Follow Saya Di Google Plus

Saturday, December 21, 2013

Giveaway Sejuta Viewers Blog Zaila 2013 Edisi Disember

Teks: Netty Ah Hiyer
Foto: http://zailabinimdae.blogspot.com/

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani,

http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/11/giveaway-sejuta-viewers-blog-2013.html

Disember lagi berbaki 9 hari. Pagi ini jalan-jalan ke blog guru-guru Online. Giveaway Sejuta Viewers Blog Zaila 2013 paling menangkap perhatian saya. Lalu dengan mengada-ngadanya, saya pun mahu sertai sama. Berkongsi cerita dan kegembiraan serta sama-sama sokong blog Zaila semoga mencapai matlamat sejuta pengunjung.

Anda juga boleh sertai saya dalam peraduan ini. Caranya sama seperti saya buat, buat entri khas tentang peraduan ini di laman blog sendiri. Yang saya sertai ini kategori biasa sahaja. Ada satu lagi ketegori iaitu Bisnes. Hadiah kedua ini lebih lumayan. Memandangkan saya tidak layak untuk kategori kedua itu, saya 'gatal-gatal' tangan mencuba yang pertama, yang biasa-biasa saja.

Yang paling gempak! Zaila sudi berkongsi kegembiraan kepada pengunjung yang ke sejuta. Siapa mahu dapat hadiah ini kena duduk depan komputer dan kerap-kerap masuk ke laman blog Zaila, siapa tahu anda adalah pengunjung yang dicari-cari. 

Marilah sertai saya sama, ini syarat-syarat penyertaan yang Zaila tetapkan. 

Kategori Biasa :

Hadiah yang Ditawarkan : 2 x RM50 (satu blog akan dipilih setiap bulan iaitu November & Disember)

Syarat-syarat penyertaan :

1) Buat entri khas bertajuk "Giveaway Sejuta Viewers Blog Zaila 2013"
2) Letakkan link blog ini http://zailabinimdae.blogspot.com/ di tepi side bar blog masing-masing
3) Letakkan komen di ruangan komen ini dan link kan balik ke Entri ini

Pemenang akan dipilih secara rawak jadi sesiapa sahaja boleh memasukinya. Tapi bagi pemenang bulan November, tidak boleh memenangi lagi untuk bulan Disember 2013.

Kategori Bisnes :

Hadiah yang ditawarkan : peluang memasuki kelas asas blog & fanpage secara PERCUMA (beserta 1 nota ebook asas blog & fanpage)

Syarat-syarat penyertaan :

1) Buat entri khas bertajuk "Saya Mahu Menjadi Protege Kelas Asas Blog & Fanpage Zaila Mohamad"
2) Nyatakan sebabnya (boleh buat karangan panjang mahupun pendek)
3) Letakkan link blog ini http://zailabinimdae.blogspot.com/ di sidebar blog
4) Letakkan link blog ini http://sohodirectory.blogspot.com/ di side bar blog
5) Letakkan link blog ini http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/ di side bar blog
6) Letakkan komen di ruangan ini dan link kan balik ke Entri ini

Hadiah Utama SEJUTA Viewers :

Hadiah ini adalah bagi mereka yang berkesempatan menjadi pengunjung ke SEJUTA blog ini. Sila emailkan paparan screenshot ke email aku zailamohamad@yahoo.com dan hadiah menarik iaitu wang tunai sebanyak RM50 akan dikreditkan ke akaun anda!!! Sekiranya terdapat lebih dari seorang, maka sistem siapa cepat dia yang dapat akan digunakan dalam menentukan pemenang!


Kenali Pengasas Bisnes Hujung Jari

Teks: Netty Ah Hiyer
Foto: Koleksi peribadi Rosmaliza Miswan, Diamond Executive NZ New Image Sdn Bhd

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani,



Pengasas Bisnes Hujung Jari, DeZanita Butik DeSerina Anggun, Rosmaliza Miswan merupakan Diamond Executive NZ New Image Sdn Bhd sejak November 2010 sehingga Kini, menawarkan Bisnes Hujung Jari dengan memperkenalkan Rahsia menjadi Jutawan Spa berkonsepkan pelangsingan, kecantikan dan kesihatan.
https://www.facebook.com/pages/Rahsia-Millionaire-Spa/605052932849675


Kejayaan terbesar Busines Hujung Jari apabila pengasas berjaya melahirkan ramai jutawan sukses seumpamanya. 



Produk SDII melonjakkan nama Rosmaliza dalam dunia perniagaan berasaskan pelangsingan, kecantikan dan kesihatan.


Sesi 'coaching' di rumah lebih santai dan mesra mentor-protege



Selain kelas bersama protege, Rosmaliza dan suami, Norazuan turut memantau testimoni di spa miliknya yang terletak di kediamannya sendiri di Dataran Pandan Prima, Ampang.



Bakal-bakal Mr/Miss New Image yang bakal diketahui jawapannya tahun hadapan!

Dua tahun lalu saya pernah menemuramah pengasas Bisnes Hujung Jari, Rosmaliza Miswan. Ketika itu, dirinya baru bermula dengan perniagaan Alpha Lipid iaitu makanan tambahan berasaskan susu yang berfungsi untuk pelangsingan dan kesihatan. Gigih empunya diri meyakinkan saya betapa dirinya mahu mengikut jejak langkah Tony Fernandes yang hebat dan menguasai dunia perniagaan di hujung jari sahaja.

Selepas itu, sekali dua adalah kami bertanya cerita, itupun ketika dia berhadapan kesukaran untuk mengendalikan artikel protegenya. Selepas beberapa tahun, wanita ini menghubungi saya menerusi facebook mahu berikan beberapa kenalan yang bermanfaat untuk saya kongsikan kisahnya dalam majalah Mingguan Wanita

Kesibukan tugasan, membantutkan setiap pertemuan. Sampailah bulan lalu, dirinya menghubungi saya mahu belajar tentang kelas asas blog penulisan dan bisnes. Saya terkedu sendirian. Benarkah wanita sesibuk dirinya mahu belajar secara talian? Lalu saya mengambil pendekatan mengajarnya secara offline saja. 

Memandangkan saya hanya menumpang teman, saya berjalan kaki sahaja ke rumahnya dari pasaraya besar berdekatan. Tidak jauh pun, lima minit berjalan saya pun sudah terpacak di pintu pagar kediamannya. Ternyata wanita ini sudah berjaya dalam perniagaan yang diimpikan. Rumah besar, kereta mewah adalah perlambangan yang mampu saya zahirkan kesenangannya pengasas Bisnes Hujung Jari ini.

Namun, kediaman besar itu bukan sekadar mahligai untuknya berteduh, tapi dimanfaatkan menjadi sebuah pusat pengajian Alpha Lipid kepada para protegenya. Sempat berbual dengan suaminya, Norazuan dia bercerita secara saintifik dan fakta berkaitan makanan kesihatan itu. Dalam hati saya berbicara sendiri, 'Kalau punya wang yang banyak, mahu saja menjadi pelanggan setia. Siapa yang tak mahu langsing!'

Seakan Norazuan memahami monolog saya, "Ini bukan soal wang ringgit. Tapi ilmu tentang penjagaan kesihatan diri." Ceritanya panjang lagi, tapi otak saya mampu menangkap sejauh itu saja. Selebihnya bagaikan di awang-awangan. Cuma mampu berangan menjadi langsing dan menawan.

