Follow Saya Di Google Plus

Tuesday, October 12, 2010

Zarif dan 'hantu' pinggan mangkuk Menang Glassware

Aku tak sempat nak photoshop gambar raya ini. Kira bolehlah.

Judul : Dialog malam Selasa.
Jam : 8 malam
Lokasi : Perkarangan rumah mak abah di Kampung Budiman, Meru

Zarif: Ibu jangan masuk! (ke dalam seat belakang kereta)
Ibu: Habis, ibu nak duduk mana?
Zarif: Ibu duduklah depan. Dengan abang.

Ibu buat2 merajuk, menutup pintu kereta dan duduk semula di beranda rumah nenek. Kebetulan atuk dan nenek tengah lepak di luar.

Emak: Kenapa keluar.
Aku: Zarif tak bagi duduk belakang. (Aku, walaupun dah beranak pinak, masih tak boleh hilang sifat manja aku dengan mak...huhuhu)
Abah: Dengan anak sendiri pun kalah. Masuk ajelah.
Emak: Masuk ajelah, khairol dah penat itu, tak makan lagi. Cubit aje kalau masih degil (perkataan cubit itu aku dengar sipi2 je sebab masa ini aku dah jalan menuju ke kereta)

Zarif: Ibu tak boleh masuk.

Aku masuk je dalam ruang seat yang sempit itu. Dalam hati masih menahan sabar. Zarif terus mengamuk.

Ibu: Zarif jangan nangis. Nenek yang suruh ibu masuk. Tak percaya pergilah tanya nenek.

Cepat2 Zarif buka tingkap kereta.

Zarif: Nenek! nenek! Ibu boleh masuk ke?
Nenek: Boleh! (kuat jeritan nenek)

en Yem malas layan kerenah kitaorang anak beranak dan terus memandu dengan selamba tanpa emosi.

Zarif: Zarif nak tanya nenek lagi. (tak puas hati nampaknya. Sayangnya kereta en Yem dah semakin jauh meninggalkan perkarangan rumah emak). Uwaaaaa...(Dan sekali lagi Zarif menangis untuk perkara yang langsung tak logik dek akal).
Kereta terus berlalu sampailah ke pekan Meru. Zarif masih lagi tak puas hati dan cari pasal dengan Mirza. Aku minta dia sayang abang dia. Zarif akur tapi masih mengugut aku dengan caranya yang tersendiri itu.

Zarif: Zayip nak buang buku ibu.
Ibu: Jangan Zarif nanti 'hantu' ambil buku ibu.
Zarif: Biar hantu ambil.
Ibu: Janganlah Zarif, nanti hantu baca dan beli pinggan mangkuk yang ibu dah cop itu. (Memangpun aku tengah survey katalog Menang Glassware Sdn Bhd).
Zarif: Ha? Nanti hantu beli inggan mangkuk ibu?
Ibu: Ya, nanti tak dapatlah ibu pakai pinggan mangkuk canggih itu sebab 'hantu' dah beli dulu.
Zarif: Hantu amik inggan mangkuk?
Ibu: Ya... (mendatar suara aku, dah malassss nak layan tapi layan ajelah. Nanti menangis lagi. Aku juga yang susah).

Hm, aku selalu terpaksa menipu Zarif dengan dialog yang tak berapa nak logik. Semata2 nak bagi kurang nakal anak aku yang satu itu. Dan mungkin juga sebab itulah Zarif selalu 'menangis' untuk benda2 yang tak logik. Salah aku jugakan? Huhuhu...

21 hari penuh bermakna

Pix ini disnap waktu jalan2 di Putrajaya tahun 2010. Ibu harap Mirza dah tak terasa hati lagi.

Oh Zarif, ibu tak tahu hendak kata apa ya...(waktu ini dia mahu mengambil kamera ini dan merakam gambarnya sendiri...huhuhu)

Semalam Mirza tak balik rumah. Merajuk dengan aku barangkali. Tak tahan kot dengar ibu dia berleter. Sampaikan pagi Isnin itupun dia masih merajuk dan cakap tak nak kawan dengan aku. Zarif? Hm, sukar sebenarnya mahu mentafsir Zarif. Fikirannya amat sukar sekali aku selami. Agaknya sebab dia tak duduk sekali dengan mak aku kot dan dia terkategori 'second child syndrome'. (Gamaknya aku kena berusaha gigih mencari jalan penyelesaian menangani SCS ini). So, dia rasa agak terpisah dari aku dan abangnya. Jadi, perangainya memang lain dari yang lain. Sentiasa menuntut perhatian yang oh...amatlah melampaunya dan menguji kesaaaaaabaaaarrraaaannnn.

