Follow Saya Di Google Plus

Friday, August 20, 2010

Aku cintakan kerjaya ini????

Pix ini diambil dari emel yang kawan kirimkan. Katanya gambar ini dari majalah National Geographic

Bukan mudah untuk menyatakan "Ya, saya cinta kerja saya." Sejujurnya aku sendiri setiap hari terpaksa berperang dengan emosi, perasaan, minda yang waras dan macam2 lagi semata-mata mahu mengakui yang aku sukakan kerja aku yang satu ini. Setiap hari juga aku bertanyakan dalam diri, adakah aku betul2 ikhlas melakukan setiap apa juga tugasan setiap hari. Apakah kepuasan yang aku cari sebenarnya dalam hidup ini. Persoalan2 sebegini tidak akan berakhir. Pastinya ia akan sentiasa hadir dan terus menunjal2 akal fikiranku yang terbatas ini.

Bulan Ramadan ini, Allah menjadikan gelombang alam dalam frekuansi yang rendah. Yang mana inilah masanya untuk umat manusia belajar mengaut setiap kebaikan yang ada di dalam bulan ini. Untuk itu, aku perlu seiring atau sama frekuansinya dengan alam ini. Bagaimana mahu melakukannya. Ikutlah apa yang telah Allah dan rasulullah s.a.w ajarkan. Sebagai makhluknya yang sentiasa tidak lepas dari dosa, aku terus belajar memperbaiki diri.

Setiap hari, aku ucapkan kata2 cinta akan kerjayaku. Harap2 ia menjadi untuk aku terus senang dan bahagia dalam pekerjaan ini. Sungguh, kerjaya ini besar cabarannya. Kadangkala tersilap percaturan, membuatkan hati orang lain terluka. Tapi aku tetap manusia biasa. Ada masanya membuat silap. Ramadan ini aku mohon kesempatan diberikan kemaafan dari insan2 yang pernah terluka mahupun terkecewa sepanjang aku mengendalikan kerjaya ini.

"Ya, aku akan sentiasa sematkan dalam diri, aku cinta kerjaya ini. Aku cinta penghidupan ini kerana inilah ibadah harianku. Sesungguhnya kehidupanku, diriku dan segala2 yang ada padaku hanya milik Allah. Setiap hari perasaan bimbang dan takut andai tidak dapat menjalankan amanatnya membuatkan air mata mengalir tiada henti. Semoga Ramadan ini dan bulan2 seterusnya Allah memberiku kekuatan dan yang paling2 ku mohon kesabaran (inilah satu sifat aku yang paling lemah sekali terutama bila berdepan dengan anak2) dalam mengharungi apa2 ujian yang Allah berikan. Amin.

Penguin di dasar laut juga menjalankan tanggungjawabnya kepada Yang Maha Pencipta

Terjemahan Doa Iftitah yang dibacakan dalam solat

"Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam."

Wednesday, August 18, 2010

Ramadan Ahlan Wa Sahlan

Sentuhan fotografer Indonesia, Jody Zulkarnaen. Subhanallah..cantik! Sesuai sangat digunakan untuk jadi gambar latar entri kali ini.

Selamat datang bulan Ramadan, bulan untuk umat Muhammad s.a.w. Bulan penuh keberkatan untuk kita semua mengambil peluang mensucikan dosa, mengambil ikhtibar dalam setiap ujian yang Allah berikan untuk meningkatkan ketaqwaan hambanya.

Kembara iman ini terus dilalui dengan penuh nikmat kesyukuran. Sesungguhnya Ramadan kali ini aku mengharapkan nikmat keberkatan dan keredhaan dari rabbul alamin. Sebagai hamba yang hina dan tidak pernah bebas dari melakukan dosa baik kecil mahupun besar, sama ada sengaja mahupun tidak, aku memohon keampunan dariNya. Moga Ramadan kali ini menjadi Ramadan terbaik buat diriku, suamiku dan juga kedua-dua belah ibu bapaku serta adik-beradikku dan umat Islam sekalian.