"Kami memantau mana-mana pelanggan yang serius mahu langsing. Mereka boleh ikut pakej dan jadual pemakanan yang telah dikaji keberkesanannya. Bukan sekadar ambil susu, mereka boleh bersauna, merasai nikmat infrared secara percuma di spa sebelah ini."

Pluf! Saya kembali berpijak di bumi nyata. Tidak lagi berangan mahu menjadi puteri kayangan. Sebenarnya anda juga boleh menggapai impian menjadi cantik, asalkan tahu cara dan kaedah apakah yang tidak menyeksa badan. Jangan sampai memaksa diri mahu langsing, berjaya tapi akhirnya diet anda menjadi 'yo-yo'. Kejap kurus-kejap gempal. Langsung tidak bagus untuk kesihatan.

Sekarang ini pun sedang berlangsung pencarian Mr dan Miss New Image untuk pengguna Alpha Lipid II. Lumayan hadiahnya mencecah sehingga RM25 ribu ringgit. Sudahlah langsing, cantik, kaya raya pula tu? Siapa yang tak nak kan?

Bagi anda yang mahu tahu lebih lanjut tentang tawaran itu dan mencari peluang menjana pendapatan malah menjadi sukses seperti Rosmaliza yang memperkenalkan Bisnes Hujung Jari cari wanita hebat ini di https://www.facebook.com/dserinaanggundzanitabutik Klik juga laman web ini untuk tahu lebih lanjut tentang Bisnes Hujung Jari: http://sohodirectory.blogspot.com/2013/12/bisnes-hujung-jari.html

Thursday, December 12, 2013

Kekal Positif Pancarkan Emosi Bahagia

Teks: Netty Ah Hiyer
Foto: Selongkar Pustaka Desktop Saya

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani,


Sesi pengambaran kulit muka depan Mingguan Wanita.


Selasa lalu, ketika sedang berbual dengan Kak Maizan (Wartawan Cantik dari majalah Keluarga), tiba-tiba saya disapa oleh adik-adik comel dan manja di Island (tempat para wartawan menyiapkan artikel), Siti Ramlah (wartawan majalah Rasa), Saylo (wartawan majalah Rapi) dan Elin (wartawan majalah Pa n Ma). Ingatkan mahu bertanya tentang apa, rupa-rupanya ingin tahu kenapa saya sekarang sudah berbeza.

Pada hemat saya yang tidak seberapa ini, saya masih sama seperti dulu. Cuma mungkin sedikit berubah dari segi penampilan. Lewat bulan Ramadan yang lalu, saya pernah berbual panjang dengan Editor Pengurusan Kanan MW, Kak Nuri Supian. Antara sembang kami menyentuh tentang pentingnya keterampilan dalam membangkitkan keyakinan dalam diri. 

Waktu itu saya sudah mula bau-bau bacang untuk kembali menulis di blog. Dalam pada itu, saya sudah mula mengikuti perkembangan Masayu Ahmad. Yang kemudiannya,  sialah mentor dan sifu saya dalam dunia serba online ini. Saya ceritakan padanya apa yang saya hadapi dan hari itu dia mempelawa saya untuk mengikuti kelas yang dikendalikan.

Sebelum ini, ada juga saya hello-hello padanya. Tapi sekadar bertanya khabar dan tanya serba sedikit apa sebenarnya yang dia usahakan itu. Sungguh saya tak faham apa kerja si Ayu ini. Sekejap-sekejap update tentang mengajar orang menggunakan blog. Hish! Saya fikir ada ke orang nak belajar dalam kelas itu. Lagipun, ramai orang dah tahu membuat blog. Tapi saya diamkan saja apa yang terbuku dalam hati.

Tapi hari itu, apabila Ayu tawarkan sekali lagi untuk sertainya tanpa banyak berkira saya bayar sahaja yuran kelas online membuat blog. Hari pertama, saya blur. Bukan kecik-kecik anak blurnya. Blur yang teramat sampai asyik kena 'hentam' dengan Ayu. Niat mahu belajar, saya sabar dan kikis sedikit demi sedikit benda-benda yang selama ini telah membuatkan saya blur.

Saya kembali fokus berblogging dan faham maksud tersirat di sebalik kelas ini. Dan perubahan pemikiran mula meresap ke seluruh urat nadi. Sedikit demi sedikit juga saya belajar ilmu baru. Belajar ilmu baru juga menjadikan saya insan yang serba baru dan ia menyeronokkan.

Minat mahu update entri baru sentiasa berkobar-kobar dalam diri. Sebolehnya mahu berkongsi ilmu dengan siapa sahaja yang sudi membacanya. Yang tak sudi, dipersilakan delete awal-awal ya. Terasa semuanya serba berbeza. Kebetulan, Kak Nuri beri kepercayaan untuk saya kendalikan semula ruangan fesyen.

Di situpun ada titik perubahannya. Saya masih ingat kata-kata makcik waktu kami sembang santai. Seronok jirannya maklumkan 'Pasti pengelola ruangan fesyen ni (sayalah tu) bergaya orangnya kan?'. sambil matanya tak lepas menatap gambar model di ruangan fesyen yang saya kendalikan. Makcik saya balas, "Kau kena tengok orangnya dulu baru boleh komen," sambil tersenyum. Masa itu saya biasa-biasa saja. Malas mahu berlawa-lawa. Sebenarnya ini bukan soal lawa atau tidak, tapi bagaimana kita bijak menyuaipadan baju sedia ada di dalam almari. 

Dan selepas saya semakin serius dengan penulisan blog dan mengendalikan ruangan fesyen, pengetahuan dan keinginan untuk tampil berbeza mula terdetik di dalam hati. Apa yang dipelajari sepanjang sesi pengambaran fesyen, saya aplikasikan dalam diri. Terutama bab membelit selendang, mencari baju dan skirt yang sesuai dengan saya dan sebagainya.

Sesekali bila kebosanan, saya putar-putarkan tudung kawan-kawan sampai jadi satu fesyen tudung yang terkini. Itu keseronokan yang tidak boleh dibeli di mana-mana. Dalam pada itu, saya turut menyokong produk kawan-kawan. Beli suplemen dan makan. Kononnya biar nampak lebih segar dan sihat. Tapi saya kira, kalau mahu betul-betul sihat bersenamlah selalu. Yang ini saya masih culas!.

Saya ambil Maixara MCS sejak produk itu mula diperkenalkan. Alhamdulillah, ia serasi dengan saya. tak lama kemudian, saya berkenalan pula dengan produk Nour Ain. Itu produk penjagaan kulit muka. Sudah dekat dua set saya gunakan. Syukur, ia juga serasi dengan saya. Bila saya asyik menyebut produk ini tak bermakna saya ini obses dengan produk. Cuma itulah amalan yang saya gunakan untuk tampil berbeza. 

Apabila kita sendiri sudah berubah dan mengekalkan mood positif dalam diri, maka tanpa disedari ia juga memancarkan mood positif kepada orang di sekeliling. Saya kira individu yang sentiasa positif dalam apa jua keadaan adalah Kak Nuri Supian. Saya belum sampai tahap itu. Sikap kak Nuri itu, positif tahap 'raja'. Belum pernah satu perkataan pun yang bersifat negatif keluar dari bibirnya. Tapi bab-bab tercarut itu macam sudah sinonim. Barangkali itulah sedikit aura Pak Samad Ismail yang terlekat dalam dirinya. :) Ok berbalik pada cerita minda positif, sebab itulah, pentingnya minda positif. Tenaga baiknya mengalir sealiran dalam diri teman-teman yang dekat dengan kita.

