Follow Saya Di Google Plus

Sunday, September 8, 2013

Mahu Hantar Cerpen Di Majalah Mingguan Wanita?

Teks: Netty Ah Hiyer | nettyahhiyer@gmail.com
Foto: Pustaka Desktop Saya

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.


Gambar ini pun, boleh menjadi inspirasi untuk menghasilkan sebuah cerita pendek. Cerita tentang Mirza dan Tok Ngah menghantar rombongan pengantin. Cubalah!

Penghujung tahun 2010, saya mula mengelolakan ruangan cerpen di Mingguan Wanita. Agak tertekan ketika itu kerana sebagai orang yang baru memegang amanah tersebut membuatkan saya berhadapan dengan masalah ketiadaan sumber (karya daripada penulis cerpen). Kalau ada pun naskah cerpen yang dihantar dalam bentuk lembaran-lembaran kertas yang masih kemas di dalam sampul surat. 

Tak bermakna saya menolak penghantaran cerpen dengan kaedah pos, cuma proses mengedit cerpen itu akan mengambil sedikit masa; membuka sampul, memilih cerpen yang menepati syarat 'boleh' siar-menaip semula-mengedit-memastikan kualiti penulisan mengikut standard yang editor mahukan. Semua itu memerlukan penelitian yang panjang.

Mencari cerpen yang benar-benar terkesan di hati pembaca juga tidak sebegitu mudah. Waktu itu, saya masih belum membina jaringan kenalan dengan penulis cerpen. Saya masih ingat bagaimana ada di kalangan penulis cerpen yang terasa hati apabila saya memotong naskah cerpen yang mereka hasilkan. Bagaimana saya tahu tentangnya? Bukankah kini semuanya di hujung jari. Tanpa sengaja saya terbaca catatannya yang tidak begitu gembira apabila karyanya dirombak sesuka hati.

Saya tidak terasa hati kerana saya juga seorang penulis, jadi saya faham bagaimana sulitnya perasaan berhadapan karya yang penat-penat dikarang lalu dirombak tanpa pengetahuan. Namun, satu perkara yang penulis kena faham (termasuklah saya sendiri) setiap naskah atau karya yang telah dihantar kepada penerbit, penerbit berhak untuk merombak karya itu untuk disesuaikan dengan konsep atau jumlah mukasurat yang disediakan. Asalkan ia tidak mengubah jalan cerita yang ingin disampaikan oleh penulis.

Pengalaman itu juga mengajar saya untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang. Sebab itulah, boleh dikatakan kebanyakan karya yang saya fikirkan menarik namun masih perlu diperbaiki oleh penulis akan saya pulangkan kembali untuk proses pembaikan. Supaya hasil terbaru menepati standard yang kami mahukan. Sebenarnya, saya kurang gemar menolak mentah-mentah cerpen yang dihantar oleh penulis (yang berpotensi). Kerana saya yakin, karya itu boleh diperbaiki sehingga menjadi 'masterpiece' untuk penulis dan juga ruangan yang saya kelolakan itu.

Pesanan pertama daripada editor, Puan Nuri Supian sentiasa saya semat dalam hati. Katanya, saya perlu memilih cerpen yang benar-benar terkesan di jiwa terutama pelukis ilustrasi kami, abang Kartekana. Mengapa sebegitu penting untuk menawan hatinya? Kerana, sebelum ilustrasi cerpen dilukis, abang Kartekana akan membacanya dahulu untuk memperoleh ilham kesenian daripadanya. Jika isi cerpennya entah apa-apa, bagaimana mahu melahirkan emosi di dalam ilustrasi?. Namanya sahaja karya seni, biarlah seni itu bernar-benar berkualiti. Sejak itu, langsung saya meletakkan standard yang tersendiri dalam ruangan yang saya kendalikan itu.

