Follow Saya Di Google Plus

Wednesday, July 28, 2010

Nantikan Bumper MW 2010 Ramadan ini


Wah! dah nak raya rupanya ya...apa taknya kami di meja Mingguan Wanita dah tak cukup nafas nak menyediakan isu bumper merangkap isu mingguan..dan sekarang nih dah semakin sesak nafas sebab nak kejar pulak advance raya..

Demi pembaca tersayang, kami redah jua lautan api kesesakan ini...huhuhu...Tapi tahun ini bumper lebih menarik..tak caya???? Tengoklah pose raya team MW yang kami tangkap baru2 nih...Melatopppsss..hehehe


Monday, July 26, 2010

Belajar mensyukuri nikmat menjadi seorang isteri


Waktu ini Mirza dua tahun lebih dan Zarif plak nak masuk setahun (isk...tak hingat plak bulannya...). Seronok tengok Mirza dan Zarif waktu nih..Mirza nampak cute sangat..Zarif plak tembam semacam..tapi tang kening Zarif tuh ibu rasa mahallll sangat...nenek pun masa nih masih sihat. Sekarang nenek kerap sakit, semoga Allah beri kebahagiaan jiwa dan kesihatan yang baik untuk mak..Amin.

Tajuk nih sebenarnya pecahan daripada salah satu artikel yang aku baca hasil tulisan Dr Juanda Jaya, Mufti Perlis yang sudah sekian lama menjadi penulis tamu di Mingguan Wanita. Dalam tulisan terbaru nih, aku betul2 tertarik dengan kata2 'belajar mensyukuri nikmat menjadi isteri'. Barangkali kita ini terlalu alpa atau 'take things for granted' atau ambil mudah sampai ambil kesempatan dengan kebaikan suami (ini untuk kes2 isteri yang dapat suami baik k!..hehehe..baik ker?) Baiklah kalau suami rela jaga anak waktu isteri ada kerja lain (assignment atau MLM ker..kan isteri sekarang nih sibuk memanjang), basuh kain untuk isteri, mengemas rumah, basuh bilik air, memasak..bla..bla..bla yang mana semua2 benda nih tak mungkin dilakukan oleh ayah2 kita waktu dema muda2 dulu.

Bersyukur dalam konteks ini maksudnya kenalah belajar redha dan ikhlas menjalankan tugas seorang isteri. Termasuklah ikhlas bekerja untuk tujuan membantu suami (kadangkala aku terargue gak benda nih..hmmm..camane tuh). Ikhlas menerima apa2 pun cobaan yang dihasilkan oleh kerenah anak2 yang sukarnya untuk mendengar kata. Tapi aku tetap percaya bahawa anak2 adalah acuan ibu bapanya. Macam mana perilaku anak itu, ibu bapalah yang mencorak mereka. Lepas tu barulah ke pengasuh dan persekitaran.

Tadi waktu keluar untuk mengambil baju shooting raya untuk team MW, salah seorang teman bertanya, betulkah cara didikannya untuk anak2nya yang masih kecil. Tambahnya dia perlu ke kelas keibubapaan untuk tahu kaedah terbaik mendidik anak. Daripada isu yang pernah aku buat dulu (dapatkan MW keluaran terbaru cover Annahita dan suami ya..ada panduan mengenainya) asuhlah anak dengan kasih sayang. Yang mana, benda2 ini telahpun diajar oleh ibu bapa kita sejak dulu lagi.

Tengok kesnya ya.. mak aku walau sesibuk mana sekalipun dia..walau sepenat mana sekalipun dia, tak pernah dia mengabaikan tanggungjawab memasakkan abah aku. (cuma bila dia merajuk2 manja tuh ter'mis' gaklah.. hiks!) Sampai aku pernah terfikir, kenapalah mak sanggup susah payah macam itu. Bukan dapat apa pun, tengok abah kadang2 tak ada emosi pun kat mak. Tak ada pun abah loving2 kat mak? Jadi untuk apa mak buat semua itu? Tak penat ke? Bila dah semakin lama, aku belajar sendiri. Itulah namanya air tangan isteri. Hasilnya walau ke mana pun abah pergi, abah tetap akan cari masakan mak. Kata abah masakan mak yang terbaik. Dulu sebelum kahwin dia kata masakan mak abahlah yang paling sedap. Tapi lepas berbelas tahun kahwin barulah abah rasa masakan mak yang paling sedap di dunia. Wah! Lama ya... tapi kasih sayang mak dengan abah tak pernah renggang.

