Follow Saya Di Google Plus

Wednesday, March 16, 2011

Makan2 di Glory Beach Resort

Malam itu konsep aku ngan nisa - merah... seb baik tak pakai tudung color hitam, kalau tak... dah macam kumpulan Borialah pulak. Muka Nisa yang licin itu dibersihkan dengan pencuci yang ada serbuk emas katanya. Tapi mahal sangatlah Nisa, tak mampu untuk ku memilikinya... huhuhu...


Nampak je Ijam merakam keindahan alam dengan kameranya itu. Kami pun terhegeh2 mendekati Ijam sambil mengayatnya dengan kata2 paling manis sekali. Dan... inilah hasilnya!

Jauhnya pergi makan...sebenarnya bukanlah acara makan2 pun. Aku cover event yang ditaja oleh sebuah syarikat pinggan mangkuk. Malam itu ramai stokis dan pengedar berjaya telah diraikan. Ada yang dapat kereta, motosikal, peti sejuk, televisyen malah loket emas. Salah seorang pengedarnya telah tersenarai yang terbaik. Rupanya kakak ini dah menang selama 3 tahun berturut2 hebatkan?

Stokis terbaiknya pula sempat aku temui selepas majlis. Dia bergandingan dengan suami. Bak kata pasangan suami isteri ini mereka bergerak seiringan. Malam itu pak cik dan mak cik ini menang dua buah kereta dan telah membuat jualan lebih RM300 ribu. Katanya dalam bulan April nanti dia akan menang hadiah lagi, tapi untuk jualan produk lain pula. Pak cik dan Mak cik ini berniaga di Temerloh. Seronok gak dapat bertemu dengan orang2 berjaya ini. Boleh korek rahsia kejayaan mereka dan jadikan inspirasi yang baik untuk dikongsi bersama ramai orang. Mak cik dan pak cik ini juga menjalankan perniagaan travel & tour yang membawa bakal jemaah haji dan umrah.

Walaupun, malam itu mata dah tak larat nak angkat, tapi masing2 masih terus memberi komitmen kerja yang baik. Event tu habis ngam2 jam 11.30 malam. Campur tolak temuramah dan merakam gambar pemenang untuk dimuatkan dalam majalah, lebih kurang 12 lebih jugalah kami balik ke apartment.

Di Glory Beach Resort, tempat menginapnya dalam bentuk apartment. Ada yang dua bilik dan ada juga yang tiga bilik. Harganya pun berpatutan. Kami dapat tiga bilik, memang luaslah boleh guling2 lagi. Tapi disebabkan bekerja tak adalah nak berguling2 sangat dalam apartment itu...hehehe. Sebaik saja sampai sana, kami sempat makan bekalan perkelahan yang sepatutnya dimakan lebih awal.

Sorrylah Eton, hari itu kak Net memandu dari rumah ke ofis. Dengan tahap pemanduan yang ala2 P eton terpaksa menunggu lama. Dekat sejam jugalah. Kasihan sungguh dengan Eton hari itu... ampun... ampun. Nanti bila debaran memandu dah hilang pasti kak Net boleh memecut dengan lebih laju ya...


PS: Akan datang, cerita pula trip percutian di Kuantan ya...Kan dah kata tahun ini merupakan tahun melawat Malaysia untuk diriku sendiri :)


Monday, March 14, 2011

Singgah bertamu di Pekan Kuah, Langkawi

Merakam kenangan di ruangan kokpit feri yang aku naiki tengahari itu. Lelaki di sebelah itu bukan kapten feri tapi pembantu jurumudi feri ini.

Melepaskan lelah selepas seharian berkejaran dalam taman. Sementara menunggu untuk dibawa menaiki bot penumpang tidak jauh dari jeti Langkawi, aku ambil kesempatan melepakkan diri di lobi My Hotel.