Anak-anak aku ini tidak dijaga oleh orang yang sama. Yang sulung, Mirza sejak kecil mak aku yang jaga. Bila adiknya lahir ke dunia. Dia seakan menjauh. Waktu aku balik dari hospital dia 'melarikan' diri dari aku. Jangankan hendak dekat, tengok aku pun tak mahu. Tiga hari dia tak tegur aku. Rindu sangat aku dengan Mirza waktu itu. Sudahnya aku mimpikan Mirza (cuma aku dah lupa mimpi apa...huhuhu). Selepas aku mimpikan Mirza, dia ok dan mula mendekat dan peluk aku semula. Seronok sekali tak tahu hendak kata apa.

Habis pantang, Zarif aku serahkan pada kakak Iza (dulu mak aku jaga anak dia. Bila aku dah bersalin, dia berhenti kerja dan jaga anak aku pula). Tak jauh pun jaraknya, depan rumah mak saja. Kalau tengahari atau petang jumpalah diaorang. Tapi lama kelamaan, dua beradik ini susah sekali hendak bersatu. Setiap kali berjumpa pasti tercetus pergaduhan kecil. Sudahnya aku juga yang jadi 'singa lapar'. Lama kelamaan, aku tengok budak2 ini dah semakin lasak. Dan setiap kali itu juga kesabaran aku di luar batasan pemikiran.

Isnin baru ini aku sempat berbual dengan kak Nuri (editor aku ler). Dia sempat ke ESQ Parenting. Event yang sepatutnya aku hadiri 10/10/10 hari itu. Memandangkan aku dah confirm datang ke majlis alumni sekolah aku, terpaksa aku batalkan niat aku itu. Mungkin belum ada rezeki lagi. Dalam perbualan itu aku masih ingat kata-kata kak Nuri 'Cukup2lah kita merosakkan anak kita itu. Mereka bukanlah hak kita, tapi amanah Allah yang perlu kita jaga,". Aku tahu 'benda' itu dan sememangnya itulah yang selalu aku ingatkan diri aku. Tapi aku seringkali melupakannya dalam erti kata lain, buat2 tak ingat 'benda' itu. Tapi cerita kak Nuri benar2 terkesan di jiwa aku. Jujurnya pengakuan aku ini...huhuhu..

Jadi aku cuba untuk membuat satu perubahan. Bak kata Dr Azhar, kalau mahu mengubah sikap kita memerlukan 21 hari untuk menjadikannya satu habit yang baru. So, aku cuba membuat satu resolusi dalam diri aku. Bermula semalam, aku dah cuba praktikkannya. Catatan ini akan diteruskan sampailah hari ke-21. Semoga bila aku lupa, aku akan cuba membacanya sekali lagi.

1. Bersabar dengan apa juga kerenah anak2 aku yang amat2lah lasak itu. (Agaknya aku dah tersalah asuh kot! So perangai lasak itu tak boleh nak salahkan diaorang pun).

2. Kalau aku terlalu stress, aku akan diam sambil tanganku ligat bekerja dan buat tak tahu dengan stress yang aku alami. (Macam mana nak buat tak tahu ya. lebih2 lagi bila hati tengah panas menggelegak... tarik nafas dalam2 dan istighfar banyak2 dan fikir POSITIF).

3. Bila kemarahan dah reda. Barulah boleh bercakap semula.

4.
Pertama2nya perlu ubah diri aku sendiri, barulah boleh melentur Mirza dan Zarif.


5. Ambil ingatan kak Nuri. Benda lepas jangan dikenang, teruskan berusaha mencari cara terbaik untuk mengembalikan anak kita ke rentaknya semula.

Susah sebenarnya, lebih2 lagi terlalu banyak gangguan negatif di persekitaran aku. Lagipun, aku ini bukanlah ibu yang perfect dalam segala segi. Masih lemah dalam bab2 parenting ini. Semoga usaha aku nanti berjaya ya. Mohon doa dari teman2 semua. Aminnn

Saturday, October 9, 2010

Pose wartawan Mingguan Wanita

Waktu ini Datuk Seri Najib datang ke Kumpulan Media Karangkraf. Kak Maswa dan Intan Rohaizat tak ada dalam gambar kerana keluar assignment.