Alhamdulillah, sepanjang 8 hari menjalani ibadah puasa, Allah beri kemudahan untuk aku meneruskan kembara iman ini. Walaupun bebanan tugas begitu mencabar minda, aku dapat melalui kepayahan itu dengan bantuanNya. Setiap tugasan yang dirasakan begitu sukar sekali untuk diperoleh dan mustahil untuk dilaksanakan, dapat juga disudahkan dengan pertolonganNya. Bukankah kita perlu kembalikan setiap perkara dan ibadah yang dilakukan sehari2 kepadaNya.

Sesungguhnya Allah jualah yang menggenggam hati setiap manusia. Dan dialah sebaik2 pertolongan. Semoga Allah tidak memutuskan hidayah yang telah diberikan untuk kami sekeluarga. Amin.

Ramadan ini baik juga ambil ikhtibar dari ummul kitaab yang merupakan induk kepada semua isi al-Quran dan menjadi intisari dari kandungan Al-Quran sendiri (sumber wikipedia.org)

Terjemahan Surah Al-Fatihah ayat 1-7

[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Amin...perkenankanlah doa hambamu ini Ya Allah.


Saturday, August 14, 2010

Teknik licinkan gambar

Pix sebelum

Pix selepas - Amacam kak Rose...oklah kannnn :)))

Tak perlu guna healing brush. Boleh guna teknik lain. Aku guna gambo kak Rose untuk buat teknik ini. Amik hati kak Roselah kononnya nih..hehehe

Langkah demi langkah
1. Dulicate layer - ubah layer jadi vivid light
2. Klik image - adjustment - invert
3. Ctrl E
4. Klik filter - blur - gaussian blur - radius 6 (ikut kesesuaian gambar)
5. Klik filter - other - high pass - radius (nilainya bergantung - pastikan sampai kesan jerawat atau apa sahaja yang mahu dilicinkan menjadi licin)
6. Klik ad layer mask - foreground warna hitam
7. Klik brush tool - ukuran 45-touch up skit bahagian hidung mata mulut biar gambar nampak lebih sharp.
8. Okay boleh tengok hasilnya.

Selamat mencuba!

Resipi coleslaw yang dijanjikan

Pix original

Satu lagi project main2 aku dengan photoshop..kata en Yem ada ala2 teknik 'high pass'. Masalahnya aku main hentam je..tetiba jadi macam nih..huhuhu.

Seperti yang dijanjikan ini resipi membuat coleslaw itu:

(Sukatan ini aku agak2 sendiri. Nanti pandai2lah kome mengubahnya ya)

1. Hiris kobis dan lobak halus sampai dapat satu mangkuk
2. Masukkan mayonis (guna jenama ladies choice) ikut citarasa. Aku masukkan dalam dua sudu penuh
3. Tambah gula sikit agak2 je (ikut citarasa)
4. Masukkan susu tepung penuh krim sikit dalam satu sudu setengah.
5. Perahkan limau nipis
6. Gaul rata dan biarkan selama 12 jam adunan tu dalam peti ais. Kalau dah tak sabar boleh terus makan je..



Thursday, August 12, 2010

Coleslaw ku Yummyyyy

Coleslaw pujaan hatiku..bak kata Intan dari restoran KFnet

Poskan saja entri bergambar. Resipi ini dijamin sedap. Cuma aku sangat2 terlupa aku mengambil resipinya dari laman mana. Gambar dulu ya, resipinya esok malam. Dah mengantuks tahap cipan nih.

Huhuhu...signatur pun tak larat letak dah...zzzzz

Wednesday, August 11, 2010

Cik Tasya kita

Tasya dan kak Laila

Entri ini untuk Tasya, anak buah aku yang agresif tapi baik hati orangnya. Malam sebelum ini aku ternampak gambar Tasya dan maknya, Kak Laila. Conteng sana-sini, nampak elok pula..terus rasa teringin nak masukkan dalam entri ini.