Lagi satu yang aku ingat tentang cara mak adalah mak tak pernah sekat hobi abah. Abah ini cara orang kampung, kegemarannya memburu, masuk hutan, memancing. Kadang2 sampai tak lekat langsung kat rumah. Mak tak pernah sekat hobi abah yang satu itu. Dan amalan sebegini turun kat aku plak..hehehe..hobi en Yem yang suka sangat ke Low Yat dan mencari barang2 komputer aku biarkan sahaja. Tak mahu ambil tahu sangat, tapi sikit2 kena tahu gaks. Sebab zaman sekarang cabarannya banyakkkkkk...hehehe...So, bila orang lelaki dibenarkan untuk melakukan hobinya dia akan happy. Bila dia happy, kitapun happy.. happy go luckylah...

Tapi semua antara petua yang mak turunkan nih salah satu contoh yang berjaya untuk aku praktikkan. Apa2 pun kita kembalikan segalanya kepada Yang Esa. Hanya dia yang menggenggam hati manusia, dan dia jugalah yang membolak-balikkan hati makhluk2nya. Mohon padaNya moga kita ditempatkan di kalangan orang2 yang diberkati dan dirahmati. Amin...

Wallahualam...

Wednesday, July 21, 2010

Maaf! Aku masih teruja

Keterujaan aku untuk me'eksplorasi' photoshop masih belum berakhir. Harap ia tidak sekadar seminggu sahaja (macam benda2 lain yang aku buat sebelum nih..hehe.. paling lama bertahan pun seminggu lepas tu aku bosan semula). Tapi yang satu ini aku masih mantap lagilah..hiks!

Hari ini ke rumah Prof Ali Mohd Yusop, lecturer ID di UiTM. Seronok pula bila dapat jumpa lecturer lepas habis belajar nih... kalau dulu masa study semacam ada sempadan komunikasi dengan lecturer2 nih..tapi bila dah bekerja environmentnya cukup berbeza. Terasa senang berbual dengan orang bijak pandai nih...banyak ilmu yang diperoleh.

Sebelum ini pun aku pernah interview Prof Rusdi yang tinggal di Subang Jaya. Seingat aku dia lecturer UiTM tapi bahagian landscape. Pernah juga interview Prof Khairil Johari Johar, lecturer muzik di UiTM (dia pernah wat album dan lagu Sepasang Kurung Biru nih memang glamer time raya).

Kesemua prof2 yang ditemui menyenangkan dan baik hati. Best dapat berbual dan bersantai dengan diaorang. Kalau dulu waktu belajar, sebolehnya berdoa mohon dipercepatkan kelas yang ada. Yang paling syok bila boleh bergosip sekali.. Heh! (cerita yang ini cukup setakat ini. Biarlah menjadi rahsia pertemuan kami...hehehe..suspend jer kan?). Yang pasti aku masih ingat pesanan prof2 nih...tingkatkan ilmu melalui pembacaan. Bukan takat baca satu majalah jer ya..tapi pelbagai2 bahan bacaan yang bermanfaat untuk ilmu yang kita perlu ketahui. :)

Oklah cukup setakat malam ini. Aku dah tahap zzzzzz..night u alls. Sebelum korang menidurkan diri gak..apa kata layan dulu gambar2 yang dah aku reka demi kepuasan diri sendiri nih...huish! dahsat tul ayat aku nih..

Efek oldschool. Sayangnya aku tak boleh nak letak efek macam gambar lama yang dah terkoyak2 memandangkan aku tak de gambar seakan2 batuan. Kalau ada lagi cun ini gambar. Waktu ini aku dan mak terchenta ke Pulau Bali. Semoga mak sihat dan sentiasa bahagia hidupnya. Anak aku si Mirza itu pun dah dua malam tak balik rumah. Tidur dengan nenek. Katanya rindu dengan atuk dan nenek. Pandai memujuk budak tuh...layan ajalah..janji hati nenek senang.


Pix nih aku amik dari fb kawan lama masa di UiTM, Zainuddin (kecek Kelate loh pulok..hehe Din nih orang sana) Kat manalah budak nih sekarang..kuruskan aku masa ini. Resolusi gambar ini kecik. Tapi aku baru belajar teknik baru untuk mempertingkatkan resolusi gambar yang kecik2 nih bagi nampak cun skit...cun ker! hehehe...