Saya kira, pasti ada yang sedang muntah hijau sepanjang membaca entri saya ini. Entah apalah saya merepek ini kan? Cerita masalahlah, kelaslah, produk cantiklah, apa motif saya sebenarnya? Hendak jual minyakkah? Walaupun dalam hati ada sekelumit perasaan macam itu. Hakikatnya, entri kali ini saya tujukan khas buat adik-adik comel yang bertanya pada saya tempoh hari; Siti Ramlah, Saylo dan Elin. Sebabnya saya tahu Siti baca blog saya! Macam seronok saja bila tahu ada orang baca tulisan personal saya ini. Ya, entri saya malam ini memang ada elemen syok sendiri. Agak-agak terjawab tak soalan kamu hari itu?

Sebelum mengakhiri bicara, salam takziah buat Saylo yang baru berhadapan musibah kehilangan ayah tercinta. Semoga Saylo tabah hadapi ujian Ilahi dan arwah ayahnya ditempatkan di kalangan orang beriman. Al Fatihah...


Monday, December 9, 2013

Carilah Motivasi Untuk Menulis - Part 1

Teks: Netty Ah Hiyer
Foto:  Ihsan antpkr di FreeDigitalPhotos.net

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani




Awal-awal lagi, saya rancang mahu karang entri ini pendek sahaja. Biar terus tepat pada isinya dan informasi yang mahu saya kongsi. Kita cerita pula tentang 'motivasi menulis'. Inilah tajuk posting dan tajuk kategori saya juga. Bagaimana mencari motivasi untuk menulis. Bukan semua orang dianugerahkan penulisan yang berkesan dan dekat di hati pembaca.

Kadangkala berjam-jam duduk depan komputer, idea masih juga belum keluar. Lalu bagaimana mahu mencari dan membangkitkan motivasi untuk menulis. Jalan yang paling baik adalah mencari mentor atau guru atau pembimbing atau seseorang yang dekat di hati yang boleh mendorong anda untuk menulis.

Bagaimana kehadiran mentor/guru/pembimbing/orang tersayang boleh membangkitkan motivasi untuk mengarang cerita?

1. Guru akan mengingatkan kita tentang apa yang kita alpa dan kurang dalam satu-satu perkara. Baik tatabahasa, gaya bahasa, penghasilan idea mahupun info yang mahu dikongsi dengan pembaca. 
2. Kehadiran mereka merangsang emosi yang suam-suam-lemau, menggerakkan minda yang masih terlena dan mengejutkan anggota tubuh yang masih bermalas-malasan.
3. Orang tersayang juga boleh menjadi inspirasi untuk kita bergerak lebih laju dengan momentum yang sama. Biarlah tidak banyak dan laju, asalkan konsisten gerakannya. KONSISTENSI amat penting dalam dunia penulisan blog. Sama pentingnya dengan penulisan 44 entri tanpa henti.
4. Carilah mentor yang betul, yang ikhlas membimbing. Bimbang kesilapan mencari guru membuatkan anda terabai langsung hilang fokus terhadap dunia penulisan.
5. Guru biasanya sudah mempunyai panduan yang terbaik untuk anak murid ikut model busines yang telah disediakan olehnya. Penting untuk anak murid tidak langgar 'pantang' atau menderhaka dengan model busines yang guru ajarkan. Dalam menghasilkan penulisan yang serius juga sama konsepnya. Perlu tahu apakah sasaran dan kelebihan penulisan kita itu.
6. Biar sehebat manapun model busines itu, andai penulis hilang motivasi menulis ia tidak akan menjadi luar biasa. Sebab itulah, penggerak model busines iaitu diri penulis itu sendiri adalah tiang serinya. Jika dirinya tidak teguh mahupun takut melawan arus, akhirnya dia akan menjadi tiang yang hilang seri dan lapuk dimakan anai-anai.

Justeru, carilah motivasi untuk terus menulis agar terhasil sebuah karya yang padat dengan inspirasi kepada para pembacanya. Amin.  

Sunday, December 8, 2013

Ulasan Protege Kelas Online Asas Blog Dan Penulisan: Hasnita Sawal

Guru Online: Netty Ah Hiyer
Protege: Hasnita Sawal


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani,

Inilah blog protege saya, Hasnita Sawal. Sarat dengan informasi keibubapaan yang mengandungi kisah inspirasi.


Tik tok tik tok...cepatnya masa berlalu. Sedar-sedar usia kita semakin bertambah setiap hari. Pernah tak terfikir apa nilai tambah yang kita dah buat setiap hari? Yang pasti kita tak pernah lupa update status di facebook atau berkongsi gambar aksi anak-anak, makanan yang kita makan setiap hari atau lokasi percutian kita. Betul tak?

Kata ustaz saya, kalau status yang kita tulis tu memberi manfaat dan mengajak orang berbuat kebaikan, maka In shaa Allah akan tercatatlah pahala untuk kita. Tapi kalau status yang ditulis itu memaki hamun, mengutuk, mencerca orang lain, hmmmm...bayangkan apa yang akan kita dapat selagi mana status itu dibaca dan dilihat oleh orang lain. 

Menyedari hal tersebut, saya mula terfikir untuk mula berkongsi sedikit pengalaman dan ilmu yang tidak seberapa ini dengan sesiapa sahaja yang sudi membaca. Bukan niat hendak menunjuk tetapi untuk mencari redha Allah SWT selain untuk menambah saham akhirat agar semua yang membaca turut mendapat manfaatnya.

Menulis dan berkongsi apa sahaja yang kita suka tanpa perlu memikirkan formaliti atau terikat dengan gaya bahasa tertentu tentu sahaja dapat dilakukan secara percuma di sebuah blog. Tak perlu keluarkan duit, cukup sekadar mendaftar di blogspot, kita sudah boleh punya catatan online yang boleh dibaca oleh sesiapa sahaja.

Saya mula menulis blog sejak tahun 2010 (blog lama yang saya ubah namanya kini). Tetapi sekejap ada sekejap tiada. Tiada bahan atau hala tuju. Saya sekadar menulis apa yang terlintas di fikiran. Minat menulis di blog kembali bercambah tatkala rakan sepejabat yang juga guru Kelas Asas Blog & Penulisan saya, netty-ahhiyer.blogspot.com 'meracuni' fikiran saya untuk kembali menulis.

Akhirnya dengan izin Allah saya kembali merajinkan diri menulis entri. Kemudian Allah buka pula hati saya untuk mendaftar diri dalam Kelas Asas Blog & Penulisan yang diasaskan oleh sahabat lama Masayu Ahmad. Saya tidak pernah menganggap diri sudah hebat dengan mempunyai pengalaman selama 15 tahun dalam bidang penulisan.

Saya tetap menganggap saya perlu belajar setiap hari. Setiap bidang baru yang kita ceburi memerlukan seorang guru untuk membimbingnya. Tanpa guru  kita tidak tahu hala tuju kita. Ada orang kata, apa perlunya saya join grup kelas penulisan ini. Jawab saya mudah sahaja, saya memang suka belajar benda baru. Semuanya bergantung kepada kita sendiri. Apakah misi kita? Apakah fokus kita? Apakah impian kita di masa depan?

Saya idamkan kerjaya WAHM (Working At Home Mom) seperti mana yang telah dicapai oleh ramai wanita yang menyertai Akademi Bekerja Di Rumah. Oleh kerana saya sedar diri saya bukan seperti orang lain yang boleh bergerak sendiri atau mencapai impiannya secara sendirian, maka saya sertai grup ini untuk mempelajari bagaimana mencapai impian tersebut.

