Follow Saya Di Google Plus

Wednesday, January 12, 2011

Bengkel masakan MW di PTPL

Dari kiri: Kak Maswa, Eton yang vogue, Kak Nuri (editor aku), aku ler dan Hafiz (promo MW)

Banyak perkara menarik berlaku kebelakangan ini. Sayangnya kesibukan dan ketiadaan mood mengganggu kerja2 menaikturun cerita2 yang menarik itu. Tidak lama dulu MW menganjurkan bengkel masakan bersama pembaca MW di PTPL. Ramai jugalah yang datang hari itu dekat 50 orang. Insyallah, tahun depan MW akan anjurkan lagi bengkel menarik seumpama ini... tak gitu Kak Nuri...

Thursday, January 6, 2011

Hari pertama persekolahan

Lately ni Mirza kalau suh senyum, musti gini jadinya :)

Pose lepas habis kelas. Masam je abang Long?

Adik bergaya dengan beg barunya... macam dia yang nak sekolah!

Nampaknya Zarif yang berkobar2 nak ke sekolahkan?

Pagi2 sebelum Mirza sampai ke sekolah...berdebar tak terkata termasuklah ibunya.

Akhirnya aku menulis gak untuk entri tahun baru ini...

3 Januari 2011 - Mirza masuk ke sekolah Tadika Al Fudhail di Meru, Klang. Kiranya dekat dengan rumah. Mirza belum pernah di dedahkan langsung dengan mana2 sistem persekolahan formal mahupun tak formal. Sebelum ini dia duduk dengan nenek dan bebas melakukan apa-apa sahaja di rumah nenek (tengok tv seharian pun nenek tak marah...hehehe). Jadi bila umur Mirza masuk 5 tahun, tergeraklah hati aku nak menyekolahkan dia (sedangkan dulu aku janji dengan mak minta tolong jaga setakat umur 3 tahun je..sekali terlajak daaa..maklumlah rasa cam best je mak jaga anak aku tuh..ekekeke).

Beberapa hari sebelum Mirza melangkah ke sekolah, aku dah ingatkan, beri gambaran serba sedikit perkara yang dia akan alami masa di sekolah nanti. Antaranya, tak boleh menangis, akan kena tinggal dan duduk situ sampai setengah hari serta ada cikgu yang akan menjaganya. Alhamdulillah, hari pertama persekolahan Mirza tak menangis dan boleh terus naik ke kelas tanpa banyak soal. Aku pula yang sepanjang hari terlalu risaukan dia. Sebabnya;

1. Mirza budak yang pemalu sangat2. Dia sanggup berlapar dari beritahu lapar dekat cikgunya (tapi kalau dengan kitaorang dialah hero).
2. Mirza pada kacamata aku masih tak pandai lagi hendak berdikari dan bersosial.
3. Aku risau Mirza kena buli dengan kawan2 dia...sebab aku nampak ada sorang budak tuh besar betul badannya...uwaaa...maknya pula yang berlebih2an.
4. Dalam ramai2 itu, cikgu nampak tak Mirza nanti. Terbiarkah anak aku nanti..

Macam2 perasaan bersarang dalam kepala otak aku nih..jumpa gak dengan kawan sekolah Menengah yang sekarang dah jadi cikgu. Dia kata sekolah anak aku nih bagus dan budak cepat membaca. Ok...mungkin untuk budak yang sebelum ini dah kenal huruf ya kot...tapi Mirza masuk dengan zero. Salah aku gak yang ajar dia ala2 kadar je sebelum ni..alasan aku tak nak bagi dia stress sangat..biar dia main puas2 dulu.

Hari ini hari pertama sekolah, so transport balik tak disediakan lagi. Tepat jam satu aku kena ambil dia. Aku keluar rumah dalam 12.40 tengahari, sekali jam teruk dekat depan Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai dan Sekolah Menengah Meru. Mana taknya hari itu first day sekolah...aduh..jem sana-sini. Aku sampai di tadika Mirza agak lewat dalam 1.05 gitu...dalam bilik itu tinggal 3 orang pelajar yang tengah berdiri, Mirza salah seorang darinya. Tapi dekat luar2 tu ramailah budak2 lain yang tengah rehat (untuk meneruskan sesi belah petang).

Masuk kereta Mirza tanya kenapa aku lewat sangat. Ala Mirza, 5 minit je..tapi mungkin bagi dia lewat dah kot..memandangkan pagi tadi tak sempat nak berposing2 so waktu balik itu sempat snap sekeping dua gambar dia depan school. Belah malam sebelum tidur, aku tanya dia macam mana sekolah.

Seronok bila Mirza kata yang dia seronok dan nak ke sekolah lagi...mungkin dia dapat benda baru agaknya..tapi dia belum ada kawan lagi. Paling aku suka bila dia tanya "Ibu, kenapa kepala abang berpusing2." Keh3..kelakar ayat itu..tapi aku faham, dia sebenarnya asyik mengimbas pengalaman baru persekolahannya pada satu hari itu...jawapan aku agak ganas skit..aku kata sebelum ini otak dia beku, sekarang dah cairlah tu...hm...cam tak patut je kan?

Zarif pula seronok bukan main bila abang masuk sekolah. Dia pun nak ikut sama, dia jugalah yang terlebih excited minta dibelikan beg...akhirnya Zarif yang dapat beg sekolah baru. Mirza redha je dengan beg ayah. Waktu di school aku risau Zarif buat perangai..maklumlah Zarif ini terlebih bijak dan kreatif..risau gak kalau2 dia panjat2 atau berlari2...mujurlah dia baik2 saja hari itu.

Tapi bila abang dah masuk, dia pula yang merayu2 nak masuk dalam kelas...macam mana nak pujuk Zarif ni.. sebelum dia menangis lagi dahsat, aku pun bawa dia ke kereta...terpaksalah mencipta alasan bagi Zarif setuju ke kereta...itupun sepanjang perjalanan balik dia asyik tanya bila dia boleh sekolah...huhuhu..

Aku kata Zarif masih pakai pampers so tak leh sekolah...bila pakcik2 dia tanya..itulah jawapannya...so sweet!

Perjalanan Mirza dan Zarif masih panjang, tapi bila anak dah masuk sekolah aku rasa kehidupan aku berubah skit..emosi aku macam tak berapa nak ok... terasa sayu semacam..kenapa agaknya ya? Sampai hari ini aku masih tercari2 lagi jawapan kepada emosi aku yang tak berapa nak betul itu...

Semoga Allah memelihara anak2ku dan en Yem. (Akan datang kita cerita macam mana en Yem bersabar dengan situasi bila anak masuk sekolah ya!)

Related Posts with Thumbnails