Pix ni akulah mensnapnya. Waktu nih kitaorang gi mandi-manda kat Desa Ibol dekat ngan rumah en Yem. Aku cukup suka balik kampung Lenggong, macam2 ada. Walaupun tempat itu kadang-kadang panas yang ketara..tapi layanlah balik kampung nih! Yang penting dapat jumpa mak mentua tersayang. Oh ya! aku dah lama cari efek nih..rupanya dia guna filter..blur..gasius blur..screen. baru jadi..best!


Nih satu lagi teknik...blurkan dan padam. Hm..macam2 carakan..rasanya korang boleh bacakan kat mana kitaorang berposing nih!


Efek gambo nih aku dah lupa namanya... dia percantuman antara dua warna purple dan yellow. Gambar asalnya elok jer sebenarnya..tapi dah gatal tangan..nak gak menenyeh2..huhu.. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.




Tuesday, July 20, 2010

Usaha tangga kejayaan

Dah lama sebenarnya nak belajar photoshop. Bak kata en Yem, cari je dalam internet, semuanya ada dalam tuh. Cakap je nak belajar apa. Menyahut cabaran en Yem yang ajar sikit2 je tuh, akhirnya aku dah jumpa satu laman web best yang memang membantu sangat2 budak baru belajar macam aku nih.

Pelan-pelan kayuh ya Netty... lepas belajar editing gambar nih, aku harap sangat dapat belajar untuk membuat layout pula... nanti akan aku usahakan juga sampai aku menemuinya. Kat bawah nih beberapa contoh gambar2 yang dah aku buat dengan pelbagai teknik menggunakan photoshop.



Efek highlight. Sama macam Rossa kat bawah nih..mungkin resolusi gambar nih tak berapa tinggi so hasilnya gitu2 jer!

Aku buat sebijik macam cikgu online aku ajar..hiks.. terima kasih http://ilmuphotoshop.com

Efek ini ala2 macam wayang konon... tapi aku sengaja tambah gradient overlay... sebab background gambar nih pun biasa2 je..

Efek apa ntah nih..aku main buat. Saja seronok2.. janji cantik dimata aku..

Pix nih waktu aku jenjalan kat Pulau Bali dengan anak2. Gambar nih sebenarnya biasa2 sangat..tapi aku berjaya gak naikkan warnanya... hiks!



Monday, July 19, 2010

I Got it!








Seronok bila dapat explore benda baru!

Newproject hulahup!








Rasanya kalau di'enhance' skit gambar nih baru nampak cun kot. Sapalah agaknya yang sudi nak mengajar aku camane nak 'enhance' warna gambar ini ya...




Mewarnakan latar hitam-putih. Wah! seronoknya bila berjaya

Pix sebelum

Masih lagi bereksperimentasi dan belajar teknik2 yang ada dalam photoshop. Hmm..orang baru macam aku nih memang akan mengambil masa yang lama untuk belajar semua itu. Lebih2 lagi dengan usia yang semakin meningkat ini rasa perlahan sekali untuk belajar benda2 teknologi nih..huhuhu.

Semalam aku cuba cari cara nak buat gambar berlipat. Aku berjaya buat lipatan itu tapi tak berjaya pula nak buat latar putih. Entah manalah silapnya. Sampai migrain aku mengerjakan 'benda' yang satu itu. Sampai sudah tak jumpa... nantilah tanya pada kawan2 grafik yang sudi ajarkan aku nih...hehehe..

Hari ini aku belajar membuat gambar berwarna menjadi hitam dan putih. Ok berjaya, kemudian warnakan pula gambar yang diinginkan dari gambar hitam dan putih itu. Alhamdulillah berjaya juga akhirnya. Sebenarnya tidaklah sesukar mana.

Layari laman ezhan-artwork ini untuk dapatkan pembelajaran yang lebih jelas. Di bawah aku sertakan contoh gambar yang berjaya aku kerjakan.

Semoga berjaya.



Pix selepas. Oklah kan untuk budak baru macam aku nih!

PS 'Nantikan cerita aku bersama YB Datuk Rosnah Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kesihatan malaysia merangkap Ketua Puteri UMNO Malaysia. Bagaimana wanita berjiwa besar ini begitu 'simple' kehidupannya kala di rumah. Dapatkan juga kisah lanjut mengenainya dalam Bumper MW 2010 yang akan berada di pasaran bulan puasa nanti'.

Sunday, July 18, 2010

Produk Apple dengan harga yang menarik! Berminat? Hubungi/sms en Yem 012 9742370. En Yem juga menawarkan khidmat pemasangan network.