Geng makan2 en Yem @ grafik

Jumaat lepas kengkawan en Yem buat potluck sempena Aidilfitri 2010. Macam biasa menu en Yem mestilah pekasam. Dia goreng sendiri tau!. Aku masakkan sambal udang je. Sayangnya tak sempatlah nak ambil gambar sambal udang itu. Maklumlah terlupa sebenarnya yang hari itu kena masak untuk dia. Sekali terbangun lewat. Mujurlah sempat sampai ofis tepat pada masanya... huhuhu... Cubalah tengok betapa cerianya geng2 en Yem sambut potluck ini..hiks!


Pix ini kredit dari fb Cik Na a.k.a Kak Zana.

en Yem yang pakai baju biru betul2 dekat pintu bulldozer itu. Pandai en Yem cari pot ya!

Suasana dalam ofis - jabatan grafik yang meriah & kreatif itu!

Dengan team grafik - ala2 zon 'jantan macho', ahaks!

Berlatar belakangkan tapak parking Karangkraf yang dah diratakan oleh jentera besi itew!

Friday, October 8, 2010

Ingatan dari Penasihat Agama Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut

Pix ini dikirim oleh seorang teman melalui emel. Katanya dia ambil dari laman sosial cari.com yang kebetulannya pengirim itu 'friend' kepada jurugambar. Mood pix ini kelihatan cantik sekalikan? Sesuai untuk angkasawan seperti Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina yang cun itu. Semoga jurugambarnya, kukubesi manipulasi terus sukses dalam karier seni fotografinya.

-->
Tatkala menghubungi Penasihat Agama Negeri Johor ini untuk meminta pandangan nasihatnya tentang sebuah keluarga yang ditimpa musibah ketika bulan Ramadan lalu, beliau dengan berbesar hati telah menyampaikan beberapa pesanan dan kiriman doa yang boleh diamalkan. Boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja yang berada dalam kesusahan atau kesukaran.

Surah al-Baqarah ayat 155 dan 156 yang membawa maksud:

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
“Sabar itu boleh dikategorikan kepada tiga iaitu sabar dalam menunaikan kewajipan yang difadhilatkan oleh Allah. Yang mana ia akan memberi pahala sebanyak 300 darjah. Sabar yang kedua adalah menjauhi apa yang dimurkai oleh Allah yang mana ia memberi 600 darjah pahala. Manakala sabar yang paling tinggi nilainya adalah menerima ujian dan musibah dan tingkatan pahala yang paling tinggi sehingga 900 darjah.

Panduan berhadapan musibah
1. Hendaklah seseorang itu perlu menyedari bahawa dunia ini adalah tempat ujian dari kesusahan bukan tempat untuk bersenang-senang.

2. Hendaklah seseorang itu meyakini bahawa setiap musibah dan ujian yang datang itu adalah ketentuan dari Allah s.w.t.

3. Hendaklah orang yang baru terkena musibah /ujian melihat kepada musibah dan ujian yang lebih besar dan lebih dahsyat yang pernah menimpa orang lain daripada dirinya.

4. Hendaklah dia membandingkan antara musibah/ujian yang menimpa dirinya dengan musibah dan ujian yang dialami orang lain. Dan dengan demikian, hati mereka akan terhibur.

5. Hendaklah mereka mengharapkan gantian dari Allah. Gantian yang berbagai-bagai misalnya kesihatan, perniagaan yang melonjak dan kehidupan yang tenang.

6. Hendaklah orang terkena musibah dan ujian itu mengharapkan pahala dengan sentiasa bersikap sabar kerana yang demikian itulah yang terbaik dalam dirinya.

7. Hendaklah orang yang terkena musibah itu memahami akan kehendak Allah. Barangkali yang demikian itu adalah yang paling baik untuk diri mereka.

8. Hendaklah orang yang terkena musibah itu mengetahui bahawa beratnya musibah yang menimpa diri seseorang itu kerana orang tersebut adalah hamba pilihan istimewa dari Allah.

9. Hendaklah orang yang terkena musibah itu menyedari bahawa dirinya adalah seorang hamba yang tiada daya dan upaya ketika berhadapan dengan kekuasaan Allah.

10. Hendaklah orang yang ditimpa musibah itu menyedari bahawa musibah yang ditimpakan kepada dirinya itu adalah atas kerelaan dan kehendak Allah. Justeru itu hendaklah redha menerimanya.

11. Hendaklah orang yang ditimpa musibah itu mencela dirinya jika perasaan menyesal dan menyalahkan Allah dihatinya. Sebab musibah itu adalah merupakan keputusan dari Allah, ketentuan qada dan qadar dari Allah. Justeru, keadaan menyesal salahkan Allah wajib dihilangkan.

