ada dalam Mac Hijau aku (jangan marah aaa... en Yem penjual barangan Mac Apple tuh! So amik kesempatan yang ada... wah! sempat lagi promote laki nih!

Misi mencari sotong aku pagi itu, bukan sekadar mendapat sotong... malah kami dapat kenalan baru. Sweetkan kebetulan nih! Sesungguhnya kita tak pernah tahu perancangan Allah dan rezeki yang akan Allah berikan untuk kita setiap hari. Jadi aku ingatkan diri, jangan takbur dan sentiasa mengembalikan setiap nikmat dan kesyukuran itu kepadanya. Mungkin dalam proses itu ada juga cacat celanya, tapi sebagai insan yang penuh dengan salah dan silap. Aku mohon perlindungan dan limpah rahmat rabul alamin.

Mohon kemaafan sekiranya sepanjang melayari bahtera kehidupan ini, aku ada berbuat salah pada sesiapa. Moga dipermudahkan nanti jalan untuk bertemu denganNya.

Friday, May 21, 2010

Mencari nama anak-anak dalam senarai nama-nama Islam

Agak panjang tajuk entri kali ini. Perubahan yang manis barangkali. Sejak

Saturday, May 15, 2010

Merang, Terengganu II

Dalam perjalanan balik ke Klang, en Yem keletihan. Memandu ke Terengganu memang mengasyikkan. Menyusur pantai yang cantik2 belaka. Salah satunya ini.. mulanya en Yem nak berehat, kami pun masuklah kat satu perkampungan nelayan dan ada satu taman permainan di persisir pantai nih.. subhanallah...chanteekk sekali viewnya. Zarif dan Mirza ambil kesempatan bermain di taman ini hampir satu jamlah juga..


Bilik hotel kami cantik nonya..123. Sepanjang bilik2nya menghala ke pantai. Sayang sedikit, pantainya tak berapa sesuai untuk bermandi-manda..


Sebelum balik, Zarif buat muka sedih..mesti rindu nak mandi kolan tuh!


Walaupun kolam mandi kanak-kanak, ciri-ciri keselamatan perlu dijaga. Perlu tengok pergerakan anak2 sepanjang masa agar kejadian tak diingini tak terjadi waktu dalam keseronokan bercuti.


Penaja kasut kami hari itu. Tak payah sebut jenamalah..kang cam free advertisement plak!

Santai @ Terengganu plak (7-9 Mei 2010)

Baiklah, kita mulakan cerita dari awal. Alhamdulillah, hari Jumaat dapat pelepasan cuti dari kak Nuri. Sekurang2nya tak menyusahkan en Yem nak memandu sorang2 dari Klang-Terengganu. Jumaat pagi bertolak dan jam 3 pun sampai Kuantan. Singgah rehat di Guesthouse Beserah, bilik aircond RM50. Oklah kan.. walaupun kemudahan sangat basic tapi tak pe..yang penting dapat rehat jap dan bawa anak2 mandi di Teluk Cempedak. Aku dengar orang Kuantan panggil TC je..

Petang tuh kitaorang makan sata, sotong salut tepung, udang, keropok leko dan sotong berisi pulut disiram kuah santan..hmmm.best! Opss lupa nak bagi tau..kitaorang makan di gerai Mak Naa dekat Tg Lumpur. Walaupun habis dekat RM40 kitaorang puas hati...memang melantak habislah aku petang itu.

Malam harinya habiskan masa di rumah rehat tuh. Seram gak, sebab tempat tuh macam ala2 tak berapa nak ada orangkan..mujurlah kitaorang kuat semangat..sekali bangun pagi..baru perasan, malam itu ramai gak yang menginap kat situ..hehehe..

Pagi2 Sabtu terus bergerak ke Kuala Terengganu. Sempat singgah dulu sarapan pagi di tepi jalan dan tengaharinya jenjalan kat Pasar Payang. Yang syoknya, selesai event ngan Pa n Ma, sempat lagi aku shopping baju kat Pasar Payang. Walaupun kengkawan aku kata baju kat situ mahal..tapi aku dah rembat satu kain cotton corak klasik giler..huish! Puas hati sungguh...


Kita kongsi gambar @ Merang Suria Resort, Kg Rhu Tapai, Setiu ya!


Pix ni Mirza yang amik. en Yem dah balik bilik dengan Zarif waktu ni. Jadi nak bagi Mirza senyap aku bagi kat dia kamera Lumix aku tuh... ok gaklah hasil sentuhan anak aku nih... Besar nanti jadi fotografer tersohor ya Mirza!


Mirza: Eeee...bising! bising! (Hm... dia bukan suka sangat dengan event2 nih. Beza betul dengan Zarif.)
Malam tuh, Zarif pula tak duduk diam. Jenuh gak aku menjaga anak yang sorang nih.. Ada citer menarik ngan Mirza. Kalau event Jom Santai Pa n Ma yang dulu Mirza 'berperang' pasir dengan anak Wawa (Pembaca berita NTV7 @ model). Kali ini Mirza 'berperang' lagi dengan anak pembaca dari Rompin, Pahang yang semeja dengan kami. Konsep: tetap merebut kerusi ya!


Ibu! Ada gaya ultraman bertapa tak? (Favourite tv show anak aku yang satu nih)


Bila anak-beranak mandi laut..kui3


Mirza tetap dengan gaya Ultramannya... Zarif plak rappers yang pemalu.

Tuesday, May 4, 2010

Follow en Yem @ Pantai Bagan Lalang II

Masih lagi caption story jer..

en Yem di balut lagi

Dan lagi.. kali nih muka pun dah tertutup rapat

Pic taken by Shadah... kata Shadah en Yem abaikan anak yang sorang lagi. Hmm..Mirza itu pantang sekali memegang itouch. Dia boleh lupa segala macam benda yang jadi kat keliling dia...gunung runtuh sekalipun dia tetap tidak akan perasan bila itouch sudah di tangan..


Aku dah cuba masukkan gambo nih dalam entri sebelum nih supaya nanti senang kome nak melihatnya. Sayangnya, pic tuh hilang...so terpaksa upload di entri yang ini... terpaksalah kome tengok pic yang lebih kurang buat sekian kalinya ya...

Follow en Yem @ Pantai Bagan Lalang

Tak larat dah mataku hendak menulis stori di Pantai Bagan Lalang. Tempat itu cantik, event tuh pun best-happening, tapi mata ini benar2 tidak membenarkan aku menulis dengan lebih panjang lagi. Mengantukznya... so buat sementara masukkan dulu mana2 pix yang ada.


Tak tau plak aku en Yem sebahagian dari organizer?

Balut time! Skema giler en Yem di balut oleh bapak budak opss time tuh patutnya game untuk kanak2 (tapi bapak ngan mak budak yang terlebih sudah! hehehe)

Khusyuknya mereka2 menyaksikan game lawan bola di tengah pantai. en Yem tak jadi masuk coz anak2 dah tahap lunyai petang itu... dia telah ku paksa mandikan budak2 itew..

Inilah team Sotong yang dapat tempat ke empat tuh...hehehe. Last sekali daaa..



Related Posts with Thumbnails