Satu cerita yang kelakar dan mungkin agak 18PL bila Tasya bergaduh dengan kawan sekolah dia di padang. Badan dia agak tinggi berbanding budak sebaya dengannya. Memandangkan budak perempuan itu mencabar dirinya, dia pun pakat dan ajak budak perempuan itu jumpa di padang sekolah. Bila dah bertemu jadilah pertelingkahan dan endingnya, dia menang. Katanya dia sempat seret sambil menarik rambut budak perempuan itu...hehehe...ganaskan? Tapi itu cerita lama, sekarang Tasya dah nak jadi mak orang pun. Perwatakannya jauh lebih lembut. Barangkali dia telah bertemu dengan seorang lelaki yang pandai mengajarnya nilai kelembutan. Bertuah Tasya.

(entri ini tidak bermaksud apa2. Jangan pula ada yang salah faham ya.)


Monday, August 9, 2010

Efek Dave Hill yang walla!

Pix original. Taken by me @ Kampung Pulau Timbul, Jitra

Selepas sentuhan konon2 efek Dave Hill. Tapi pe benda ntah tuh...masih menggunakan cikgu yang sama ilmuphotoshop.com

Memandangkan kadangkala payah bebenar nak buka laman cikgu maya aku nih..aku salin nota kat sini..so senang nanti untuk aku buat rujukan

Langkah demi langkah:

1. Buka file
2. Duplicate layer
3. Duplicate layer lagi - klik filter-other-high pass - radius 1/2 (ikut saiz gambar)-layer:vivid light.
4. Gabungkan layer ctrl + E
5. Duplicate layer lagi -klik filter-other-high pass - radius 6/7 (ikut saiz gambar) layer: color opacity: 40%
6. gabungkan layer ctrl + E
7. Duplicate lagi layer- klik filter-blur-gaussian blur- nilai 9. Klik filter-noise-add noise. nilai 3-klik gaussian dan monochromatic.
8. Gunakan eraser tool untuk buang mana yang diperlukan
9 Gantikan opacity 40%
10. Gabungkan layer ctrl + E. Klik filter-sharp-unsharp mask. nilaian amaun dan radius ikut kreativiti.

Mungkin bagi yang baru2 nak kenal photoshop macam aku nih tak berapa nak faham apa yang aku merepekkan..tapi boleh ziarah ke blog cikgu maya aku nih di ruangan 'Aku baca' ilmuphotoshop.com

Semoga bermanfaat untuk semua. Amin...

Jenal senget


Kisah Mistik dipetik dari majalah Mingguan Wanita keluaran bulan Ogos. Dapatkan di pasaran ya!


-->
Jenal dengar suara mengilai yang sungguh kuat dari arah perdu pohon rambutan yang merimbun. Semakin lama hilaiannya semakin nyaring langsung tidak boleh diterima dek akal Jenal yang senget itu.

“Jenal! Jenal! Mari ke mari Jenal!,” jeritan itu semakin kuat dan menyakitkan telinganya.

Jenal tidak takut tatkala mendengar suara itu. Sebaliknya dia menjadi semakin asyik mendengar namanya dipanggil-panggil penuh gemersik. Hatinya semakin tidak keruan. Fikirnya suara siapakah yang gemersik lagi nyaring yang tanpa henti memanggil namanya di malam-malam hari begitu?

Setahu Jenal, dia tidak mempunyai hutang dengan mana-mana orang kampung yang tinggal berdekatan dengan rumahnya. Langkah Jenal semakin sumbang, fikirannya berkecamuk antara asyik dan tidak keruan. Namun, Jenal tidak tahu kenapa kakinya terus sahaja laju melangkah ke arah perdu pohon rambutan yang penuh dengan misteri itu.

“Jenal… seluruh ahli keluarga kau itu bukan manusia. Mereka semua keturunan toyol. Kau tahukan? Hanya kau sahaja yang mampu menghapuskan toyol-toyol itu,” bisikan itu terus-terusan menghantui fikiran Jenal.