12. Hendak orang yang ditimpa musibah memahami bahawa musibah yang menimpa sifatnya sementara

Doa yang boleh diamalkan

Doa ketika ditimpa musibah

“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan dan milik Allah dan kepadaNya kami kembali. Ya Allah kepadaMulah aku mengharapkan pahala dari musibah ini. Maka berilah aku balasan pahala darinya dan berilah aku pengganti yang terbaik darinya.”

Doa ketika berlaku kematian seseorang

“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan dan milik Allah. Sesungguhnya kami akan kembali kepadaNya. Ya Allah tetapkanlah ia (si mati sebut namanya) di sisiMu dari golongan orang-orang yang baik. Berikanlah kitab/suratan amalnya pada tempat yang tinggi. Berilah pengganti kepada keluarga yang ditinggalkannya. Janganlah Engkau menolak pahalanya dan janganlah Engkau memfitnah kami sepeninggalannya.”

Doa ketika ditimpa kebingungan dan kemurungan

“Ya Allah, aku adalah hambaMu yang berada dalam genggamanMu, ubun-ubunku berada dalam tanganMu (kekuasaanMu), berlaku dalam hukumMu dan keadilanMu berada di dalam ketetapanMu. Aku bermohon kepadaMu melalui seluruh nama yang baik untukMu, nama yang Engkau gunakan untuk menamai diriMu, nama yang Engkau turunkan dalam kitabMu, nama yang Engkau ajarkan kepada seseorang di antara makhlukMu, nama yang Engkau pilih untuk disimpan disisiMu pada alam ghaib. Kiranya Engkau menjadi al-Quran yang mulia sebagai cahaya kalbuku menyegarkan hatiku, mengikis kesedihanku dan melenyapkan kebingunganku dan kemurunganku serta keresahanku.

Aku berlindung kepada kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kemurkaanNya, seksaanNya, kejahatan hamba-hambaNya dan dari bermacam ragam gangguan syaitan serta kedatangannya.”

Tuesday, October 5, 2010

Pix raya yang tertunda IV

Ini kerusi baru. Isk! Cam riak je. Tak2... tak de maksudpun, cuma nak share sebab harganya agak berbaloi RM99 dan boleh didapati di kedai perabot Bahagia, dekat Global Furniture.
(Woopss...free advertisement nampak. Aku nih mesti dah kena mandrem ngan toke kedai).

Peace no war! Seluar mana Zariffff... Gi pakai seluar cepat!!!!!

Isk... isk... hip hop sangat anak aku nih!

en Yem membesar di Felda Mayam, Pahang. Dan dia sentiasa merindui tempat jatuh lagi dikenang ini. Setiap tahun dia mesti datang semata2 nak tengok rumah, tempat dia membesar. Kebiasaannya en Yem akan ronda keliling Felda Mayam ini sebelum pulang ke destinasi. Meninggalkan memori zaman kanak2 riang bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Lebih2 lagi, waktu itulah kita baru hendak kenal erti sebuah kasih sayang. Baik dari kalangan kawan2, jiran2 mahupun awek2 yang telah menawan hati seorang remaja. Sedih pulak waktu aku menaip kata2 ni... sob...sob...

Pix raya yang tertunda III

Sabarlah semua ya... malam ini mood nak upload gambar dalam entri ini membuak2 sekali. Layan sajalah tengok gambar2 ini. Kesemua gambar yang diupload dalam entri Pix raya yang tertunda...tidak menggunakan teknik photoshop. Gambarnya di enhance menggunakan software iphoto.

Mirza dan Zarif di rumah ayah dibesarkan. Rindu benar en Yem dengan rumah pusaka ini. Sayangnya sejak penanaman semula pokok kelapa sawit, mak dan ayah Perak terpaksa balik kampung dan terus menetap di situ. Tinggallah rumah di Felda Mayam. Sekarang ada sekelamin (ayat dema nih) yang tolong tengok2kan rumah itu. Semoga mak dan ayah Perak terus dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam segala urusan.

Rumah ini dekat dengan Kg Sumpitan. Berkenan sangat dengan rumah versi Perak lama ini. Kalau aku kaya berwang, rumah inilah idaman aku dan en Yem. Tapi kasi upgrade moden skitlah. Bukan ubah design rumah tau tapi kasi gadget2 moden dalam dia... nyeh3.

Tasya dah 6 bulan preggy dengan suaminya, Mokhtar yang cukup pakar dan sedap terangkat air tangan menggoreng kue teaw. Gerai dia dekat2 dengan PPR Lembah Subang. Memang sedap gilos hasil gorengannya itew.

