Follow Saya Di Google Plus

Wednesday, May 3, 2017

Saya Mahu Jadi Blogger.. Belajar Dulu Cara-caranya

Teks/Foto: Netty Ah Hiyer

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani,
Qaseh Zahirah yang sentiasa ada di sisi saya.


Ramai sebenarnya yang nak jadi blogger. Tapi berapa ramai yang betul-betul berjaya. Blogger ada banyak kategori. Yang fokus dunia fesyen, kecantikan, kesihatan dan sebagainya.  

Macam versi saya, tumpuannya lebih pada dunia mak-mak. Kalau masih bekerja, bolehkah jadi blogger? Jawabnya boleh saja asalkan rajin. Jangan tiru saya sebab selepas setahun baru nak update satu entri. Itu pun dah masuk Mei baru ada satu.

Keterbatasan waktu selalu jadi punca. Satu lagi sebab payahnya nak buka laptop atau komputer. Sekarang ini semua serba senang. Kalau anda pakai smartphone, tak perlukan semua gajet tu. Guna telefon genggam pun dan boleh jadi.

Apa nak tulis? Baru letak intro dah hilang kata-kata. Kenapa nak pening kepala, setiap kita Allah jadikan berbeza dan unik. Kita ada pengalaman sendirikan?

Pengalaman itulah yang kita bukukan dalam blog peribadi. Itu travelog asli yang tak dapat anda jual beli di mana-mana. Bila dah ada gajet, ada cerita.. apa lagi yang kita perlu ada. Tentu-tentulah ilmu yang bermanfaat.

Sebabnya kalau tak ada ilmu, macam mana nak tepek story dalam website atau blogspot kita tu. Sebab itulah kena belajar. Saya bersyukur sebab dipertemukan dengan geng Akademi Bekerja Dari Rumah. Sebab apa? Sebabnya tak adalah saya meraban dan tersasar jauh.

Betul ini laman kita, ikut suka hatilah kita nak merepek apa kan? Tapi kalau terlalu merapu boleh masuk gaung nanti. Kena belajar cari ilmu tu supaya kita jadi blogger yang memberi manfaat pada orang lain.

Seterusnya? Kerajinan dan konsistensi. Walaupun saya tak update blog ini dekat setahun, di laman Facebook Netty Ah Hiyer saya suka kongsi cerita. Terutama cerita anak-anak dan kebun depan rumah. Hobi macam itulah yang membuatkan orang suka nak follow.

Dalam pada itu, berikan juga ilmu, pengalaman, DIY dan apa saja yang anda cuba. Tapi setiap perkongsian kita tak sama dengan orang lain. Cara kita barangkali adalah panduan yang mungkin dapat membantu mereka yang dalam kesulitan.

Misalnya ada kawan-kawan saya tanam pokok kesum. Bermacam teknik dicuba tapi tak pernah menjadi. Solusinya, saya tanamkan dulu kemudian serah pada mereka. Bila dah gemuk kongsi dengan kawan-kawan. Dalam pada itu, kongsilah macam mana cara tanam kesum. Bantai cucuk ke ada tertibnya. 

Last sekali, jangan harap kekayaan melimpah ruah. Sebabnya blog ini selain sifatnya boleh menjual, ia juga branding diri yang baik. 

Bila anda dapt jenamakan diri di laman sosial, mudah sekali orang nak cari. untung-untung blog anda dikongsi di laman web yang tinggi rankingnya.


Syarat Paling Extreme Penting!



Jangan sesekali plagiat atau cedok artikel orang dan mengaku anda punya. Sebabnya mungkin anda berjaya menaikkan nama blog, tapi dari segi kredibiliti anda adalah 'zero'. Haish! Banyak sangat yang macam itu sekarang ini.

Aduh, nak jadi blogger pun biarlah ada keaslian dalam diri tu ya. Barulah orang akan cari-cari dan terus mencari anda.


Belajar Asas Bina Blog Dan Penulisan di:


No comments:

Related Posts with Thumbnails