Follow Saya Di Google Plus

Monday, March 30, 2015

Ada Apa April Ini?

Teks: Netty Ah Hiyer
Foto: Akademi Bekerja Dari Rumah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,

whatsapp: +012 6857 824 (netty)

Whatsapp: +012 6857 824 (netty)



Ya, ada apa April ini? GST? Makin peningkan bila sebut tentang GST. Lebih-lebih lagi geng suri. Mana hendak jana pendapatan, mana hendak bahagikan duit bekalan yang suami beri. Sana sini asyik cerita tentang duit. 

Baik geng suri mahupun yang separa suri macam saya ini, GST tetap memberi kesan. Tapi bagaimana kita menerimanya itulah yang perlu dipelajari.

Bagaimana mahu belajar menerima kesan GST kepada diri sendiri? Sejak mengenali geng Akademi Bekerja Dari Rumah, saya mula memahami bagaimana seronoknya bergelar WAHM. (Walaupun saya belum lagi menjadi WAHM).

Sebab itulah, saya sentiasa berfikiran seperti seorang WAHM. Kalau di ofis, teman-teman sewartawan sudah tahu rutin harian saya yang kelakar.

Kalau tiba-tiba mereka dengan bunyi 'kruk' 'prak' dari arah meja di petang-petang hari, tahulah mereka saya sedang menjalankan operasi mengemikkan botol-botol kosong. Bukannya dapat jana pendapatan hebat-hebat sangat pun, tetapi teman-teman sudah tahu. 

Kalau ada botol-botol kosong, mereka akan berikan pada saya. Sedar tak sedar, projek mengumpul botol kosong ini sudah saya amalkan dari tahun 2011 lagi. Dan di rumah pun anak-anak tahu botol kosong ini boleh dijadikan bahan recycle.

Itu baru bab botol kosong, belum lagi cerita tentang jualan telur puyuh, set nour ain, serbuk cheese, takoyaki sedap dan macam-macam lagilah. Kenapalah saya boleh jadi segigih ini. Saya sendiri pun tak tahu kenapa. Agaknya darah keturunan anak Jawa Mbah Sarijo yang membuatkan saya semacam ini.

Namun, satu perkara yang terus mendorong saya dan membuatkan saya tak menoleh ke belakang lagi adalah kumpulan sokongan Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR). Rakan-rakan guru, kak Azura, kak Aishah, Anys yang rajin, Zaila yang gigih, Wani dan terutama Masayu Ahmad sentiasa memberi kesan kekuatan jiwa yang berbeza.

Bertemu mereka cuma di laman online tetapi bagaikan telah berkenalan lama. Banyak perkara dipelajari terutama berjualan secara online. Setelah sekian lama, grup ini terus bergerak dengan menghasilkan buku-buku selfhelp yang membantu para suri untuk maju dan tidak gentar waima dengan penangan GST.

Membaca itukan amalan yang mulia. Di ABDR juga ada banyak buku sokongan yang bagus untuk meningkatkan motivasi para suri mahupun separa suri semacam saya. Jangan pernah mengalah dengan apa juga perkara yang akan melemahkan semangat kita ya.

April ini pun, ABDR sudah 'offer' buku-buku menarik untuk dimiliki. Saya kongsikan juga dalam ini. Mana tahu ianya berguna untuk anda.

Jika mahu berjaya, jangan takut untuk lakukan 'investment'. Pastikan apa yang dilaburkan itu akan mendapat pulangannya semula. Saya dulu pun asyik berkira-kira mahu join atau tidak ABDR ini. Berbulan-bulan lamanya saya asyik bertanya tentang akademi ini. Mujurlah Ayu sabar melayan saya. Akhirnya, saya bersyukur yang tidak terhingga. 

Rupanya dalam diam, Ayu ajar saya tentang memulakan bisnes tanpa modal, menjana wang walaupun masih sibuk mengejar deadline. Dan akhirnya, Ayu ajar saya tentang mengatur kewangan agar tidak keterlaluan boros dalam kehidupan seharian. Alhamdulillah, walaupun tidaklah bermewah-mewah namun ianya serba seimbang dan membahagiakan.


Belajar Asas Bina Blog dan Penulisan di:
 
Beli produk kecantikan NourAin Skincare dengan saya: 
 
Jadi Rakan Niaga Akademi Bekerja Dari Rumah:


Hantar Cerpen Ke Majalah II

Teks: Netty Ah Hiyer
Foto: Fanpage/Serbuk Cheese Cheeza Stokis Klang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani,


Kasi belanja serbuk Cheeza's seenak cerpen yang 'best' tahap 'super'.


 Kebelakangan ini saya kerap menerima kiriman cerpen dan pertanyaan daripada para pembaca blog saya barangkali. Masing-masing mahu berkongsi cerpen yang mereka hasilkan untuk siaran majalah.

Saya kini tak lagi bersama majalah Mingguan Wanita. 

Sudah pun bertukar ke majalah Keluarga dan tidak lagi mengelola ruangan cerpen. Walau bagaimana pun, anda sebenarnya masih boleh berkongsi cerpen yang dihasilkan ke majalah Mingguan Wanita mahupun Keluarga.

Mahu tahu kaedahnya. Lanjutkan bacaan di sini: http://netty-ahhiyer.blogspot.com/2013/09/mahu-hantar-cerpen-di-majalah-mingguan.html

Kemudian, bolehlah kirimkan cerpen anda ke alamat email:

Majalah Mingguan Wanita

Pengelola: Puan Mariam Elias

mariam.karangkraf@gmail.com

Majalah Keluarga

Pengelola: Cik Norhayati Alli

norhayati.ali@karangkraf.com


Semoga penerangan ini membantu ya. 




Related Posts with Thumbnails