Awalnya saya hairan bagaimana kelas penulisan online ini berlangsung? Saya memberitahu Netty dan Ayu yang saya hanya bersedia untuk memulakan kelas selepas saya membereskan tugas-tugas rumah tangga saya. Saya tidak mahu kelas ini mengganggu tanggunjawab utama saya sebagai isteri dan ibu.

Netty tergelak dan memberitahu yang saya tak perlu risau hal tersebut. Ini kerana kelas ini berlangsung secara maya dalam masa yang fleksibel pada bila-bila masa tanpa perlu mengganggu sesiapa pun, asalkan sahaja ada kemudahan internet, murid boleh bertanya apa sahaja kepada guru bila-bila masa.

Tugasan pertama, menjawab soalan analisa nampak mudah tetapi rupanya ia asas utama paling penting dalam penyediaan diri menjayakan tugasan seterusnya. Alhamdulillah, menerusi analisa soalan tersebut, guru dapat memberi panduan di mana kekuatan diri kita. Secara tidak langsung ia memudahkan kita membuat entri seterusnya mengikut garis panduan yang disediakan. Setiap orang mempunyai keistimewaan masing-masing. Bukan semua orang sama kemampuan dan kemahirannya. Begitu juga kala menulis, biarpun saya dan rakan-rakan penulis yang lain berkerjaya penulis tetapi kekuatan gaya penulisan kami adalah berbeza. 

Mungkin sebelum ini saya menulis perkara yang merapu dan kosong sahaja di blog. Tetapi selepas berguru, saya lebih rasa bertanggungjawab untuk menjadikan cerita biasa saya adalah luar biasa. Semangat tersebut makin bercambah selepas ada rakan yang mengucapkan terima kasih di atas cerita yang saya kongsi. Katanya saya memberi inspirasi kepada dirinya. Saya rasa cerita saya biasa-biasa sahaja, tetapi rupanya  ia sesuatu yang menarik bagi orang lain. 

Saya percaya setiap daripada kita punya cerita luar biasa yang boleh memberi inspirasi kepada orang lain. Daripada kita menulis di facebook sahaja, apa kata kita kongsikan di blog kerana lagi ramai yang boleh membacanya dan In shaa Allah boleh memberi nilai tambah kepada diri kita sendiri.

Tugasan kedua adalah menulis 44 entri. Mengapa 44 entri? Saya pun pelik pada awalnya. Tetapi lama-kelamaan saya akui ia penting sebagai latihan awal supaya kita tidak culas menulis entri. Latihan sebegini amat penting untuk membolehkan kita konsisten menulis berdasarkan label dalam blog. Secara tidak langsung, bila ada entri baru pasti ada pembaca baru. Akhirnya jumlah trafik di blog kita juga bertambah dan saya alami sendiri perkara tersebut.

Alhamdulillah, dengan izinNya saya dapat juga menyiapkan 44 entri dalam masa tiga bulan setelah mengharung pelbagai cabaran dan halangan. Saya sangat mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berminat menulis secara bebas, melahirkan apa jua pendapat dan pandangan atau berkongsi kemahiran dan kebolehan yang dimiliki (bukankah ilmu yang bermanfaat itu seharusnya disebar dan dikongsikan) turut menyertai komuniti Akademi Bekerja Di Rumah ini. 

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menjana RM melalui penulisan di blog. Kata orang kalau nak belajar lebih baik melalui guru, barulah ilmu itu ada hala tujunya. Tak salah belajar walaupun anda sudah tahu kerana ilmu yang dimiliki lebih baik disebar-sebarkan dan dikongsikan. Sesiapa sahaja boleh menyertai komuniti bisnes yang menarik ini. Jangan risau, ia sesuai untuk sesiapa sahaja asalkan ada kemahuan dan keinginan. 

PS: Hasnita Sawal kini bergelar Pembantu Guru Online. Anda juga boleh berjaya seperti dirinya. Jika mahu tahu lebih lanjut berkaitan kelas yang kami tawarkan, boleh hubungi saya, Netty Ah Hiyer mahupun Hasnita Sawal.


Cerita Protege Saya


Teks: Netty Ah Hiyer


Adik Nazrul Hysam Nazri ini pelajar baru saya. Kisah perkenalan saya dengannya cukup unik sekali. Berkali kak Maswa, memujuk, mendesak, memaksa saya membuatkan blog untuk adik Nazrul. 'Amal jariah Net', kata Kak Maswa berkali-kali. Dalam kesibukan waktu yang ada saya cari masa dan siapkan juga sebuah blog untuk adik ini.

Beberapa bulan, saya membantunya dengan sedikit ilmu berblog yang saya ada. Dan dia memuatkan kisah hidupnya dalam blog pertamanya, PelangaiPilahN9. Dalam pada itu, saya terus mempromosikan kelas online asas blog dan penulisan di laman facebook saya. .

Adik Nazrul memasang impian mahu menyertai. Namun, dia tidak punya wang mahu ikut serta. Saya katakan padanya, 'Tak mengapa, tanya saja pada Kak Net kalau ada masalah berkaitan blog. Kak Net bantu mana yang termampu'. Dan dia akan bertanya jika ada kemusykilan mengenainya. Saya faham kesusahan dan kekurangannya.

Baru-baru ini, dia hubungi saya lagi. Nyatakan kesediaannya mahu turut serta dalam kelas saya. Katanya, sudah punya wang. Hasil jualan 'tut' (saya perlu rahsiakan ini. Biarlah saya dan Nazrul saja yang tahu). Saya tahu adik ini bukan orang senang. Tapi yuran kelas bukanlah untuk menekannya, cuma itu adalah komitmen untuknya gigih belajar di dalam kelas dan kelak itulah 'komitmen' menjana pendapatan dari rumah. Inilah uniknya kelas ini.
 
Ya, saya tahu perjalanannya tidak mudah. Mahu bergelar orang berjaya tidak semudah ABC sebenarnya. Ada onak dan duri perlu dilalui dan semangat kental dan tidak kenal erti putus asa itulah antara rahsianya. Akhirnya, adik Nazrul menyertai kelas saya pada minggu lalu. Dengan perjanjian, belajar dalam kelas saya dengan bersungguh-sungguh.

Saya tahu ada tangisan kepayahan sepanjang membangunkan sebuah blog hasil air tangan sendiri. Dari membuat emel sendiri sampailah punya blog sendiri yang jauh berbeza daripada blog pertamanya dahulu. Kenapa saya biarkan dia belajar membuat sendiri? Akan saya beritahu padanya kelak alasan ini.

Pagi ini dia maklumkan blognya sudah ada entri baru. Segalanya dilakukan mengikut apa yang diajar. Walaupun sekadar pengenalan diri, itu sudah memadai bagi saya. Sungguh saya terharu, pencapaian jauh lebih baik dari yang saya sangkakan. Saya gembira, Nazrul yang bermula dengan Zero kini sedang mengorak langkah menjadi HERO!

Empat kelas ini terus berlangsung:
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page (khusus untuk busines)
3. Kelas belajar iklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif

Bonus: Kelas ini juga memberikan panduan bagaimana mahu menghasilkan penulisan blog yang mesra pembaca. Salah satu cara menghasilkan blog yang berpengaruh adalah kualiti dalam penulisan blog. Itulah yang saya mahu kongsikan dengan pelajar-pelajar a.k.a protege saya.