Sebagai langkah permulaan, saya berikan dahulu syarat-syarat penghantaran karya di ruangan comel 'Cerpen' di Mingguan Wanita: 
  • Tema karya adalah bebas
  • Jumlah perkataan yang diperlukan kira-kira 13 ribu characters (with space).
  • Gaya bahasa yang indah.
  • Jalan cerita yang menarik, mempunyai mesej, bermoral, tidak mengandungi unsur lucah dan terkesan di hati pembaca.
  • Muatkan dalam 2 dokumen atau file doc. yang mengandungi maklumat berikut:
  1. Naskah cerpen
  2. Maklumat penulis (nama, nombor kad pengenalan, alamat surat menyurat, nombor telefon dan no akaun bank) beserta surat pengakuan bahawa karya cerpen anda adalah asli dan tidak disadur dari mana-mana sumber.
  • Cerpen tidak pernah disiarkan di mana-mana majalah mahupun laman online.
  • Emelkan cerpen ke emel saya: netty@karangkraf.com.my
  • Jika mahu menggunakan kaedah pos, alamatkan dokumen ke:
          Ruangan Cerpen Mingguan Wanita 
          Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd
          Lot No 25, Premis No. 1, Jalan Renggam 15/5,
          Off Persiaran Selangor,
          Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
          Selangor Darul Ehsan.

Selamat mengarang! Saya sentiasa menanti naskah hebat daripada anda. 

43 comments:

hasni hanna said...

Alhamdulillah, terima kasih Puan Netty atas pencerahan yang diberikan melalui tulisan di blog ini.

Terima kasih juga kerana sentiasa memberi peluang terbaik untuk penulis-penulis cerpen menghasilkan karya yang bermutu.

:) Hanna Johan.

Nazrina Hussin said...

Terima kasih puan atas perkongsian maklumat. Insya-Allah saya akan menghantar cerpen ke Majalah Mingguan Wanita

Nazrina Hussin said...
This comment has been removed by the author.
dhuhasteffa novel said...

Assalamualaikum,cikpuan.
Semoga sentiasa dalam lindungan rahmatNya.
Info dalam blog ini sangat bermanfaat terutamanya kepada saya yang masih mentah ini.
Di sini, izinkan saya tumpang bertanya.
1.Jika cerpen sudah disiarkan dalam blog, masih layak dihantarkah? Begitu juga cerpen yang pernah dihantar ke peraduan (tidak menang pun..), masih boleh dihantarkah?

Didahuli dengan ucapan terima kasih banyak...

netty-ahhiyer said...

hanna- terima kasih kak net ucapkan sebab sudi berkongsi cerpen dengan Mingguan Wanita.

nazrina- dipersilakan menghantarnya. Saya sentiasa membuka emel saya seluas-luasnya.

dhuha-waalaikumsalam. Cerpen yang sudah disiarkan diblog saya tidak akan pilih. Alasannya; ia sudah disiarkan jadi ia tidak memberi impak yang besar kepada pembaca. Lainlah jika cerita itu diolah semula. Samalah konsepnya dengan peraduan. Jika ia untuk tatapan juri sahaja, tiada masalah untuk menghantarnya ke ruangan cerpen MW. Jika pernah disiar sebaik-baiknya, olah semula cerita itu. Eh! saya ulang penerangan tadi... hehehe. Ok Dhuha, semoga terus bersemangat untuk menulis.

Cik Tieka said...

Alhamdulillah..jumpa panduan yg sebetulnya nak hantar karya ke MW. sangat bermanfaat puan Netty.. terkedu seketika jumlah perkataan 13 ribu utk sesebuah cerpen?nampaknya kena panjangkan lg cerpen sy tuh.huhu

RYN said...

Tq

YOKO JIUP said...

Selamat menunggu kehadiran naskah daripada saya yang bertajuk 'Demi Aira dan Aira'

Netty Ah Hiyer said...

Cik Tika - 13 ribu tu boleh jadi motivasi diri untuk terus menulis. :)

Ryn n Yoko - saya menanti dengan penuh sabar.. :)

fauziah binti mohd. diah said...

Saya memang seorang penggemar cerpen. Tidak kira apa jua bahan bacaan, jika ada cerpen yang terkandung, saya pasti membacanya. Terbit rasa di hati untuk cuba menghantar cerpen diMW. Semoga saya diberi kelapangan waktu untuk menulis. Bukan apa, saya seorang guru dan dalam masa yang sama seorang pelajar PJJ, kekangan masa sangat membatasi.

fauziah binti mohd. diah said...

Saya memang seorang penggemar cerpen. Tidak kira apa jua bahan bacaan, jika ada cerpen yang terkandung, saya pasti membacanya. Terbit rasa di hati untuk cuba menghantar cerpen diMW. Semoga saya diberi kelapangan waktu untuk menulis. Bukan apa, saya seorang guru dan dalam masa yang sama seorang pelajar PJJ, kekangan masa sangat membatasi.

