Follow Saya Di Google Plus

Kenali Penulis





Merakam kenangan berlatarkan kesan sejarah senjata buatan sendiri Gerila Viet Cong di Vietnam Selatan.

Nama:
Netty binti Ah Hiyer

Pendidikan:
Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Komunikasi Massa, UiTM Shah Alam (1997-2001)

Kerjaya:
Wartawan di Kumpulan Media Karangkraf (2001-sehingga kini)
2001-2003 : wartawan majalah Dewan Siswa
2003-kini: wartawan majalah Mingguan Wanita

Pengalaman Bisnes:
Sekadar suka-suka berniaga produk kampung; ikan pekasam lenggong dan produk kecantikan Maixara.

Hobi:
Tiada yang spesifik. Asalkan menarik dan mendatangkan hasil, ia boleh dijadikan hobi. Menulis juga asalnya hobi semasa zaman persekolahan.

Kepakaran:
Menguasai penulisan yang baik dan berkesan. Insyaallah, ilmu dan ilham yang Allah anugerahkan ini dapat dikongsi dengan sesiapa yang sudi mempelajarinya menerusi blog Panduan Penulisan Online.

Matlamat ikuti kelas Penulisan Asas dan Blog:
Sejak tahun 2008, saya bermula dengan blog hijauepal.blogspot.com. Cuma sempat berkongsi beberapa entri, saya padamkan hijauepal dan bangunkan rasasayangskali.blogspot untuk berkongsi cerita harian sebagai isteri, ibu dan wartawan. Selepas melahirkan anak ketiga, saya mula hilang fokus untuk menulis dan blog bukan lagi satu keutamaan.

Bertemu kembali sahabat lama, Puan Masayu Ahmad membuatkan saya tersedar betapa hebatnya kuasa penulisan blog. Saya mula mendaftarkan diri dalam kelas beliau dan berusaha sekeras yang boleh agar kembali fokus dan mengikut rentak pembelajarannya satu persatu, langkah demi langkah.

Besar harapan saya untuk mengikut jejak langkah beliau. Sekurang-kurangnya apabila saya 'grad' nanti, saya bukan sahaja berjaya menjadi anak didiknya yang cemerlang malah berjaya menghasilkan sekurang-kurangnya sebuah ebook (kalau boleh lebihlah ) untuk saya kongsikan dengan pembaca alam maya.

Saya sentiasa percaya, walau sehebat manapun seseorang dalam dunia penulisan, andai tidak dipandu dengan baik, bakatnya hanya terpendam tanpa digilap.

Blog lama:
rasasayangskali.blogspot.com

Blog baru:
netty-ahhiyer.blogspot.com
Related Posts with Thumbnails