Nampak lain sikitkan gambar black n white ini?

Cantik pulak kasut2 raya bebudak nih!

Pix raya yang tertunda II

Ambil kesempatan mandi di desa Ibol. Dekat dengan rumah mak Perak. Syok mandi kat sini.

Mirza cukup suka buat aksi macam ini kalau diambil gambarnya. Ala2 ultraman kot!

en Yem berlenggeng saja di rumah mak sendiri. Apa adahal...ya tak bang? (ayat2 manja kitaorang, terutama apabila en Yem membicarakan soal lelaki berkahwin lebih dari satu...) hmmm...

Sukanya dengan gambar ini. Nampak candid camera sangat!

Pix raya yang tertunda

Mirza dan abang Shazwannya. Shazwan ni agak pendiam budaknya.

Di rumah Opah Perak. Mirza dengan gaya peace tak jadi. Ini semua sepupu2 Mirza dan Zarif dari tiga orang ibu.

Aksi 2
Oh, senyuman Zarif cukup menawan waktu ini. Tapi kenapa kakak Akma (baju pink) macam takut2 je.


Gambar ini diambil di rumah Cik Otol. Tudung biru itu, Fatihah namanya. Lepas umur 2 bulan dia diserang demam panas dan disahkan down sindrom. Umurnya sekarang dah lebih 20 tahun tapi dia masih keanak2an lagi. Cukup salute dengan ibunya (kakak sepupu aku, Kak Wok) yang menjaga Uteh (nama timangan Fatihah) dengan penuh tanggungjawab. Sejak kecil di hantar ke sekolah khas dan sekarang dia dah pandai berdikari.

Syukurlah dapat sampai rumah dengan selamat

Tensi dengan citer aku ni? Apa kata kasi rehat minda dengan senyuman Zariffff... Ada yang tak kena dengan setting gambar blog aku nih. Bila dibesarkan gambar ini crack. Kenapa ya! Sudahnya kualiti gambar tak cantik skit.


Hari ini tugasan aku serba mencabar. Terutama apabila terpaksa menungga lama untuk naik train komuter. Fuh! kalah negara Bangladesh aku rasa. Padat sepadat2nya. Lautan (maknanya memang ramailah kan...) manusia yang menanti untuk pulang ke rumah masing2. Di campur dengan train komuter yang terhad jumlahnya. Laluan aku dari KL Sentral ke Shah Alam. Aku sampai stesen KL Sentral jam 5.45 dan aku berjaya naik train itu jam 7.50 malam. Haaaaaa.... bayangkanlah berapa lama aku berkampung kat situ.

Train pertama terpaksa dilepaskan sebab tak dapat langsung nak masuk dalam train itu. Sesak betul. Train kedua dilepaskan sekali lagi atas alasan yang sama. Sempatlah pula mengkaji kenapa orang ramai tak dapat nak lepas ke dalam train. Keadaan komuter yang terhad pintunya menyukarkan orang untuk masuk sampai ke bahagian tengah. Takut2 bila dah sampai ke bahagian tengah, susah pula nak keluar dari train sardin itu.


Train ketiga sekali lagi dilepaskan atas alasan yang masih sama. Aku rasa selain upgrade koc wanita KTM patut upgrade servis sistem komuter ini. Mungkinlah mereka ada alasan tersendiri kenapa sampai hari ini sistem kerja itu masih sama seperti sebelum2nya.
Akhirnya tak dapat tunggu lama aku perlu bertindak. Takkan nak tunggu sampai jam 10 baru boleh sampai rumah. (bagi orang yang dah lama tak naik train...inilah nasibnya). So aku ada petua yang canggih kalau jadi macam situasi aku nih. Tapi kenalah pastikan tak bawa anak kecil atau orang lain..praktikal bila bawa diri sendiri saja.

Petuanya

1. Berdoa kepada Allah semoga dipermudahkan setiap perjalanan/urusan yang akan dilalui sebentar lagi. Doanya: Rabbi Yassir Wala Tu'assir Ya Karim.

2. Berdiri di garisan yang telah diarahkan oleh jurucakap dari speaker stesen KTM tu. Walaupun ramai orang berdirilah saja di situ. Jangan jauh2 sangat..Pastikan orang depan dalam 2 orang je, maknanya kita di line ketiga.
3. Diam2 saja dan perlahan2 rapatkan diri anda ke arah pintu. Dalam keadaan berebut2 itu, pasti ada orang belakang yang akan berasak2 dan menolak/menekan anda ke dalam koc keretapi.
4. Jangan tahan diri, sebaliknya ikut saja tekanan yang diberikan oleh orang belakang.
5. Alhamdulillah, petua itu berjaya dan memasukkan aku ke dalam gerabak keretapi yang penuh sesak itu.