Jurugambar aku hari itu, Asmawal Arshad. Namanya hampir sama dengan salah seorang penulis MW, Almaswa Haji Che Ros

Waktu ini aku dah ambil seat di dalam bot..chewah! Macamlah ramai sangat...cuma tujuh orang pun..

Bukan senang nak ambil gambar ini..sebabnya waktu gambar ini dirakam, bot sedang bergerak menjauhi jeti Langkawi.

Gambar ini dirakam di ruang paling atas dan luar dari tempat duduk penumpang di dalam feri. Suka sangat tengok gambar ini...cantik pemandangan latarnya. Tuan punya badanpun comel juga, jangan berani2 ya, ini abang bomba yang punya...hehehe...

Pertengahan Februari lalu, aku ditemani Zaiton (yang wajahnya ada iras2 Linda Jasmin itu) dan jurugambar, Asmawal berkesempatan menjengah Pekan Kuah, Langkawi. Sayangnya masa cukup cemburukan kami, waktu yang ada amat terhad untuk memungkinkan kami mengenali lebih 'mesra' Pulau Langkawi yang cukup terkenal di serata dunia dengan kisah lagenda sumpahan Mahsuri itu.

Segalanya tersedia atas tiket tajaan. Bermula dari pengangkutan feri ke pulau itu sampailah lokasi penginapan kami untuk malam harinya. Satu-satunya pengusaha feri bumiputera, di Pulau Langkawi, Ku Azhar Ku Abdul Razak sudi menjemput kami dan membawa kami berjalan merata2 pulau; dari Pekan Kuah sampailah ke Chenang. Sebelum ini aku pernah menemuramahnya untuk ruangan personaliti lelaki sekitar tahun 2007. Ku merupakan salah seorang penaja peraduan Kumpul dan Menang MW untuk tahun 2010. Antara hadiah istimewanya adalah tiket pengangkutan dengan My Ferry dan penginapan eksklusif di My Hotel yang diperoleh dengan hanya mengumpulkan keratan cover Mingguan Wanita dari tarikh yang ditetapkan oleh pihak editorial. Mudah bukan? Yang penting, hadiah bercuti itu percuma sahaja.

Kata isteri Ku Azhar, Tun Sarimah tak sah kalau tak bawa penulis MW untuk merasai sendiri pengalaman menginap di hotelnya dan menikmati perjalanan ke Pekan Kuah dengan perkhidmatan ferinya itu. Pelawaannya itu, kami sambut dengan lapang dada (Sebab itulah awal tadi aku katakan yang lokasi penginapan dan pengangkutan kami free..hehehe).

Waktu dalam feri kami di bawa ke bahagian kokpit. Seronok, sebab itulah pertama kali aku dapat sampai ke bahagian itu. Sempatlah merakam sekeping dua gambar di ruangan itu. (Bergambar saja kerjanya). Kemudian, kami dibawa ke My Hotel (milik Ku Azhar dan dikendalikan oleh isterinya, Tun Sarimah). Selesai kerja2 menemuramah, langsung kami di bawa menaiki bot mengelilingi sebahagian pulau. Kata Ku, harga botnya yang comel itu sahaja sudah mencecah jutaan ringgit. Wah! Aku terpana...

Kira-kira jam 6 petang, kami dibawa ke Pulau Bagan Nyior. Di situlah aku bertemu dengan Pak Jaafar atau lebih mesra dengan gelaran Pak Chu Pat. Kisah Pak Chu ini aku abadikan dalam ruangan Kisah Masyarakat majalah Mingguan Wanita cover Lisdawaty dan anak2nya. Pak Chu usahawan pulau yang gigih. Menurut Kak Tun, mereka pun dah lama tak menjenguk keluarga Pak Chu kerana kesibukan kerja. Tapi bila keluarga ini datang ke situ, masyarakat kampung di situ menyambut mereka dengan ramah. Sememangnya Ku yang aku kenali itu dia agak mesra rakyat sikit + selamba brutal (eh ini bukan bermakna ganas tau) tapi sikap prihatinnya itu membuatkan orang kampung sukakan keluarga ini. Sempatlah kami makan roti canai kuah ketam. Mana nak jumpa kat tempat lain. Sedappp sekali...mesti aku rindu dengan keenakannya kelak.