Netty Ah Hiyer said...

Cik Puan Fauziah, jika masih berminat menulis cerpen dan terlalu sibuk mengajar. Apa kata sediakan sebuah buku nota kecil. Asal ada idea mengarang, catatkan disitu. Bila ada masa baru luahkan idea yang telah disimpan itu.

kucing comel said...

Puan, kalau tidak cukup 13 ribu patah perkataan, adakah cerpen yang dihantar tidak akan disiarkan? Mohon pencerahan. Terima kasih.

Netty Ah Hiyer said...

Kucing Comel- jumlah perkataan itu adalah syarat untuk siaran. Muka surat cerpen di MW mempunyai 3 muka dan jika jumlah perkataan sedikit, akan ada kekosongan atau lompong pada bahagian muka surat tersebut.

Jumlah perkataan juga tidak boleh terlalu panjang kerana di ruangan itu ada ilustrasi yang perlu dimuatkan.

Harap jelas ya penerangan saya.

Faridah Ahjumma said...

Terima kasih atas pencerahannya. Sangat membantu. Saya bercadang hendak mengirim cerpen melalui emel. Mohon tunjuk ajar puan.

Anonymous said...

salam,tumpang tanya.kalau hantar cerpen dan cerpen tersebut terpilih untuk disiarkan,adakah akan dapat bayaran?

Netty Ah Hiyer said...

Ya, setiap cerpen yang tersiar akan diberikan saguhati.

Anonymous said...

Salam Puan, saya dah lama meninggalkan bidang penulisan saya. baru-baru ini saya cuma terfikir untuk aktif semula. masih available ke untuk menghantar karya ke MW?

netty said...

Saya sudah berpindah ke meja majalah Keluarga. Boleh emelkan cerpen ke siti.mariam@karangkraf.com.

Jika mahu hantar cerpen ke majalah Keluarga, boleh saja emelkan ke netty@karangkraf.com.my

Caraphernelia said...

Puan Netty, kalau nak hantar cerpen bahasa inggeris boleh tak? Ada apa-apa habuan ke kalau tersiar? Hehe :D

aini syaqilah yahya said...

salam puan saya berumur 15 tahun.adakah saya boleh menulis cerpen ke mingguan wanita

netty said...

pa khabar Caraphernelia, buat masa ini tiada ruangan untuk cerpen berbahasa Inggeris. Barangkali di akhbar terbitan berbahasa Inggeris ada memberi peluang sedemikian. Adik perlu membelek dan membuat kajian sedikit tentangnya.

Waalaikumsalan Cik Puan Aini, tiada had umur tentang cerpen yang dihantar. Majalah Mingguan Wanita pernah menyiarkan cerpen yang ditulis oleh penulis berusia 11 tahun. Asalkan jalan cerita sampai ke jiwa dan gaya bahasa yang indah.

nazifah awi said...

Salam Puan,

Terima Kasih banyak-banyak di atas maklumat yang Puan berikan. Saya sangat tercari-cari sebelum ini maklumat berkaitan cara penghantaran karya ke majalah.

Saya sudah menulis lebih kurang enam cerpen. Kesemuanya saya telah masukkan ke dalam blog peribadi saya. Adakah saya masih boleh menghantar karya tersebut atau perlu diolah balik?

norfadhilah said...

As salam..
Puan, saya baru sahaja email cerpen hasil tulisan saya yg pertama.
Moga diterima. Tq

Netty Ah Hiyer said...

Salam Nazifah,

Boleh tiada masalah asalkan diolah semula agar ia lebih segar dan eksklusif untuk siaran majalah.


Salam Norfadhilah,

Saya kini bersama majalah Keluarga dan tidak lagi mengelola ruangan cerpen di Mingguan Wanita.

Boleh emailkan cerpen ke mariam.karangkraf@gmail.com (Puan Siti Mariam Elias)

Boleh juga emailkan cerpen ke majalah Keluarga ke Cik Norhayati Alli di alamat email: norhayati.ali@karangkraf.com

Fafuz said...

Assalamualaikum, Puan Netty.

Berkenaan surat pengakuan cerpen tu hak milik kita tu..kurang jelas lah.
perlukan surat akuan sumpah ke? sye ada dua cerpen yg belum disiarkan di mana-mana lg. >__<
taktau nak hantar kat pihak mana.

dah nampak blog ni..boleh la hntr kat pn.mariam memandangkan puan dah g ke majalah keluarga :)

tq

mayleen nur'ain said...

