Kerang Bakar Tetap Gebu, Cara Saya Masak Guna Pemanggang Ajaib Saja

 


 

Begini cara saya masak kerang bakar dalam pemanggang ajaib. Cara ini buatkan isi kerang tetap gebu gebas dan rasa meletus-letus ketika di kunyah dalam mulut. 

Kerang ini saya beli dengan sorang akak yang meniaga di Meru ini. Setiap kali ada kerang ke lala akak ni akak whatsapp saya. Akak ni jual sekilo RM10. Kira oklah harga tu nak banding beli kerang kat luar.

 

Kerang ni saiz kecil. Saya beli 3 kilo.



Kadang sampai RM18 sekilo pun ada. Biasa saya ambil dua ke tiga kilo. Kalau dapat kerang besar lagi seronok nak makan. Kali ini, kecil sikit kerangnya.

Tak kisahlah saiz kecil ke besar, saya memang akan buat kerang bakar style macam ni. Kalau takut masin, bolehlah dikurangkan jumlah garam tu. 

 

Begini Cara Bakar Kerang Agar Tetap Gebu Isinya

 

 

 Saya gunakan penapis berjaring plastik macam ini. Mudah nak buang lumpur dan rumpai yang melekat dekat kerang. Masukkan kerang dalam tu, laga-lagakan sesama mereka. 

Ini pun saya kira masih belum bersih betul. Tapi sebab nak cepat, kira halal sajalah. Kalau yang rajin tu, akan bersihkan satu-satu dengan berus.

Bila dah bersih, toskan. letak dalam pemanggang ajaib.

 


 

Dah masuk dalam pemanggang ajaib, saya taburkan garam kasar sekeliling dia. Hidupkan api. Saya guna je api besar. 

 

 

Macam nilah besar api tu.. tapi ikutlah jenis dapur masing-masing ya. Dalam 40 ke 50 saat, saya buka balik penutup pemanggang ajaib ini.

 

 

Dia jadi berbuih macam ni. Tak yah tunggu lama, dalam dua tiga minit (sebab kerang kecik) dan nampak ada yang dah terbuka tu terus tutup api. 

Air kerang memang akan keluar, nanti bila kita tutup api dia tersejat. Cepat-cepatlah keluarkan. Buh tempat lain.

 

 

Gebu kan.. saya suka yang tekstur macam ni. kalau nak lagi garing boleh tambahkan saat tu.. jangan lama sangat. Nanti isinya garing. 

Hijau-hijau tu lumpur dalam kerang tu sendiri. Silalah buang masa nak makan tu ya. 

 

Resepi Kerang Tumis Serai Yang Simple




Selain bakar, saya suka buat tumis serai macam ni. Sedap makan terus dengan nasi panas-panas.

Sekilo kerang
Sebiji bawang besar - hiris
7 tangkai cili kering (kalau tak nak pedas kurangkan)
2 batang serai - hiris serong macam nak buat tomyam
Serbuk kunyit
Garam, perasa

Caranya,

1. Tumis bawang, cili kering, serai sampai naik bau.
2. Masukkan kerang, serbuk kunyit, garam dan perasa.
3. Kacau sehingga kerang terbuka. Tu tanda dah masaklah tu.





Post a Comment

0 Comments