Malam harinya, kami bergegas pula menemuramah seorang Datin yang aktif dengan kerja kemasyarakatan dan usaha mengajar kraftangan di Pulau Langkawi. Baik hati dan mesra sekali orangnya. Sekali lagi kami dijamu dengan makanan. Hm, orang Langkawi ini memang suka menjamu tetamunya dengan makanan kot..hehehe. Sepanjang kami di situ kenyang memanjang..Syukur, alhamdulillah.

Sebelum balik, esoknya Ku bawa kami ke sebuah gerai menjual hasil laut. Macam2 ada, semuanya fresh dari laut. Paling aku seronok sangat, aku dapat jumpa ikan bilis hitam yang mak aku suka. Apa lagi, terus aku rembat sampai sekilo tak termasuk harta rampasan perang yang lainnya. Berbaloi betul..dahlah dapat harga diskaun harga kak Tun, pastu sampai hari ini ikan bilis hitam itu masih ada lagi..itupun dah bahagi dua dengan mak. Itu belum cerita memborong coklat-coklatan lagi. Huhuhu...

Sebenarnya, banyak lagi cerita di Pulau Langkawi yang tak sempat kami jejaki. Antaranya, kenalan Ku yang mengusahakan import dan eksport ikan, pengusaha ikan bilis dan macam2 lagi kisah masyarakat yang boleh dijadikan kisah menarik untuk menjadi tatapan dan inspirasi pembaca Mingguan Wanita. Insyaallah jika ada kesempatan Pekan Kuah itu akan aku jejaki semula. Yang pastinya tahun 2011, merupakan tahun aku jalan-jalan cari pasal opss makan :)

PS: Akan datang, aku khabarkan kisah di Glory Beach Resort, Port Dickson pula ya...

Tuesday, March 8, 2011

Berkesempatan cover event Road Tour Kecergasan bersama Sharifah Hanim

Group 2 yang sporting, kiranya group angkat aku pada hari itu. Rata2 daripada peserta dalam ni memang dah expert dalam bab2 mengaerobikkan diri. Paling kanan itu Ayu namanya, dia buat busines kek kalau tak silap aku. Yang baju biru turquoise bercardigan hitam itu tukang angkat besi.. jangan main2 dengan dia ni..sebelah ayu tu tokey spa dan butik andaman di Nilai. So, sapa2 nak kawen boleh cari dia..paling aku ingat yang baju merah tu..namanya Jenny. Dalam bengkel itu, dialah paling aktif dan lincah..best tengok setiap kali dia buat movement..chantekss!
Pix ini perlu dikredit kepada http://sharifahhanim.blogspot.com/

Sekali tukang angkat besi dah pegang tangan maklah..takutnyaa...rrrrrr...hehehe. Walaupun surirumah dan bergelar ibu, dedikasinya terhadap sukan angkat berat tak pernah terpadam. Katanya sekarang ini sedang ligat berlatih. Tapi sayang, aku terlupa namanya...nanti bila dah ada fb tolong ingatkan saya ya! :)

Sebelum memulakan kelas, badan kasi panas dulu. Kelakar... aku tak tahu nak buat apa sebenarnya. Apa yang Ayu buat aku ikut..dia gelek ke kiri aku pun gelek sama ke kiri. Cuma step aku je berterabur...hahaha...


Kongsi seketika pengalaman menarik bersama kak Sharifah Hanim yang amat manis dan ceria orangnya. 5hb Mac lalu, sempat aku ikuti program Road Tour Kecergasan bersama pakar aerobik terkenal di Malaysia Sharifah Hanim. Semangat juang kak Hanim untuk memperjuangkan senamrobik yang baik untuk kesihatan jantung, tidak pernah berkurangan. Semakin hari semakin berkobar-kobar.