Sunday, December 1, 2013

Menjadikan Idea Menulis Seluas Air Lautan

Teks: Netty Ah Hiyer
Foto: Kamera Fon Saya

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani,

Malam ini terasa mahu berkongsi ebook 'Belajar Asas Blog'. Apa yang istimewa mengenainya, selain mampu memberi ilham untuk penulisan blog, ia juga membantu sesiapa sahaja yang masih baru belajar menulis blog. Mahu tahu bagaimana meningkatkan trafik blog mahupun pengaruh dalam penulisan blog? Mari dapatkan panduan ini dengan harga RM50 sahaja. Hubungi saya ya!

Kata orang malam minggu, malam untuk muda-mudi. Bersantai bersama teman sampai lebam. Bagi yang sudah berkeluarga macam saya, malam minggu adalah malam mahu rehat-rehat. Lepak-lepak bersama suami dan anak-anak. Supaya hari Isnin nanti bila tiba hari kerja emosi tidak lemau. Betulkah tidak lemau? Jangan nanti tiba-tiba ada istilah 'monday blues' dalam diri saya sudahlah.

Sejujurnya, rata-rata malam minggu pada bulan Disember ini lebih banyak diisi untuk merancang percutian. Bagi yang kurang mampu, mereka masih boleh bercuti dengan keluarga dan anak-anak. 

Saya dan rakan wartawan, Zul Akmar ada menyediakan tentang artikel berhadapan percutian budget kala sara hidup meningkat. Dapatkan Mingguan Wanita bilangan 1569. Petunjuknya, carilah cover Hanis Zalikha dalam majalah Mingguan Wanita keluaran akan datang. Ada tips dan panduan berguna mengenainya. Harap ia membantu pembaca sekalian.

Selesai cerita bercuti, kita masuk pula pengisian bagaimana mencari idea dalam penulisan. Perlu lihat apakah bentuk penulisan yang mahu anda kongsikan. Mahu tulis cerpenkah? Artikelkah? Novelkah? Atau sekadar berkongsi cerita sendiri di laman blog peribadi.

Semua itu perlukan konsentrasi dan imaginasi tahap super untuk menghasilkan sebuah idea penulisan yang mampu menawan hati pembaca. Paling penting, gerak hati perlu seiring dengan minda yang berimaginasi dan kelajuan tangan yang menaip.

Barangkali ada yang kata Cik Puan Netty lainlah, sudah berbelas tahun kerjanya menulis. Sebab itu tiada masalah mencari idea apatah lagi mahu mencoret apa saja. Oh tidak! Saya juga sama seperti semua orang, kadangkala bila tiba masa 'sengal'nya. Idea yang dikarang tidak berjalan seperti yang diharapkan. Lain difikir, lain pula yang keluar.

Sebab itulah, sukarnya mencari idea, samalah konsepnya dengan mudahkah mencari ilham? Idea mahupun ilham adalah kepunyaanNya. Andai ilham sudah diterima, jangan leka. Cepat-cepat catatkan di buku nota kecil yang perlu sentiasa ada dalam poket mahupun beg anda. Bimbang penyakit lupa datang menyerang, idea akan berlalu begitu sahaja.

Apabila ilham sudah dikumpulkan cepat-cepat karangkan ia kerana perkara yang sudah tertangguh lama sudah tidak segar lagi bila dikarang kemudiannya.

Perlu juga diingat. kita hanya sebagai pelaksana untuk mengindahkan ilham yang Allah kurniakan. Cuma satu perkara yang saya pegang dari dulu sampai sekarang. Setiap kali satu-satu artikel bakal dikarang, saya sentiasa memikirkan apakah cerita yang yang kongsikan nanti akan membangkitkan inspirasi kepada orang lain.

Saya percaya, cerita-cerita inspirasi ini adalah satu idea penulisan yang cukup indah jika digarap dengan betul dan berhemah. Sebab itulah, sebagai penulis, kita juga adalah 'gatekeeper' untuk penulisan kita sendiri. Apa itu 'gatekeeper', dalam bahasa saya ia adalah garis panduan yang perlu dipatuhi oleh penulis agar penulisannya masih patuh sahsiah dan miliki moral yang tinggi untuk pembangunan bangsanya.

Jadi dalam penulisan artikel terutamanya yang berkaitan dengan individu yang ingin kita kongsikan kisah mereka itu. Tidak boleh terlalu mengikut perasaan sendiri. Jika pihak yang ditemuramah itu ibu tunggal yang baru bercerai hidup dengan pasangannya. Pasti sedikit sebanyak ada kisah ketidakpuasan hati yang ingin dikongsi dengan penulis. 

Oh, jangan terus cerita semua itu dalam artikel. Kekalkan sahaja maklumat itu sebagai simpanan sendiri. Ambil yang positif tentang kisah individu itu dan jika mahu cerita tentang perkara yang negatif pun cubalah lembutkan bahasanya agar tidak menyinggung mana-mana pihak. Tapi sebolehnya, tak usahlah cerita. 

Tip yang diturunkan oleh Editor Pengurusan Kanan MW, Kak Nuri Supian pula, setiap kali mahu menaip atau mengarang sesuatu cerita niatkan dalam hati adakah setiap penulisan itu akan memberi manfaat kepada orang lain. Setelah niatkan begitu, baca 'Bismillah' dan teruslah mengarang. 

Saya sudah melangkah jauh rupanya. Kembali kepada mencari idea dalam penulisan. Di sekeliling kita ada berjuta-juta idea yang boleh dijadikan cerita. Perkara yang terjadi dalam kehidupan seharian, berita tragedi mahupun kisah rumahtangga yang disiarkan di akhbar hatta cerita-cerita yang disampaikan oleh teman-teman juga boleh menjadi idea yang bagus jika penulis pandai menaakul, memikir dan menggubahnya menjadi sebuah cerita yang mantap.

Saya pernah terbaca mengenai novelis terbilang Indonesia, saudara Habiburrahman El Shirazy yang memperoleh ilham menghasilkan setiap novelnya selepas membaca surah tertentu dalam Al-Quran. Di situlah idea-idea penulisan beliau terhasil langsung menyentuh hati jutaan peminatnya menerusi karya agung yang mampu membangunkan jutaan jiwa di kalangan pembaca novel-novelnya. Antaranya, Ayat-ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih, Dalam Mihrab Cinta dan banyak lagi.

Ilham penulisan yang baik tidak semata-mata datang daripada minda kita sebenarnya. Setiap gerak jari adalah gerakan daripadaNya. Bukankah, 'Tidak bergerak satu zarah melainkan dengan IzinNya'. Berserahlah padaNya mengenai setiap apa yang kita hasilkan mahupun tuliskan. 

Adakalanya, penulisan tidak terjadi seperti yang kita harapkan. Namun, percayalah setiap perkara yang berlaku telah Allah tentukan sejak awal lagi kerana Dia adalah perencana yang baik sedangkan kita hanyalah pelaksana yang serba kekurangan.

Thursday, November 28, 2013

Temui Hanis Zalikha Disember Ini, 2013

Teks: Netty Ah Hiyer
Foto: Kamera Fon Saya

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Menyayangi,

Perhatikan sekeliling, banyakkan minum air masak dan ambil makanan tambahan dalam cuaca yang kurang segar ini.