Amaran keras! Hanya praktikkan kaedah ini di koc wanita sahaja. Takut kalau bercampur2 boleh mendatangkan isu raba meraba... :)

Pakcik teksi yang bawa aku ke Karangkraf beritahu rupanya kesesakan itu akan bermula seawal jam 4 lagi. Fuh! tabik springlah bagi pengguna2 komuter nih (terutama waktu puncak itu). Semoga kalian diberikan kesabaran yang tinggi dari Yang Esa. Dan yang paling bestnya, aku naik teksi bertaraf Naza Citra dengan harga RM5 untuk 2 orang penumpang. Maknanya tambang aku dari komuter stesen Shah Alam ke Karangkraf malam itu cuma RM2.50. Alhamdulillah, semoga pakcik teksi Naza Citra itu dimurahkan rezeki oleh Allah.

Monday, October 4, 2010

Cerita hari minggu

Inilah hasilnya yang tak seberapa itew.

Malas betul hendak memasak. en Yem pula tak sihat. Teringat dalam peti peti beku ada ikan siakap. Lamanya tak masak ikan stim. Terkenang2 keenakannya. Hari minggu itu, aku pun ambil kesempatan memasak siakap stim versi resipi internet yang pernah aku buat... boleh tahan gak rasanya. Kalau ada sesapa nak mencuba aku sertakan sekali resipinya... pastu ejas2lah sendiri bagi sedap.

Ikan siakap stim

Bahan2
1 ekor ikan siakap
2 inci halia - hiris
1 labu bawang besar - hiris
1 batang serai - tumbuk
9 biji cili padi - hiris
1 biji limau nipis- ambil jusnya
Garam dan perasa secukup rasa

Cara membuat
1. Lumurkan garam sikit pada ikan dan stimkan dalam beberapa saat dalam mikrovave
2. Tumiskan halia, bawang besar, cili padi dan serai sampai bahan2 tadi naik bau. Masukkanlah garam dan perasa secukupnya.
3. Tuangkan bahan tumis ke atas ikan siakap yang telah distimkan tadi. Boleh tambahkan sikit air atau tidak (ikut citarasa). Perahkan pula jus limau itu. Pastikan rasanya sekata ya.
4. Stimkan semula sehingga ikan empuk.

Selamat mencuba!

Saturday, October 2, 2010

Sambungan cerpen II

Gambar ini untuk hiasan ya. Tiada kena mengena dengan ini cerita...

-->
“Mak Senah, dulang ini nak letak dekat mana?” Lamunan emak terhenti. Hati emak tambah kuat. Hari itu bukan masanya untuk emak menyalahkan diri. Syafikah akan melangsungkan perkahwinan dengan Jamal hari ini. Perasaan malunya pada orang kampung telah lama di buang jauh-jauh. Emak tak mahu peristiwa hitam Syafikah menyerabutkan fikirannya. Sememangnya emak seorang yang ringkas dan memandang ke hadapan.

“Kalau dulang kosong, letak sahaja bawah dapur. Kalau berisi susun dekat tepi almari. Nanti mudahlah orang kenduri hendak mengambilnya…”

Prang!

Belumpun habis emak memberi arahan terdengar bunyi pinggan pecah berderai dari arah halaman dapur. Mak Senah benar-benar susah hati kali ini. Mengapa sukar benar menyempurnakan majlis perkahwinan Adik dengan bakal pengisi hatinya itu.

* * *
“Abang sayang Ika tak?” tanya Adik sambil memaut erat lengan suaminya. Tangan kanannya meraba kulit pipi suaminya yang dipenuhi dengan jambang dan sedikit kesan jerawat.

Suaranya semakin manja dan sengaja di tekan-tekan bagi menampakkan kesan godaan yang nyata. Sebolehnya dia mahu Jamal mengetahui isi hatinya sekarang ini. Jamal tiada reaksi. Tidak pula dia menjawap pertanyaan isterinya itu dengan segera. Lama dia termenung sebelum isterinya itu mengejutkan lamunannya.

“Abang! Kenapa ini? Tak sayangkah abang pada Ika?” tanya Adik sedikit merajuk.

“Hmmm… sayang,” balasnya ringkas tanpa emosi. Adik benar-benar terasa dengan sikap suaminya itu.

