Follow Saya Di Google Plus

Friday, August 31, 2018

Kalau Boleh Semua Nak Buat Sendiri, 'Habit' Ini Bahaya Walaupun Bahagia

Teks/Foto : Netty Ah Hiyer

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,


http://netty-ahhiyer.blogspot.com
Ayam masak halia-blackpaper. Resepinya ada dekat facebook saya.


Dalam banyak-banyak habit yang paling bahaya yang ada dalam diri saya adalah 'kalau boleh semua nak buat sendiri'. Dalam erti kata lain, kononnya dengan cara itu saya boleh berjimat.

Terutama bab masak-memasak. Semuanya nak dicuba, sedap atau tak itu belakang kira. Dapat puaskan hati sendiri, itu yang penting. Anak-anak pun nampaknya suka makan. Mereka kata sedap.

Pujian itu dikecualikan sewaktu anak-anak dalam mood sentap dengan ibu. Masakan ibu yang selalu dipuji sedap. Boleh tiba-tiba rasa tak sedap. Sudahnya pujian itu beralih arah. Kata anak-anak, 'Nenek masak lagi sedap'. Hahaha..

Inilah Bahaya Bila Semua Nak Buat Sendiri


Dan disebabkan 'habit' semua nak buat sendiri inilah yang buatkan saya kadangkala banyak kehilangan masa dan tenaga. 

Pertama : Kadang itu tak terasa badan dah penat, tapi gigih juga nak buat jenis masakan yang kita nak cuba. Contohnya, resepi coleslow. Kan ke tu ambil masa, nak hiris kubis bagai. Tapi bila dah dapat buat hasilnya memang puas hati. Lebih sedap dari KFC tau!

Kedua :  Habis masa sebab, boleh je pergi beli lagi cepatkan.. tapi sebab lebih suka buat sendiri, tak apalah masak dihabiskan dekat situ. Kadang itu sebab suka sangat dengan satu-satu jenis masakan, kita boleh cuba dan cuba lagi sampai dapat hasil yang dihajatkan.

Sebab apa tau cerita pasal 'buat sendiri' ni boleh keluar. Sebab dulu, saya bukanlah pandai masak pun. Sampai dah kahwin pun masih kena gelakkan dengan anak buah sebab tak pandai nak golek-golekkan kelapa dekat kuih sagu. 

Yang kelakar, saya nak taburkan saja kelapa tu atas dia. 


http://netty-ahhiyer.blogspot.com
Asam pedas sardin. Resepinya pun saya share di facebook sendiri.



Haru.. Dah Kahwin Barulah Nak Belajar Memasak


Manalah saya tahu.. dah dari zaman sekolah, memang mak tak benarkan masuk dapur. Dia suruh fokus belajar. Memang belajar sungguh waktu tu. Sampai tamat degree UiTM lah. Sayangnya degree dapur tak lepas.

Terpaksalah belajar bila dah berkahwin. Dan disebabkan itulah, gigihnya saya sampai hari ini 'try n error' dalam bab masak-memasak di dapur tak pernah selesai.

Sampailah ke hari ini, saya tak pernah setia pada satu-satu jenis resepi yang dijumpai. Ada saja yang nak ditokok tambah. Orang kata derhaka pada resepi. 

Dan bila kita dah semakin mahir menguasai dapur. Memahami setiap fungsi bahan masakan, melalui pengalaman dan pembelajaran tadilah.. bila kita makan di kedai makan, dapat pula lauk yang rasa ala-ala, mahal pula harganya. Maka, semakin kecewalah rasa.

Dalam hati kata, 'Baik lagi aku buat sendiri'. 


http://netty-ahhiyer.blogspot.com

Sebab itulah, kita lebih rela buat sendiri dalam bab masak-memasak ini. Kalau tak pandai, sekarang ini semua ada di hujung jadi. Google je.

Tapi entah kenapalah.. dah dekat 40 tahun ini, saya memang tak dikurniakan jari jemari yang pandai buat cekodok. Dan apa-apa saja yang berkaitan dengan tepung, 'Saya failed'.

Jangan suruh saya cuba petua-petua. Sebut je apa.. letak baking soda, pernah. Letak telur, pernah. Letak air panas pun pernah. Akhirnya cekodok yang terhasil, 'baling dinding pun dinding pecah'.

Apa pun keinginan dalam hati yang seronok untuk mencuba dan buat semua sendiri, taklah merugikan sebenarnya. Walaupun penat, tapi hati rasa bahagia. Sungguh! Bahagianya lain macam.

No comments:

Related Posts with Thumbnails