Follow Saya Di Google Plus

Wednesday, February 2, 2011

Jalan2 @ Temerloh : Edisi cerita bergambar II

Dengan mak berdekatan timbunan buah nangka. Gambar ni low angle sebab tukang gambarnya si budak kecil bernama Mirza.

Wohooo...bulat2 si budak Mirza, bulat lagi itew replika kuning...tapi sejak bersekolah, berat badan Mirza dah semakin menyusut. Penat barangkali...

Suka gambar ni, sebabnya masih lagi menggunakan khidmat 'tangan ajaib' Mirza.

Berlatar belakangkan Hotel Seri Malaysia, Temerloh...hotel ni kena bagi aku dok free kat situ nih...apa taknya aku dah promote tempat ni secara tak langsung dalam blog aku...untung demakan???

Asalnya nak ambil 'budak' baju biru nilah..tiba2 plan bertukar jadi menginap semalam dekat Temerloh. Dia ni ambil jurusan seni reka kayu kat Pusat Kraftangan Negara diulang...Kraftangan ya...bukan Karangkraf. Kalau Karangkraf tu tempat aku bekerja. Sejak dia belajar kat situ, hasil kerja seninya memang mengkagumkan. Nanti upload gambar keris buatan tangannya itu...tungguuuuu..

Jalan2 @ Temerloh : Edisi cerita bergambar

Waktu ini dah nak balik. Zarif dilarang sama sekali turun ke dalam air. Sebab itulah dia main buih sabun je kat tepi tu. Seb baik ada mak... kalau tak mahunya dia terjun kolam tu dengan machonya...huhuhu...

Sebelum balik, pagi tu singgah jap ke pasar Temerloh. Memang besar pasar ni sampai lenguh merangkap penatlah kaki dan tangan kitaorang membawa barang. Mirza sempat rembat ultraman kat pasar ini. Duit nenek juga yang terbang :) Nenek pula sempat membeli keropok lekor yang banyak kat pasar ini. Dia memang kalau ke sini 'aim' gerai keropok lekor yang satu tu je!

Inilah sebahagian kecil dari hasil tangkapan kitaorang pada hari itu. Best pasar ni sebab dia bertentang dengan sungai Pahang. Kalau nak cari sayur kampung dan barang tradisional memang mudah cari kat sini. Harganya pun tak mahal sangat dan boleh tawar-menawar lagi (tapi kena pandailah..hehehe).

Sebelum balik Mirza sempat lagi terjun dalam kolam di Hotel Seri Malaysia dekat dengan pekan Temerloh ni dan dekat sangat dengan pasar Temerloh. Tapi kalau menapak berpeluh jugalah.
Mak jom kita berangan nak! hehehe seb baik mak sporting... sorry en. kereta, kitaorang berfairy tale kejap dengan kereta mahal ni...

Aktiviti hujung minggu


Related Posts with Thumbnails