“Dulu waktu hendakkan kita bukan main lagi madahnya. Sekarang bila dah sah jadi isteri buat tak tahu pula. Malas layan awak.” Adik menyentak lengan suaminya keras. Marah benar dia dengan tindakan tanpa emosi dari suaminya itu.

Malam itu, Adik terasa dirinya begitu sunyi dan sepi. Walaupun sekujur tubuh Jamal berbaring di sebelahnya, tapi Adik merasakan kasih Jamal begitu jauh sekali. Adik semakin sepi, tangisan tanpa suara terus membasahi bantal pengantin barunya itu. Malam itu Adik langsung terlena dalam tangisan yang dia sendiri tidak sedari bilakah waktunya matanya benar-benar terkatup.

Kokokan ayam jantan di halaman rumah mengejutkan Adik dari tidur. Pagi itu, Adik mahu menyediakan sarapan pagi yang enak untuk suami tercinta. Selalunya dalam pagi hari begini, Adik kerap terserempak Jamal menghabiskan waktu yang ada di warung Mak Lijah. Biarlah nanti bila dah berumahtangga ini Jamal minum hasil air tangannya pula. Nanti kalau kerap sangat minum di warung Mak Lijah, habislah reputasi Adik sebagai isteri Jamal.

Waktu Adik bangun ke dapur Jamal masih lena diulit mimpi. Beberapa kali Adik mengejutkan suaminya untuk bangun solat Subuh, tapi Jamal tak juga mahunya bangun.

“Isk! Biar betul suami aku ni. Takkan tak bangun solat Subuh kot? Dulu bukan main lagi dakwahnya kat aku?” Adik bersoal jawab dalam hati sendirian.

Malas Adik hendak terus bermain perasaan. Cukuplah malam tadi dia berendam air mata dengan kerenah Jamal yang tidak menghiraukannya. Biarlah apa pun perbuatan Jamal terhadapnya, Adik mahu menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan sebaik-baiknya.

* * *
“Abang hendak ke mana tu? Tak sarapan dulu? Saya dah siapkan nasi lemak dengan air kopi.” Sopan Adik bertanya.

“Tak apalah Ika, abang minum di warung Mak Lijah hari ini.” Jawab Jamal tanpa menghiraukan perasaan isterinya.

“Ke mana suami kamu hendak pergi pagi-pagi buta tu Adik?” sapa Mak Senah kehairanan.

“Tak tahulah mak…” jawab Adik menyimpan perasaan kecewanya.

“Abang jangan lama-lama keluar ya. Kita perlu bertandang ke rumah mak long dengan mak usu hari ini.” Jerit Adik sebelum kelibat suaminya hilang dari pandangan.

Adik tidak pasti sama ada Jamal mendengar atau tidak jeritannya tadi. Adik semakin pelik dengan perubahan sikap suaminya itu. Mengapa Jamal dingin sekali dengannya? Bukankah Jamal juga yang berjanji akan sehidup semati bersamanya? Jika tidak masakan dia membenarkan tangan Jamal singgah sehingga ke pipi gebunya itu. Jika tidak masakan dia membenarkan Jamal menyentuhnya sebelum tiba hari pernikahannya itu.

Malangnya Jamal tidak menghargai pengorbanannya. Jamal terlalu dangkal untuk mengerti perasaan seorang isteri ketika ini. Jamal membuatkan fikirannya tidak keruan sejak malam pertama bergelar isteri.

Hari itu hampir seharian Adik menanti Jamal pulang ke rumah. Malangnya kelibat Jamal langsung tidak kelihatan. Puas sudah Adik mendail telefon bimbit suaminya. Sayangnya semua panggilan itu masuk ke dalam peti simpanan suara. Jiwa adik semakin membara. Tidak sanggup rasanya dia menanti sebegini lama. Benarlah penantian itu satu penyeksaan dan Adik sedang terkena panahan derita itu.

Menjelang malam barulah, deruan motosikal Jamal kembali kedengaran. Adik menahan perasaan amarahnya. Dia tidak mahu emosinya yang tidak stabil itu semakin mengeruhkan keadaan.

“Abang dah makan?” Sapa Adik ringkas.

“Dah. Tak payahlah kamu susah-susah tunggu abang Ika. Pandailah abang jaga diri.” Balas Jamal terus terang.

‘Orang tanya baik-baik. Dia jawap macam itu pula. Ingat aku ini tak ada hati dan perasaankah?’ Adik bermonolog sendiri.

Adik mengalah lagi. Perasaan yang berkecamuk sejak dari pagi tadi tidak dapat dibendung lagi. Benteng kesabarannya semakin menipis. Malam itu Adik nekad mahukan jawapan segera. Adik mahu tahu punca apakah yang telah mengubah sikap suaminya itu.

