Follow Saya Di Google Plus

Tuesday, May 9, 2017

'Moving To Digital' Yang Serba Mengejutkan

Teks/Foto: Netty Ah Hiyer

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,

Masa ini ke majlis pelancaran lipstik Avon; kak Maizan (tudung ungu - majalah Nona), Uzma (tudung pink - majalah Remaja) dan Zaiton (tudung biru - majalah Keluarga)

Kenapa dua tiga hari ini saya gigih menulis kembali di blog peribadi. Jawapannya, saya tak mahu hilang skill penulisan. 

Pesan Puan Guru saya, Kak Nuri Supian, walaupun kita dah hampir sepenuhnya membuat kerja-kerja penyuntingan, jangan sekali-kali tak meneruskan kerja-kerja penulisan. 

Sebab menulis itu satu skill/kemahiran. Bila lama ditinggal, ia akan tumpul. Sebab itu, saya masih seronok menemuramah, seronok mencari bahan berita untuk siaran majalah, mempunyai kolum sendiri untuk dipenuhkan, kerana saya tak mahu sampai lupa bagaimana nak berkarya dengan baik.

Sejak awal tahun lalu, beberapa kolum sudah diambil untuk saya bantu pula website Mingguan Wanita. Syukur saya ada beberapa pengalaman menulis di blog sendiri yang bergaya bahasa santai-santai saja. 

Walau bagaimanapun, saya tetap percaya ada beberapa perkara yang perlu dijaga. Tak boleh tulis terlalu mengikut emosi kerana niat menulis itu perlu dipegang kemas-kemas. Bak kata kak Nuri, sebaik tangan berada di atas keyboard, saya bertanggungjawab dengan setiap apa yang ditulis.

Jadi, niatlah hasilnya itu untuk kebaikan pembaca dan menulislah dengan ikhlas. Manfaatnya kita juga yang akan merasainya.

Sayangnya baru beberapa bulan saya memasuki cabang digital, saya dikejutkan dengan cerita plagiat yang cukup menyakitkan hati. 

Lebih sedih bila artikel yang saya tulis itu diambil bulat-bulat dari tajuk, gambar sampailah isi dalamnya dan dimuatkan dalam website Pen Merah Press tanpa sedikitpun dikredit sumbernya.

Kasihan dengan individu yang saya temu ramah, sebabnya dia yang tak faham pergolakan antara blogger dan wartawan ini bagaikan tersepit di tengah-tengah.

Dan punyalah saya 'bengang' sampai saya postkan ketakpuasan hati itu di Facebook. Dan bukan itu saja, saya call nombor telefon yang tertera di website, mahu mereka kreditkan sumbernya dari majalah Mingguan Wanita. (Yang mana, saya tersangatlah tak suka nak buat macam itu)

Tak cukup dengan itu, saya inbox Fanpage mereka. Meroyan saya tak habis lagi, bila kawan saya tagging nama saya dalam Fanpage mereka, saya meroyan pula di situ. Bawa masuk kawan-kawan wartawan lain minta mereka berikan penjelasan. 

Jawapannya TETAP NEGATIF!

Mereka ignore 'meroyan' saya itu. Dan selama beberapa hari itu saya terus meroyan. Barangkali saya terlalu terkejut. Sebab dalam mazhab Akademi Bekerja Dari Rumah waima Kak Nuri, kami tak diajar begitu. Selama berblogging itulah yang kita pegang. Menulis dengan etika.

Bila dianiaya oleh gen Y sebegini saya rasa macam nak pitam!

Ingatan Manis Menusuk Jiwa


Tak lama kemudian, rakan penulis dari majalah Pa&Ma, kak Hasnita panggil saya. Katanya, 'Netty, tengok artikel akak yang diaorang amik dah diletakkan kredit'.

Ya Allah, walaupun ia tak diberikan pada majalah Mingguan Wanita, sekurang-kurangnya usaha saya selama beberapa hari itu berhasil.

Dan, saya tak terus bahagia. Kerana semalam saya nampak lagi artikel dari website Mingguan Wanita sekali lagi sudah dicedok dan dimuatkan dalam website 'Nak Bebel' dan 'Aliff Channel' tanpa dikreditkan sumbernya.

Okay, sampai kali ini saya sudah letih. Saya cuma mampu kata begini saja. Semoga dengan 'main kasar' budak-budak tengah nak besar ini akan memberi rezeki yang melimpah ruah pada website MW. 

Dan saya melihat sekali lagi, kalau inilah cara mereka cari makan, tidakkah ianya berbalik pada soal keberkatan rezeki. Fikir-fikirkanlah adik-adik Gen Y. Ini hanyalah satu ingatan dari #bloggermakmak yang saya yakin sekarang ini korang sengih-sengih buat-buat tak faham saja dengan ingatan manis menikam kalbu ini. 

Belajar Asas Blog Dan Penulisan
Klik Sini: Kelas Asas Blog & Penulisan

No comments:

Related Posts with Thumbnails