Road Tour di Puchong adalah yang pertama, menurut penganjur bersamanya Kak Maizatul dari Rich Learning Sdn Bhd, siri jelajah kecergasan ini akan menjengah Terengganu dan Kelantan minggu hadapan, kemudian ke Sabah dan Sarawak dan beberapa tempat lain seperti Melaka dan Johor.

Pengalaman sehari berbengkel cukup menarik, peserta akan belajar macam mana cara2 untuk mendengar rentak lagu, menghasilkan rekatari aerobik, belajar menjadi jurulatih aerobik serta menjana pendapatan menerusinya. Wah! Menarikkan...sepanjang berbengkel tak perlu malu-malu ya...kalau rasa hendak menari, menarilah dengan sepenuh hati. Belajarlah mendengar rentak lagu dengan penuh jiwa. Pasti sepanjang hari itu, anda akan melalui satu pengalaman yang menarik sekali. Ternyata kak Hanim memang sifu yang best dan pandai mengambil hati dan buat kami semua terpukau!

Walaupun aku hanya sempat cover separuh jalan, lepas ini ada satu lagi peluang di Johor. Jika tiada aral melintang, insyaallah sampailah aku ke Johor nanti. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai siri jelajah Sharifah Hanim ini bolehlah layari blog Sharifah Hanim. Ada nama MW dicatatkan sekali...hehehe...thanks kak Hanim. Perkara baik, insyaallah akan dipermudahkan jalan olehNya.


PS: Belum sah kalau tak ada gambar aku dengan kak Hanim. hehehe...kesibukan waktu bekerja membuatkan aku tak berkesempatan nak upload dan touch up gambar yang satu itu..insyaallah, akan menjengah juga di dalam laman sesawang ini :)

Aku pening


Malam ini aku ibarat planet Saturn yang blur

Malam ini kepala aku berserabut:
  1. Mula2 pening dengan rumahku sendiri yang macam kapal pecah (salah aku juga...sapa suruh malas sangat!) Kain baju dah menggunung macam bangunan KLCC rupanya, barang2 perpindahan ari tu banyak lagi yang tak bersusun..bla3
  2. Adik aku tanya kat mana gambar dia..masalahnya aku dah terlupa letak dekat mana..
  3. Adik aku yang sorang lagi suruh tolong periksa saman kereta dia, yang sebenarnya atas nama aku..uwaaa...
  4. Mana pula PA Tiz Zakiah nih menghilang...nape tak dibalasnya sms aku tu... aku nak wat cover nih...
  5. Kenapalah malam ni juga aku gi baraikan mouse mahal en Yem itew...
  6. Malam ini jugalah favicon aku hilang dari blog ni...uwaaaa..mak dah tak tahan...sakit kepala aku. Denyutannya pun dah semakin mengganas.

Mujur jugalah:
  1. en Yem mantain cool. Dia cuma diam je. Tapi menusuk kalbu jugalah kata2nya itu...huhuhu..terasa bersalah sampai ke esok hari nih..
  2. Malam ini juga en Yem gorengkan ayam untuk aku dan anak2... dan dia buat air sendiri tanpa merungut sedikit pun..uwaaa..mak lagi rasa bersalah...
  3. Mirza pun tidur awal dan Zarif pun senang pula nak di kawal...
  4. Dapatlah aku layan buku kisah2 malaikat...terubat sikit kegusaran hati aku ini.

Tapi hati aku masih tak tenteram:
  1. Selagi aku belum kenalpasti kenapa favicon aku hilang dari blog ini... adakah kepeningan ini hanya disebabkan oleh favicon???? arrrgggghhhh...nape favicon aku hilanggggg... solution plzzzz...
Aku stresss... titik!


Monday, March 7, 2011

Mencari template baru



Antara contoh2 layout dalam leelou tu...