Ipod touch ini paling laris sekali. Untuk ibu2 ada software pembelajaran interaktif yang berguna untuk anak2 anda.

Pelbagai jenis Macbook juga tersedia menanti anda!

Saturday, July 17, 2010

al-kisah Lost World of Tambun 2

Pix taken by Ila cute!

al-kisah di Lost World of Tambun

Pix baru selepas melalui proses pembesaran mengikut teknik yang betul.




Pix asal yang akan keluar sebaik sahaja kita upload gambar dalam blog nih.

Macam mana caranya nak besarkan gambar ini mengikut apa yang diinginkan? Jeng3...


1. Sebaik sahaja gambar telah diupload.
2. Klik Edit Html.
3. Cari perkataan (width: 525px; height: 366px;). Biasanya dalam gambar asal, width tuh dalam 400px dan height dalam 144px. Jadi tukarlah saiz tuh ikut yang anda suka.
4. Kemudian cari pula perkataan /s1600/. Tujuannya nak bagi gambar kita lebih 'sharp'. Biasanya dia akan beri /s200/. Besarkan ikut yang anda suka ya.

Kalau masih tak faham gak, layari blog ini littlemishkah.blogspot

Semoga berjaya!

Friday, July 16, 2010

Watermarks... aku berjayaaaaa

Pix yang masih suci
Lokasi: Pulau Bali, Indonesia
Tahun: 2005
Kamera: Lumix Panasonic
Tukang gambar: Netty

Pix yang akhirnya ternoda Medium: Photoshp CS5 enhance: curve + vibrance oh ya, sebelum terlupa sudah ada watermarks atau tanda lahir pada gambarnya.

Aku bukan grafik designer, bukan juga fotografer. Dan aku pun tak mahulah mengaku jadi itu semua. Aku sekadar penulis yang gemar mencuba sesuatu yang baru. Chewah! Betullah kata en Yem, photoshop terkini ini memang memudahkan kerja. Sebelum ini aku tak tahu apa2 tentang nak enhance gambar atau apa saja yang berkaitan dengannya. Susah betullah nak faham pasal adobe mak dobe nih...menci dibuatnya.

Tapi sekarang dah ada satu lagi hobi baru. Hm, menggodek gambar2. Bak kata en Yem belajar basic dulu. Kalau nak advance tentu memakan masa. Sama macam dunia penulisan. Bukannya terus dapat. Ia memerlukan naluri, pemerhatian, pemahaman, kesabaran dan kerja keras.

Waktu mula2 jadi wartawan pun bukan terus senang. (Sekarang nih senang ker? Senanglah sikit cek Netty oii!) Ingat lagi tugasan pertama perlu mengambil gambar pakar vaterinar di tempat kerjanya dekat Shah Alam. Budak baru masuk macam aku nih manalah berduit sangat. Terpaksa pinjam duit kawan2 masa nak ke assignment tuh. Pulaknya kena buli skit (ala2 manja gitew) dengan senior2 (Saja jer korang kannnn). Telefon plak tak ada? Macam mana wartawan tak ada telefon? Memang aku mula dari zero waktu itu. Terpaksa pinjam telefon adik yang besarnya macam botol air. hahahaha...sekali dia berdering..malu mak nak angkat nyah..hish! tak boleh lupalah.

Tapi daripada kesusahan itu dan terus melalui setiap pengalaman itu dengan pelbagai perasaan. Ada masanya sedih, marah, kecewa, gembira. Rasa itu menjadi satu adunan yang akhirnya membuatkan diri tidak perlu berasa gentar dengan apa2 juga halangan. Chewah! Sekarang daripada susah2 itu, dah semakin faham untuk menyelesaikan setiap permasalahan. Letakkan Allah di dalam hatimu pasti tiada apa yang perlu dikhuatiri.

Macam kes membuat watermarks inilah... sudah berbulan2 mencari. Akhirnya ku temui juga. Pasti nanti aku jumpa juga dengan apa yang benar2 aku suka sebenarnya. Masih mencari dan tidak akan berhenti mencari...

PS: Pening aku malam nih! Sekali update terus 3 story sekaligus... wahahahaha..

Cover nih aku suka bangat!

Merah itu tandanya beranikan?