Sudah dua hari hujan turun membasahi bumi Meru. Syukur Alhamdulillah, rintik air sejernih kristal itu melurutkan seketika debu-debu kotoran yang dibawa bersama oleh angin dari ribut Taufan Filipina. Meninggalkan kesan batuk, selsema dan sakit tekak yang berpanjangan kepada mereka yang kurang daya 'tepis' penyakit dalam tubuh. Pastinya, anak-anak kecil, orang-orang tua dan penghidap asma paling kronik sekali.

Anak kecil saya, Qaseh Zahirah sudah seminggu demam tidak kebah, begitu juga Zarif Ziyad, bunga-bunga asma sudah memberi tanda mahu bermula. Mujurlah MCS Maixara yang masih bersisa ada dalam peti ais saya. Dapatlah dia bertahan sedikit. Saya pun mula mengambil makanan tambahan vitamin C dan minum cuka madu untuk mengurangkan sakit tekak yang semakin terasa peritnya.

Mirza baru selesai diserang demam dua minggu sebelumnya. Tinggal abah dan emak yang masih lagi batuk-batuk dan demam. Adik-adik saya semua telah diuji dengan demam yang mengasyikkan. Mengapa asyik? Demam-baring di katil-insaf dengan kekhilafan diri. Bukankah itu satu nikmat yang mengasyikkan. (Sebabnya, saya terperasan adik bongsu saya, Azwan up-date status fb yang lebih kurang begini maksudnya 'insafi diri semasa demam')

Entahlah mengapa, setiap kali Mirza demam saya ajar dia ucap 'Alhamdulillah' dan amalkan membaca doa makan. Saya sendiri tak begitu pasti keberkesanannya. Cuma pada fikiran saya yang dangkal, zikir 'Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam' itu mampu menguatkan hati-hati yang sedang sakit dan derita. Ia adalah zikir kekuatan yang cukup hebat kuasanya.

Apa kaitannya doa makan dengan demam? Sebab nak makan ubatkah? Atau saya memang poyo dalam hal yang bukan-bukan sebegini. Seperti anda sedia maklum, pada hemat saya yang tak berapa luas ini, demam itu bukankah sebahagian daripada serpihan api neraka yang Allah tempekkan sedikit pada hambaNya. Di penghujung doa makan membawa maksud "Dan jauhilah kami dari azab api neraka". Semoga dengan doa itu, Allah mengurangkan sedikit kepanasan tubuh dalam badan anak-anak saya. Amin.

Sesungguhnya taufan Filipina ini benar-benar menguji kekuatan hati. Dan malam ini sambil menjaga Zarif yang sekali lagi diserang demam, saya masih berkesempatan memasukkan entri baru di sini. Kasihan anakku sayang. Bersyukur kerana ada en suami yang sudi tidur-tidur ayam menjaga Zarif.

Cerita hari minggu

Hanis yang semakin mengecil dan saya yang semakin mengembang. Berlatar belakangkan bilik 'make up' KMK.

Mingguan Wanita keluaran akan datang, akan memuatkan kisah blogger dan artis terkenal tanahair. Siapa lagi kalau bukan Hanis Zalikha. Sebenarnya sudah lama menyimpan hasrat mahu menemuramahnya. Cuma peluang untuk mengambilnya sebagai artis muka depan masih belum ada. Saya hanya menanti jawapan 'yess!' dari editor. Bila saya nampak namanya termasuk dalam senarai, cepat-cepat saya ambil kesempatan itu.

Anak muda ini bukan sahaja bijak berbicara malah tahu serba serbi tentang kecantikan peribadi. Dia tahu bagaimana mahu menjadikan pakaian yang dipakainya kelihatan cantik dan elegan. Cukup bijak beraksi di hadapan kamera, sampaikan jurugambar saya, Remy berat hati mahu hentikan bedikan flash. 

Barangkali juga saya kagum dengan ibunya, Puan Nani Rostam sampaikan saya pun jadi teringin bertemu anaknya. Seakan mahu tahu apakah yang membuatkan si tinggi lampai wajah seakan pelakon K-Pop ini begitu digilai ramai. 

Benar, Hanis bukan blogger biasa-biasa. Dia berilmu dan berbakat dalam bidangnya. Juga seorang yang pandai melukis. Eh, terlebih puji pula. Cukup-cukup dulu. Takut ada yang meluat pula nanti. Mahu tahu apa cerita Hanis, dapatkan Mingguan Wanita edisi pertengahan Disember ini ya. Ada cerita rahsia tentang pendakiannya menawan Gunung Kinabalu yang belum diketahui ramai.

Wednesday, November 27, 2013

Catatan Ringkas Saya, Asalkan Tidak Syok Sendiri

Teks: Netty Ah Hiyer
Foto: Kamera Fon Saya


Pemandangan menarik di Hentian Awan Besar yang sempat saya rakam gambarnya sekitar penghujung Oktober 2013.

Saya masih lagi di dalam kenderaan comel ini. Setia menanti makanan yang ditempah sampai ke tangan. Alunan lagu-lagu klasik menemankan halwa pendengaran saya yang semakin kesunyian. Ada satu dua penyanyi yang saya cam suaranya. Sememangnya suara Allahyarham Dato' Ahmad Jais ini unik dan tersendiri. Ada juga suara yang langsung tidak saya kenali. Tak mengapa, lupakan tentang lagu-lagu lama ini. Sekadar intro pembuka bicara.

Sebenarnya saat saya mula menaip, minda saya kosong. Kali ini, tiada gambaran tentang entri yang mahu saya coretkan di ruangan ini. Tidak seperti selalu. Sebelum anganan diluah dalam bentuk tulisan, saya sudah mula berimaginasi. Tentang apa yang mahu saya kongsi. Cerita apa yang mahu saya tulis dan bagaimana pengakhirannya nanti. Tapi dua tiga minggu lalu, minda saya tiba-tiba menjadi begitu 'stress' dan tidak tahu hendak mula dari mana.

Adakah ini bermakna momentum saya dalam penulisan juga sudah menurun. Akhirnya saya hanya membebel tidak tentu hala. Sayang bukan? Mujurlah ini bukan ruangan berbayar. Jika tidak sudah tentu saya akan jadi orang yang paling rugi kerana telah mendapat tapak jualan yang serba mahal namun disia-siakan.

Lalu saya sendiri jadi bebal kerana asyik tenggelam dalam dunia syok sendiri. Perasan orang suka pada tulisan kita, walhal orang jelik membacanya. Saya masih ingat minggu lalu saya sempat mengikuti kelas bersama idola saya dalam dunia penulisan di Karangkraf, Dato' Abd Jalil Ali.

Wartawan veteran ini kalau bercerita pasti ada unsur geli-geli dan cerita-cerita 'seksi' (khusus untuk mereka yang sudah berumahtangga. Boleh saja orang bujang pasang telinga, asalkan sanggup tahan muka yang merah merona). Namun, di sebalik cerita humor seksi itu terkandung panduan penulisan yang sarat pengajaran.

Antara panduan yang saya masih ingat adalah tentang tidak menulis syok sendiri. Sebelum menulis, perlu tahu audiens yang bakal membaca tulisan kita. Jika pembacanya wanita, bagaimana teks kita itu perlu digarap. Tapi pembaca di Malaysia ini mereka lebih gemar penulisan yang santai dan tidak memenatkan minda.

Penulisan yang terlalu kritis masih kurang mendapat tempat. Kalau ada pun audiensnya tidak ramai tetapi mereka ini eksklusif sifatnya. Sebab itulah, cabaran menjual buku-buku ilmiah lebih berliku berbanding majalah hiburan mahupun kewanitaan. Bagi menawan hati pembaca, terdapat buku-buku panduan, travelog mahupun motivasi menggunakan teknik penulisan santai. 