Konon2nya malam ini nak menukar template asal laman rasasayangskali ini. Dah lama sangat guna yang sedia ada ini, terasa bosan pula. Cari punya cari sampai tertidur2 tapi sayangnya belum juga berjumpa2. Bukan tak jumpa (sebenarnya, ada...) cuma empunya badan ni cerewet sangat...hehehe..

Ada satu laman web yang menyediakan template yang tak kurang juga cantiknya leelou blog namanya. Kalau rajin masuklah dalam laman ni memang puas hati. Sayangnya aku masih lagi belum jumpa template yang aku betul2 nak. Ke sebenarnya aku sayang dengan template sekarang ni.. :) Entahlah...

Wednesday, March 2, 2011

Ibu, hari ini abang cuti ke?

Zarif & Mirza, comel pula ibu tengok gambar ini :)

Waktu ini Mirza ke rumah Mak Lang Laila di Taman Medan, KL sempena majlis akikah cucu Mak Lang yang pertama, Mutazmil namanya.

Sejak dua menjak ini Mirza suka tanya soalan, 'Ibu, hari ini abang cuti ke? Selagi aku belum menjawab, selagi itulah dia akan tanyakan soalan yang sama. Asal je aku balik dari kerja dia akan terus bertanya, sampailah jam 630 pagi esoknya dia akan tanya lagi.

Sebelum ini aku tak kisah sangat dengan soalan2nya itu. Lama kelamaan aku terfikir, kenapalah anak aku ini asyik tanyakan soalan yang sama? Dia tak seronok ke belajar di sekolah itu? Dia tak ada kawankah? Pernah juga dia bercerita dekat aku yang dia tidak suka dengan seorang kawannya kerana kawannya itu nakal sangat. Tapi kenapa pula bila aku tanya siapa kawan2nya di sekolah, nama pelajar nakal itulah juga yang disebutnya?

Tanda tanya dan pelbagai tanda tanya terus bermain dekat minda aku yang amat terhad ini. Apa yang aku boleh buat cuma bertanyakan pada guru-gurunya. Kata gurunya anak aku ini kurang bercakap tapi tak menimbulkan masalah ketika belajar. Bab kurang bercakap itu mungkin diwarisi dari kami berdua (nak salahkan Mirza pun tak boleh sangat...hehehe). Pesan aku pada gurunya agar ditengok-tengokkan anak aku itu.

Setiap kali bangun pagi Mirza akan menangis dan terus menangis sebab tak mahu ke sekolah. Tapi bila dah sampai ke sekolah, tak pula dia menangis. Cuma aku sedih setiap kali lambai dia dekat pintu pagar itu. Agaknya dia seronok tak? Ada kawan tak? Kena bulikah dia? Disayangi gurukah dia? Hanya doa mengiringi setiap perjalanan Mirza pada hari itu. Semoga dia memperoleh segala kebaikan yang ada di sekolah itu. Amin..

Mirza juga gemar sangat tanya soalan, 'Ibu, hari ini pakai baju sukan ke?' Baju sukan cuma dipakai pada hari Jumaat sebabnya hari itu semua pelajar akan berhimpun. Pernah sekali aku terlupa, aku pakaikan dia baju sekolah biasa. Barangkali sampai hari ini dia akan tanya soalan yang sama, takut pisang berbuah dua kali...hehehe.

Semalam sengaja aku bawa Zarif ikut sekali masuk ke sekolah Mirza. Manalah tahu Zarif seronok hendak belajar. Aku tanya Zarif nak sekolah, sekali dia jawab, "Zarif nak main kuda". "Sudah!" Parah macam ini kalau suruh Zarif sekolah. Nanti dia bukannya nak masuk kelas, tapi sibuk bermain kuda dan taman yang ada di luar sekolah ini. Huhuhuhu...untuk Zarif, ibu perlu ada persiapan mental yang betul2 maksimum.

Related Posts with Thumbnails