'Energy' dalam Photoshop CS5





















Kiri
Pix original

Kanan Pix yang dah difotoshopkan

Malam semalam belajar photoshop dengan en Yem. Setakat yang aku mampu buat blurkan gambo dan bagi gambo nampak cantik. Contohnya buang kudis2 kat kaki anak aku tuh. Campur sedikit enhancekan color, contrast dan white balance gambo. Seronok belajar benda baru nih... harap2 lepas nih aku lebih rajin ler..ekekeke.

en Yem bagi markah kat aku: 60% (Oklah untuk student baru cam akukan!)

Tuesday, July 13, 2010

Nama pilihan anak-anakku

Pix ni waktu lawatan Datuk Seri Najib Tun Razak ke Kumpulan Media Karangkraf merasmikan akhbar Sinar Harian Nasional dan Karangkraf Peduli. (6/7/2010. Tarikh yang sama waktu Tun Razak rasmikan bangunan Ericson lama yang kemudian dibeli KMK)

Mirza Yadiy = Anak yang baik dan punya kemewahan dan kecerdikan

Zarif Ziyad = Si periang yang pandai berjenaka dan punya kelebihan

Kan main lagi maknya ni kan? Hehehehe... sekali nama maknya Netty jer! Tapi masih bersyukur kerana mak dan abah dah beri nama nih. Special giteww... Terima kasih Mak... terima kasih abah...

Friday, July 2, 2010

Hobi baru yang menggetarkan jiwa en Yem

Nilah sup campur aku yang simple giler... konon nak berdietlah. Lepas nih akan ada lagi resipi2 simple untuk dipraktikkan dan di simpan untuk kegunaan aku sendirik.

Sup sayur campur

Bahan-bahan (ikut citarasa):
Fish cake
Fish ball
Sedikit lobak
Sedikit cendawan tiram
Sedikit tomato

Cara buat:
1. Masukkan 11/2 mangkuk air ke dalam periuk.
2. Masukkan bawang putih (diketuk halus), serbuk maggi perasa ayam dan rebus sampai bawang putih tuh agak2 masak. Tapi kalau ada daging atau ayam, rebus sekali dengan bawang putih tuh.
3. Masukkan segala macam sayuran. Biarkan mendidih dan sayuran masak.
4. Angkat dan hidang

Senangkan...

Hehehe...terkesan sangat tajuk kat atas tuh... macam ada apa2 je. Sebenarnya tak adalah menggetarkan jiwa sangat pun. Saja jer nak bagi aku seronok mengingat tajuk nih. Supaya senang bila nak buat rujukan nanti.

Aku sekarang nih tengah 'hangin' memasak. Apa saja resipi yang best dan senang untuk dicuba aku akan cari dan salin dalam satu buku khas. Balik rumah baru cuba. Tapi ada juga yang saja2 reka. Sejarah memasak aku memang zero. Langsung tak sedap untuk dicuba. Kalau masuk pertandingan, sure aku menang tapi no paling last la..

Adik2 plak kalau aku yang memasak, diaorang sanggup makan sikit jer. En Yem plak selalu kata ok..nak amik hati kot. So, lepas kahwin memang boleh kira dengan jari bila aku akan memasak. Kadang2 seminggu belum tentu dapur tu berasap.

Suatu hari, minggu dalam bulan Mei lalu, tiba2 aku cakap kat en Yem belilah mikrowave. Alangkah bestnya kalau ada benda magik tuh. Boleh buat apa2 je. Entah macam mana en Yem terus bawa kami anak beranak ke One Utama semata2 nak cari mikrowave. Tapi kat sana tak ada yang berkenan di hati.

Akhirnya, menjejak mikrowave sampai ke Carrefour Subang. Cari punya cari dapatlah satu brand mikrowave yang kira kitaorang berpuas hatilah..boleh bakar, steam dan macam2. Cuma tak boleh buat biskut. Oven yang ada kat rumah tu, kitaorang bagi kat kakak Lim (kakak ipar aku ler). Dia suka buat biskut. Semoga dengan ada oven tuh dia boleh buat biskut untuk anak2nya masa Raya nanti.

lepas je dapat mikrowave tuh, aku dah ada kegilaan baru. Boleh kata tiap2 malam aku akan memasak. Sampai en Yem kata jangan...aku buat juga. Dia kata membazir je sapa nak makan..ahh... tak kira aku buat juga... manalah tahu tiba2 aku jumpa skill memasak tahap Chef Wan.... hehehe..

Lepas nih mesti banyak cerita2 resipi akan ada dalam blog aku nih. Mula2 aku nak update resipi, kentang bakar, coleslaw dan daging bakar yang ala2 steak gitew! hehe..

Related Posts with Thumbnails