“Keluarga aku? Toyol? Tak mungkinnnnnn,” Jenal berlari sekuat hati sebaik sahaja mendengar gemerisik suara yang tidak henti-henti menghasutnya.

“Aku mesti hapuskan toyol-toyol itu barulah aku dapat semula ahli keluargaku yang lain,” luah Jenal terkekek-kekek sendirian.

Jenal tidak terus masuk ke dalam rumah. Sebaliknya dia berbaring di beranda rumah kayunya itu. Lama dia baring di situ sampailah tingkahlakunya telah mengejutkan ibunya yang kebetulan membuka daun pintu rumah.

“Subhanallah Jenal, apa kau tidur dekat beranda malam-malam buta macam ini. Pergi masuk dalam. Buat terkejut mak saja,” jerkah ibunya.

“Saya tengah fikir macam mana saya hendak bunuh toyol mak,” jawapnya acuh tak acuh.

“Ya Allah, merepek apa kau malam-malam ni Jenal. Pergi kau basuh kaki dengan muka kau tuh. Entah setan apa yang meresap kat badan kau sekarang ini pun mak tak tahu. Hendak bunuh toyol konon, kerja pun tak tentu hala ada hati nak membunuh orang,” balas ibunya dengan leteran yang panjang.

Jenal sedikitpun tidak mengendahkan saranan ibunya. Dia membiarkan sahaja ibunya membebel seorang diri. Jenal terus berbaring di situ sambil melayan perasaannya yang berkecamuk itu.

Malam itu hatinya telah bulat. Dia akan melakukan seperti yang dibisikkan oleh suara gemersik yang telah didengarnya sejak waktu maghrib tadi. Tapi persoalannya, bagaimana dia mahu membunuh toyol tersebut? Adakah dia perlu menggunakan pisau atau kapak? Jenal berfikir lagi. Semakin di fikirkan semakin sakit kepalanya.

“Ya Allah, budak Jenal ini. Aku suruh tidur dalam dia tidur dekat luar. Macam anak terbuang pula. Susah betul bercakap dengan budak tak berapa nak betul ni. Boleh gila dibuatnya,” rungut ibu Jenal dalam nada geram.

Jenal dengar ibunya merungut. Tapi rungutan itu bagaikan tidak memberi kesan kepadanya. Semalaman dia tidak dapat melelapkan mata. Fikirannya terlalu terganggu. Sampai ke pagi itu dia masih belum dapat menyelesaikan masalahnya. Dia masih belum tahu cara manakah yang perlu dia lakukan untuk membunuh toyol-toyol itu. Bosan dengan keadaan yang dialami Jenal segera turun ke bawah rumah lalu menuju ke sungai berdekatan.

Jenal berteleku di atas batuan sungai sambil menjerit-jerit. Kuat suaranya sehinggakan ia boleh didengari oleh ibunya yang sedang menyapu di halaman rumah.

“Apa lagilah dengan budak Jenal ini. Tak habis-habis nak menyusahkan aku. Dulu kau dah malukan aku bila kau cuba merogol anak ketua kampung. Sekarang ini apa pula yang kau nak buat. Kalau ikutkan hati nak sahaja aku rantai kaki dan tangannya itu, biar dia tak boleh bergerak ke mana-mana,” kata ibunya sengaja dikuatkan nadanya. Sebolehnya dia mahu Jenal mendengar apa yang terbuku dalam hatinya itu. Selepas menjerit-jerit tanpa henti Jenal segera melangkah ke kedai Pak Mat. Dia keluar dari kedai dengan menjinjing sebotol besar minyak tanah. Dia sudah tahu apa yang perlu dilakukannya.

Azan maghrib berkumandang kuat di corong suara peti televisyen usang milik keluarganya. Semua adik-beradik Jenal dan ibunya berkumpul untuk menunaikan solat maghrib. Seperti selalu, Jenal tidak akan ikut serta. Dia lebih suka melepak di bawah pohon rambutan berdekatan dengan rumahnya.