Dalam cerita santai penulis itu, ada panduan dan nasihat berguna. Kadangkala pembaca tidak sedar bahawa mereka sebenarnya sedang dinasihati. Itulah teknik penulisan yang hebat sebenarnya! Menguasai minda bawah sedar pembaca lewat penulisan kita. Fuh! Bilalah saya boleh sampai ke tahap itu.



Tuesday, November 26, 2013

Bila Ct Madu Tersangkut Ke Zoo

Teks: Netty Ah Hiyer
Foto: Kamera Fon Saya

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani,

Nampak kerja-kerja alih suara ini macam senang, tapi berkali jugalah Cidot minta saya ulang semula. :)


Entri ini sudah tertangguh lama. Terperam dalam fail 'belog' yang memang saya sediakan khas untuk menyimpan material yang boleh saya gunakan apabila keputusan idea kelak. Ya, jika kita tidak sempat untuk menulis, jangan pula abaikan maklumat yang diperoleh di depan mata. Ambil dan simpan di tempat khas.

Jika ada telefon android atau tablet, simpan kemas-kemas dalam itu. Suatu hari nanti, ia pasti berguna. Kadangkala, ketika semangat berkobar-kobar mahu menulis, minda kita pula tidak dapat berfikir apatah lagi melontarkan idea yang mahu disampaikan. Masa inilah pentingnya maklumat yang kita simpan itu.

Gunakan di kala terdesak dan sesak. Tengok apa yang menarik pada gambar atau maklumat itu. Cuba ingat peristiwa apa yang terjadi yang melibatkan diri kita, di mana ia berlaku, bila dan bagaimana pengakhiran peristiwa itu. Kadangkala kita rasa cerita kita itu biasa-biasa sahaja.

Namun, anda sendiri pasti akan terkejut apabila orang lain merasakan ianya adalah satu cerita yang cukup luar biasa. Mengapa terjadi begitu? Pertama, tak semua orang boleh merasai apa yang kita rasa. Sebab itulah, kita perlu berkongsi pengalaman itu. Bukan untuk tujuan riak, tapi lebih pada pembelajaran.

Agar, mereka yang tidak pernah merasa pengalaman itu boleh mendapat pengajaran daripada perkongsian kita. Jika suatu hari nanti mereka berpeluang merasainya, sekurang-kurangnya mereka sudah ada idea apa yang perlu dibuat dan bagaimana berhadapan dengan situasi.

Pagi-pagi buta ini saya mahu berkongsi pengalaman menjadi juru alih suara untuk siri kartun yang bakal diterbitkan di RTM bulan Januari nanti. (Insyaallah). Kartun-kartun comel hasil karya adik sebilik saya waktu di UiTM ini cute-cute belaka. Saya sendiri terpesona dengan karektor comel yang dibangunkan dalam siri kartun Ke Zoo ini.

Watak saya dalam siri animasi itu menjadi beruang comel aka Ct Madu yang mahu ambil tahu semua perkara. Wah! Teruja bukan main saya. Ini impian saya waktu zaman kanak-kanak lagi. Suatu ketika, saya berchit chat dengan pelukis kartun yang manis ini, Cidot. Minta dia panggil saya jika ada peluang untuk saya 'menggedik' mengalih suara siri animasi.

Terasa impian waktu kanak-kanak sudah terlaksana. Bukan senang sebenarnya, lebih banyak gelak dari melontar suara. Kedudukan badan kena betul, emosi perlu tepat malah gaya percakapan juga perlu direka (jika perlu). Yang pasti hari itu saya seronok melakukannya! Semoga saya ada peluang untuk melakukannya sekali lagi.

Monday, November 25, 2013

Menyingkap Rahsia Cantik dan Cergas Pengasas Seri Maryam dan Aura Yusuf

Teks: Netty Ah Hiyer

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani,

Salah satu rahsia usahawan berjaya adalah pandai membina jaringan perniagaan aka networking. Dalam dunia kewartawanan networking pun memainkan peranan yang cukup besar. Tanpanya, wartawan kekurangan sumber. Kekurangan sumber membuatkan wartawan sering berhadapan dengan kesesakan individu yang bersedia untuk ditemuramah.

Sebenarnya entri ini bukanlah mahu bercerita soal networking. Walaupun sebenarnya, cukup seronok bila bercerita mengenainya. Ramai yang mahu tahu rahsia membina networking. Bagaimana ia bermula? Mahu mengembangkannya adakah strategi unik diperlukan? Bermacam persoalan yang bermain di benak fikiran. 

Lewat Ramadan lalu, seorang kenalan yang juga 'makeup artis' merangkap pemilik butik busana muslimah dan pengantin, mencadangkan kepada saya tentang rakannya yang berhajat mahu ceritanya di siarkan di dalam majalah. Sebelum itu saya perlu tahu siapa dia, apa istimewa temannya itu sehingga boleh saya kongsikan kisahnya kepada pembaca majalah Mingguan Wanita.

Setelah tahu serba sedikit latar kerjayanya, saya menghubungi dan menetapkan janji temu. Syarikat miliknya tidak jauh dari premis KMK. Kata orang, sekangkang kera sahaja. Lima minit kemudian, saya sudahpun berada di pejabatnya. 

Wanita itu menanti saya dengan saratnya perut yang sedang menghitung hari kelahiran. Ramah sekali, Azian Ibrahim atau lebih senang saya memanggilnya Kak Yan bercerita tentang sejarah hidupnya, jatuh bangun dalam perniagaan, sampailah rahsia menjadi kaya dan berjaya. Usia Kak Yan lebih muda dari saya, namun rata-rata kakitangannya baik yang berusia mahupun lebih muda memanggilnya dengan nama itu. Langsung melekat sampai ke hari ini.



Kak Yan sememangnya meminati dunia kecantikan sejak dari anak dara. Sebab itulah ilmu cantik hanya di hujung jari sahaja. Kak Yan juga merupakan pemilik Yusuf Danial Resources merangkap pengasas produk kesihatan dan kecantikan khusus untuk ibu hamil, Jus Seri Maryam

"Kak Yan dah terbiasa minum kolagen, bila mengandung Kak Yan tak boleh amalkannya. Dalam hati memang mahu cantik dan sihat. Tapi di mana Kak Yan hendak cari produk kolagen yang selamat untuk ibu hamil. Susah sekali. Akhirnya Kak Yan buat keputusan bangunkan sendiri produk seumpama itu. Kolagen yang selamat untuk wanita hamil."

Amalan meminum Jus Seri Maryam terus menjadi rutin wajib. Tanpa sedar, ia bukan sahaja memelihara kecantikan kulit malah menjadikan dirinya seorang ibu hamil yang cergas dan aktif. Kerja-kerja pejabat yang memenatkan, menyudahkan tugasan di tengah-tengah malam (kerana Kak Yan ketika itu sedang sambung belajar), uruskan kakitangan, tiga orang anak malah suami sepatutnya membuatkan Kak Yan boleh pitam di tengah jalan.

"Alhamdulillah, amalan minum Jus Seri Maryam sesudu belah pagi dan sesudu belah malam, membuatkan Kak Yan cukup bertenaga. Dengan tanggungjawab yang ada Kak Yan perlu sihat sepenuhnya dalam masa yang sama bayi dalam kandungan pun perlu sihat dari segi mental dan fizikal."