Salam. Terlebih dahulu saya rasa bersyukur kerana baru terjumpa ruangan ini.saya tak tau adakah saya jauh ketinggalan kerana baru membaca ruangan ini.sebelum ini ada beberapa kekangan yang menghalang saya untuk menyelami dunia penulisan.namun,ia tak pernah memadamkan hasrat saya untuk berkarya.mudah-mudahan,satu hari nanti hasrat saya tercapai.

nettyahhiyer said...

waalaikumsalam Fafuz, boleh saja hantar ke puan mariam.

wasalam mayleen, tak perlu sampai buat surat akuan sumpah.. buat surat rasmi biasa saja asalkan ada pengakuan dari mayleen tentang karya itu adalah asli dari saudari.

Halcyonism said...

Assalamualaikum.
Saya ingin bertanya jika peluang untuk menulis di ruang Majalah Mingguan Wanita masih terbuka. Saya sedang mencari peluang untuk bertapak di dalam bidang penulisan sementara saya masih berstatus pelajar IPT.

Terima kasih.

Netty Ah Hiyer said...

Waalaikumsalam Halcyonism.. anda boleh menghantar karya berupa cerpen ke majalah Mingguan Wanita.

Rif'ah Zakirah said...

Assalamualaikum...
boleh saya tahu apa tu 13 ribu character termasuk space? huruf ke?

Albus Severus said...

Assalamualaikum.....boleh saya tahu adakah penghantaran cerpen ini khusus untuk wanita sahaja?.....adakah karya nukilan penulis lelaki diterima?

addin farhani said...

assalamualaikum...
boleh saya tahu next proses if karya diterima...
adakah penulis akan diberitahu melalui emel bahawa karya mereka diterima?
adakah penulis akan mendapat saguhati if karya mereka diterima?
adakah penulis tahu if karya mereka diolah?

Netty Ah Hiyer said...

waalaikumsalam... untuk pengetahuan saudara albus, cerpen terbuka kepada penulis lelaki dan wanita.

waalaikumsalam, penulis tidak akan dimaklumkan. saguhati diberikan pada setiap karya yang tersiar.

nurimas Nuri said...

sya konfius. pn netty ke pn marian yg handle cerpen mm skrng?

nurimas Nuri said...

sya konfius. pn netty ke pn marian yg handle cerpen mm skrng?

Misz Fyya Novellis said...

Assalam.. kalau hantar kedua-dua emel yang mariam dan netty tu boleh ke? Or..satu je

Jainatul Ain said...

Assalamualaikum puan , masih dibuka lagi ke kalau sye nak cuba hantar cerpen saya ?

Netty Ah Hiyer said...

waalaikumsalam semua,

ruangan ini sentiasa terbuka untuk pembaca mingguan wanita. buat masa ini saya mengelolakan ruangan cerpen ini.

jadi boleh emelkan cerpen pada emel yang saya nyatakan di atas

AizenEli said...

Assalam puan.. untuk cerpen mingguan wanita, adakah spacing dan fontnya 1.5 dan times new roman? Terima kasih

nurimas said...

assalam pn Netty.
Terima kasih memberi peluang untuk saya menulis dan menerbitkan dalam MM. Utk rakan-rakan baharu, sesungguhnya amat sukar untuk menembusi saringan MM sebelum karya kita diterbitkan. bila saya halusi, ternyata pn editor amat teliti dalam pemilihan subjek. ini menjadikan cerpen dalam MM amat bermutu dan baik sekali. Jadi saya dan kita semua kena terus berusaha mempertingkatkan kualiti karya untuk memenangi hati pn Netty.

Unknown said...

assalam. Pn netty. Adakah cerpen shj yg blh dihantar ke mw dan mendapat honororium? Bagaimana dgn artikel? boleh tak hantar artikel dan bagaimana dgn bayaran honorarium?

ayza said...

Assalamualaikum..adik saya pun penulis novel2 Dan cerpen..tapi sy hanya penulis blog Saja...bagusnya ada ruangan begini untuk memperkenalkan penulis2 novel cerpen ni kan?tapi Bagaimana pula bagi penulis blog?ada ke peluang macam ni untuk Kami ya?sekadar bertanya.. www.zuhaiza.blogspot.my

Related Posts with Thumbnails