* * *
“Abang, ke mana abang pergi hari ini? Abang tahukan yang kita kena ke rumah Mak Long dan Mak Usu. Ika perlu kenalkan abang dengan mereka. Mesti Mak Long dan Mak Usu tertanya-tanya kenapa Ika dan abang tak datang hari ini. Entah-entah dituduhnya kita sombong,” terang Adik panjang lebar.

“Itulah keluarga awak ini. Benda-benda kecil macam ini pun hendak dijadikan isu. Aku kahwin dengan engkau ini pun dah cukup baik.” Sergahan Jamal sungguh di luar jangkaan Adik.

“Abang! Kenapa cakap macam itu? Kenapa abang marah-marah ini? Apa salah Ika? Ika cuma beritahu apa yang patut dan tak patut kita buat saja. Kenapa mesti diungkit tentang keturunan Ika?” Adik mempertahankan maruah keluarganya.

“Kalau tak kerana Mak Esah paksa emak aku meminang engkau, tidaklah sampai aku terhegeh-hegeh berkahwin dengan engkau.” Kata Jamal berterus-terang.

“Sampai hati abang cakap macam itu. Ika tak pernah pun paksa abang menikah dengan Ika. Cinta Ika ikhlas untuk abang.” Rayu Ika dalam tangisan yang tersekat-sekat. Terkejut benar dia mendengar pengakuan Jamal.

“Aku dah tak boleh hendak berlakon lagilah Ika. Dulu pun aku rapat dengan engkau sebab Sudin cabar aku. Katanya kalau aku dapat tawan hati engkau yang keras macam batu itu, maknanya aku lelaki sejati. Dan dia sanggup beri aku RM1000 kalau kau jadi milik aku. Hari ini seharian aku cari jantan sial itu, mahu tagih janji. Sampai ke petang tak juga dia muncul-muncul.”

Setiap kata-kata Jamal itu bagaikan menyiat-nyiat tubuh mugilnya itu. Benarkah tiada perasaan cinta di hati Jamal terhadapnya. Waktu mereka keluar berdua dahulu, tiadakah sekelumit rasa kasih terdetik di hatinya. Adakah semuanya kerana wang RM1000 ringgit itu. Semurah itukah nilai dirinya.

Ika tidak dapat berfikir lagi. Berkecamuk mindanya, segalanya bagaikan berputar pantas membuatkan dia tidak dapat bernafas dengan jelas. Ruang udara terasa semakin menyempit. Perlahan-lahan Ika meninggalkan ruang kamar yang semakin lama semakin kecil di pandangannya. Jamal memerhatikan langkah Ika dengan penuh keegoan yang menebal.

* * *
“Ya Allah, dugaan apakah ini? Sungguh aku cintakan suamiku dengan sepenuh hati. Walaupun kata-katanya malam tadi cukup menyakitkan namun aku tidak dapat menidakkan perasaan kasihku terhadapnya. Aku tahu suamiku itu baik orangnya. Bantulah aku meruntuhkan ego yang bersarang dihatinya.” Adik meraup wajahnya berkali-kali.

Bersambung…

Lama tak menitip khabar...sekali blogku dilanda virus

Percubaan mengenakan style tudung syria. Gamaknya muka aku nih tak berapa sesuailah...huhuhu.

Aduhai...sibuknya aku sepanjang akhir Ramadan dan Syawal ini. Macam2 benda yang perlu disiapkan. Dengan deadline yang mencanak2, prepare nak raya lagi dan macam2 hal berbangkit yang berlaku kebelakangan ini. Sampai mood nak menulis pun hilang sama. Tapi sempat jugalah menyambung cerpen yang pertama dulu...ekekeke....entah apa kesudahannya kan... Jap ambil nafas untuk postingkan cerpen yang tak berkesudahan lagi tuh...

Okay, selamat membaca ya!

Opss..sebenarnya bukanlah nak promote cerpen tapi nak melahirkan rasa tak puas hati sebab entah kenapa banyak sangat komen2 tak penting yang 'menyerang' cbox aka jendela bebel aku nih. Kalaulah aku tahu macam mana nak blog benda2 nih kan senang. Sayangnya aku belum sampai tahap itu lagi. Uwaaaaa...

Kalaulah ada sesiapa yang terbaca luahan hati aku nih, mintalah tolong ajarkan aku ya... jutaan terima kasih pada yang sudi membantu kelak.

Related Posts with Thumbnails