"Bila Kak Yan mengantuk, Kak Yan sembur pula Spray Aura Yusuf. Sebenarnya Aura ini bukan sahaja untuk kesegaran tapi untuk seri muka. Tambah pula Kak Yan orang berniaga mestilah pelanggan nak tengok muka penjual pun berseri-seri. 

"Kalau rasa tak sihat dan rasa seram sejuk yang lain macam, niat dan selawat semburkan pula ke muka dan badan. Waktu 'baby' menangis malam-malam ternampak benda-benda pelik sebab hijab mereka terbuka, kita sembur spray Aura Yusuf ni dekat tapak tangan kita, baca selawat dan niat lalu sapukan ke muka 'baby'.  Insyaallah hilang dengan izinNya. Anak Kak Yan pun pernah digigit serangga, Kak Yan semburkan Aura Yusuf. Gatal berkurangan, sebab dalam Aura Yusuf ini ada menthol oil." Itulah serba sedikit cerita Kak Yan tentang kelebihan produk Jus Seri Maryam dan Aura Yusuf. 

Mahu tahu lebih lanjut kelebihan Aura Yusuf ini, singgah menimba ilmu di: http://sohodirectory.blogspot.com/2013/11/yusuf-danial-resources.html




Keterangan Jus Seri Maryam 

 


Keterangan Spray Aura Yusuf


Friday, November 22, 2013

Hatiku tertinggal di KK, Negeri Di Bawah Bayu

Teks: Netty Ah Hiyer
Foto: Kamera Fon Saya

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani,


Kaunter hadapan Sutera Harbour Resort Kota Kinabalu dipenuhi warga asing. Ada mat-minah salleh, warga Korea yang tak begitu K-pop malah wanita-wanita Hong Kong separuh baya. Maklum Azril, pengasas Surebest, sebuah syarikat yang menghasilkan produk kesihatan dan kecantikan itu, senario sebegini sudah biasa kelihatan.

"Biasanya orang Korea ni suka menempah sampai setahun. Nak menginap di sini pun saya dah tempah tiga bulan awal. Ini pun masih jadi 'lagu' ni," Luah Azril yang sedikit bimbang dengan status tempahan bilik penginapannya yang masih tergantung. 



Memandangkan lagi satu jam majlis besar syarikatnya bakal berlangsung, saya tidak mahu memberinya tekanan. Biar selesai dahulu urusannya, saya boleh bawa diri. Beberapa minit sebelum majlis berlangsung, Azril memaklumkan kunci bilik ada di tangan isterinya, Ella.
 
Hari itu, saya diundang pengasas syarikat Surebest Sdn Bhd ini untuk meraikan majlis pelancaran Neuron Booster sebuah produk kesihatan yang menggabungkan madu yemen dan spirulina hidup. Saya kira saya seorang sahaja wakil dari Semenanjung. Siapa sangka, kakak cantik bernama Hatini yang duduk bersebelahan saya tinggal di Saujana Utama, dekat sahaja dari kampung mak saya. Suaminya stokis Surebest, dia mewakili suaminya yang tak dapat hadir.

Petang itu, saya bukan sahaja memperoleh cerita pelancaran produk Neuron Booster tapi mengutip cerita wanita cemerlang, ibu tunggal malah personaliti lelaki, YB Masiung Banah, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Sabah. 



Malam harinya, saya masih bersama wanita-wanita hebat yang terdiri daripada stokis dan pengedar Surebest. Singgah sebentar di rumah Datuk Joe dan merasai seketika gaya hidup orang-orang kaya yang humble di KK.

Memandangkan perjalanan ke KK tidak begitu panjang hanya dua hari satu malam, saya perlu menggunakan waktu yang ada dengan sepenuhnya. Selesai dengan Surebest, saya bertemu pula dengan sahabat lama en suami, Nizam. Seronok sungguh en suami meluang satu hari setengah yang ada dengan kawan sekampung merangkap satu sekolah rendah itu.



Bersebelahan pasar besar KK, ada deretan kedai makanan laut yang hanya dibuka pada sebelah malam. Cuma saya tidak galakkan anda makan di sini. Harganya agak mahal. Kata adik saya, jika mahu menikmati makanan laut sepuasnya dengan harga yang berbaloi, pergilah ke Sandakan. 

Memandangkan kami sudah sampai di situ, ambil jugalah udang saiz gergasi dimasak butter, ikan bakar yang enak rempah sosnya dan sotong. Mulanya mahu membeli lobster aka udang kara. Waktu saya tanya penjual tentang harganya, saya terkedu dan berfikir-fikir semula. Lebih baik saya makan lobster di Moon's Kitchen, rasanya lebih berbaloi. 



Di KK, saya juga sempat ke Pulau Manukan. Air lautnya sangat cantik, bersih dan mata saya boleh memandang jelas ikan-ikan kecil berenang-renang di pinggir pantai. Ramai juga yang membawa keluarga dan anak-anak kecil. Yang membawa kekasih hati pun ada juga. Ada tiga pulau berdekatan, iaitu Pulau Sapi dan Mamutik. 



Kata Nizam, Pulau Manukan antara yang terbesar berbanding dua lagi pulau berdekatannya. Memandangkan waktu kami terhad, hanya sebuah pulau dapat kami lawati. Itupun kami bertolak jam 10 pagi, dalam jam 1 barulah ada bot yang membawa kami pulang ke dataran. Kalau bawa anak-anak memang seronok, aktivitinya cuma mandi laut, bermain dengan ikan dan jika sukakan cabaran boleh bersnorkeling. 

Sebelum pulang, kami sempat bertemu abang Norman. Sebelum ini beliau pernah berkhidmat di meja Media Hiburan. Orang lama dalam industri hiburan ini sudah menjadi usahawan restoran yang berjaya di KK. Restoran makannya berkonsepkan makanan cina. Bukan sahaja dari segi makanan malah jadual restorannya juga sama. Selepas jam 2.15 petang restoran akan di tutup. Itulah konsep Restoran Puteri Hang Li Po.

Seronok mendengar cerita abang Norman ni sebenarnya. Dari kisah silam 'Hard Rock Cafe' yang sudah menjadi suraunya sampailah perjalanan penghijrahannya itu. 

Saya kira kebanyakan usahawan berjiwa besar mereka ada satu sifat yang sama iaitu tingginya pergantungan hidup kepada Allah. Jadi jika mahu menjadi orang hebat, prinsip sebegitu perlu menjadi pegangan. Amin.

Saya meninggalkan kisah Negeri Di Bawah Bayu ini dengan satu perasaan yang  cukup halus sekali. Ketika saya sampai di lapangan terbang KLIA, saya membelek inbox fb. "Flight kak netty pukul berapa, saya ke lapangan terbang jumpa kak Netty. Tapi saya tak turun dari kereta (kerana dia masih dalam pantang)".

Tulisan itu membuatkan saya sayu tiba-tiba. Sememangnya hari itu saya mahu berjumpa dengan sahabat sebilik saya di 105, Seroja 3, UiTM, tapi waktu saya amat terhad sekali. Dahlia Dahli yang comel, kak net tak dapat berjumpa kamu hari ini. Insyaallah tahun depan Kak Net ke KK lagi. Bawa bersama anak-anak menimati cantik dan damainya bumi KK ini. Biar mereka merasai perasaan yang sama dengan Kak Net apabila sudah jatuh cinta di tanah kelahiran kamu ini!



Sekitar hotel penginapan kami di Sutera Horbour Resort Kota Kinabalu yang memukau pandangan. Subhanallah!

Related Posts with Thumbnails