Malam itu juga Jenal yakin dia pasti dapat membunuh toyol mengikut caranya. Jenal telah mengunci rumahnya dari luar. Dia mahu pastikan tiada seekorpun toyol yang akan terlepas. Perlahan-lahan dia menuangkan minyak tanah ke tiang kayu rumahnya. Jenal nyalakan api dan bertepuk tangan sekuat hati apabila api marak memakan seluruh rumah termasuk ibu dan adik-beradiknya yang sedang bersolat di dalam rumah itu. Selepas tragedi pilu itu, Jenal ditemui masih ketawa berdekah-dekah tanpa henti oleh pegawai polis yang menyiasat kes kebakaran rumahnya itu.

Saturday, August 7, 2010

Kolam ikan abah saya

Abah memang suka lepak depan rumah sambil duduk gaya gini. Gambar ini kalau tak silap aku ambil tahun 2007

Satu sifat abah yang melekat betul di hati, abah tak suka sakat budak2 (hehehe...beza sungguh dengan aku). Abah juga suka layan budak2, baik kecil sampailah yang dah sekolah menengah memang boleh ngam ngan atuknya. Pertengahan tahun lepas, abah buat kolam ikan belakang rumah. Boleh kata besar jugalah. Tujuannya untuk menyimpan ikan toman yang hampir sebesar peha aku nih. Kebetulan pun hobi abah memancing. Jadi ikan-ikan yang diperoleh itu, contohnya ikan ketutu akan di simpan dalam kolam simen yang besar itu.

Malam kelmarin, datang dua orang anak jiran abah bawa ikan2 untuk dimasukkan dalam kolam itu. Kata emak macam itulah selalunya budak2 itu buat. Asal ada ikan akan didermakan langsung ke kolam atuk. Aku cakap kat mak, abah nih memang suka melayan budak2 ni. Patutlah setiap kali raya aku tengok lebih ramai budak2 kat rumah abah berbanding orang tua..hehehe.

Tapi satu yang aku tak boleh lupa bila abah marahkan budak2 kecik antara umur 4 ke 5 tahun yang suka sangat main paip air kat bilik air depan rumah dia. Depan rumah abah selalunya jadi lokasi budak2 ini main batu ke tanah ke (nama pun budak kampungkan) kadang2 main parit kat sebelah rumah mak. Bila badan dah kotor, tak beranilah nak balik rumah. Sudahnya, bersihkan dulu badan kat paip air abah. Sekali dua abah biarkan bila dah menjadi2, abah jadi tak tahan.

Satu hari abah pasang strategi macam mana nak ajar budak2 ini biar hormat sikit kat orang tua. Jadi waktu diaorang sedang basuh badan dalam bilik air itu, abah dah tutup pintu dari luar..kiranya terkurunglah budak2 dalam itu. Kebetulan adalah dua tiga orang yang tak sempat masuk. Apa lagi, diaorang pun larilah lintang pukang cari pertolongan...hehehe

Selang beberapa minit dia orang datang dengan geng2 kecik diaorang..hahaha...mohon atuknya keluarkan budak2 dalam bilik air itu...jadilah sesi nasihat yang panjang. Sejak dari hari itu, kalau diaorang jadi rapat dengan atuk. Yang aku perasan, kalau nak apa2 mesti cari atuk untuk minta izin... hari itu mak buat kenduri dekat rumah. Aku tengok budak2 itulah juga yang tolong basuh pinggan mangkuk kat rumah itu.

Mungkin cara abah nak nasihat itu agak ekstrem tapi dari segi keberkesanan cukup berkesanlah. Sebabnya budak2 itu pun semakin hormat dekat orang tua. Abah selalu pesan kat aku, agar hormat dekat orang lebih tua. Kalau aku terbaran sikit dia akan nasihat. Selalunya nasihat abah memang berdesup sampai ke lubuk hati...huhuhu...

Wednesday, August 4, 2010

Aku @ wartawan I

Pose tak hengat dengan Intan yang cantik :))))

Salam pagi Khamis. Cepatnya masa berlalu. Tempoh hari terkocoh2 menyiapkan bumper MW. Ini dah sampai pula masanya untuk menyudahkan kerja2 advance untuk keluaran biasa sepanjang Hari Raya. Tak taulah macam mana 'life' aku nanti. Dengan dua kali deadline dalam seminggu. Fuh! Mencabar minda betul. Pastinya aku dah mula tak de waktu rehat. Huhuhu...sedihnya..

Kadangkala bila fikir sangat bab2 kerja boleh tertekan sampai nak bernafas pun tak boleh. Kadangkala ada juga yang sampai tak tidur malam dan terngigau2 macam orang mabuk cinta. Puncanya bila 'bahan' yang diperlukan untuk minggu itu tak dapat lagi diperoleh. (Orang2 kebanyakan tak faham rasanya maksud aku nih..hehehe). 'Bahan' tu maksudnya orang yang nak ditemuramah yang kemudiannya akan disiarkan dalam majalah kami. Contohnya orang kenamaan ke, artis ke, kuih-muih ke. Inilah cabarannya, sama ada orang itu enggan ditemuramah atau ada hal2 lain yang berbangkit.

Selalunya bila benda2 macam ini terjadi, yang peningnya wartawanlah. Lebih2 lagi bila deadline dan semakin hampir. Suntuk benarlah kiranya. Kalau tak ada orang macam mana? Takkan nak letak muka sendiri kat ruangan itu? Oh! Tidakkkk...macam mana cara sekalipun ruangan itu perlu diisi. Di sinilah letaknya kreativiti seorang wartawan. Perlu ada banyak 'plan' untuk menyelesaikannya. Kadangkala idea itu tak logik dek akal pun ada. Tapi asalkan ianya berbaloi, jalan sahaja.

Cerita part mencabar memang menggerunkan. Tapi kerja wartawan ini seronok ++++ sebab... ia mematangkan diri kita. Dari seorang yang tidak berapa pandai membuat keputusan, kita belajar dan belajar untuk membuat keputusan yang bukan sahaja memberi kesejahteraan kat diri sendiri tapi juga kepada ramai orang. Ada juga masanya jadi best bila orang hargai apa yang kita buat. Tapi sayang juga ya, bila ada orang luar yang tak berapa faham kerja kami dan meng'underestimate'kannya.

Yang pasti, selepas hampir bertahun2 aku bergelar wartawan aku mulai seronok dan menghayati pekerjaan aku ini. Ia lebih daripada itu, kehidupan aku ini sebenarnya. Aku memulakan kerjaya ini dengan zero. Dulu masa orang kata masuk mass comm aku pun masuklah. Kebetulan sijil STPM itu layak untuk aku pilih bidang ini. Belajar dekat 3 tahun tapi masih tak berapa nak faham gak. Kerja pula di Karangkraf. Kerja sajalah, tapi tiada jiwa dan macam2 perkara birokrasi buatkan aku bosan giler dengan kerjaya ini.

Alhamdulillah, lama kelamaan, dunia ini dah sebati. Satu persatu ia membuatkan aku bahagia. Setiap hari juga aku akan ingatkan diri, betapa aku seronok dan menghargai apa yang aku perolehi ini. Bukan semua orang boleh dapat peluang sebegini kan? Tapi dalam pada itu, aku seronok juga menerokai bidang2 lain. Bermain2 dengan photoshop (itu ada sikit macam grafikkan), mengambil gambar (juga terasa macam fotographer). Tapi tak adalah sampai nak jadi grafik designer atau fotographer..cuma bila kita faham tentangnya serba sedikit ia memudahkan kerja kita sebagai wartawan. Hmm, seribu satu malam tak habis kalau nak cerita benda ini.

Memandangkan en Yem nak gi kursus pagi ini. Terpaksa entri ini dihentikan buat seketika. Lain kali sambung lagi ya.

(Cerita ini berdasarkan pengalaman aku sebagai wartawan di Karangkraf dan pelajar ITM dihatiku)

Related Posts with Thumbnails